Klik Klik..

Wednesday, January 31, 2007

31012007






Morning deri..

(*_*).. aku datang opis dalam keadaan bad mood ari neh.. pendek kata cam nak meletup marah pong ada... sebabnya punch card lewat seminit.. huk huk.. lewat seminit yang takleh terima tuh.. skang opis dah apply sistem baru.. so kalo lewat jek otomatik ada email alert antar kat bos.. ades.. nak kena menjawab tiap kali lewat neh.. Tapikan.. lately ni aku asek nak bad mood jek.. sindrom pra PMS ka? huk huk..




Aniwei, aku takleh nak salahkan sapa.. jem dah makin teruk skang... itupon dah sehabis daya mencilok..huk huk.. skang jadual hidup dah tak teratur.. asek penat jek.. banyak sangat menda nak disetelkan.. tido pon dah tak berkualiti dah..nak meng'awal'kan bangun pagi pon tak mampu.. tiap kali bangun dok bertafakur dulu 10 minit nak EL ke gi kije.. hahaha.. teruk betol.. :P




Okehla.. nak cuba merajinkan diri.. dah pasang lagu kat opis.. kurang sket bad mood.. betoila org cakap..muzik neh bleh release kan tension.. (^_^)v ... meh kita baca satu rencana besh kat bawah.. :p (pesanan tuk diri sendirik..)



MARAH


Perasaan marah yang terbit adalah api di dalam dada insan. Sifat ini hadir apabila berlaku sesuatu yang tidak menepati kehendak hati. Perasaan itu akan berkobar-kobar dengan hebatnya jika api kemarahan dihembus lagi. Imam Ghazali menggambarkan sifat marah itu bagaikan darah yang mendidih di dalam dada. Ia akan menghasilkan asap hitam yang menyembur ke otak dan seterusnya menguasai akal fikiran manusia. Akibatnya, sifat itu mempengaruhi fizikal manusia sehingga menutup mata dan menggelapkan pandangan.


Manusia yang sedang membara kemarahannya boleh dilihat menerusi air mukanya yang berubah, tindakannya yang tidak menentu dan tutur katanya tidak teratur. Akal fikirannya waktu itu seolah-olah suatu benda yang terbakar. Api marah dapat membakar hati dan sikap ini tidak elok dibiarkan berterusan.



Dalam konteks agama, Islam membenarkan manusia marah dengan maksud untuk meluruskan yang salah, mencegah yang mungkar dalam keadaan yang terkawal dan waktu dan tempat yang sesuai. Sebab itulah ada ungkapan yang mengatakan, marah biarlah bertempat. Jika tidak sesuai dengan keadaan, marah tidak dibenarkan kerana syaitan paling mudah menguasai manusia ketika sedang marah. Waktu itu, syaitan menciptakan keadaan yang boleh menyebabkan manusia tidak sedar apa yang mereka ucapkan dan perbuatan yang dilakukan



Memandangkan banyak kesan buruk akan berlaku akibat sifat marah, Rasulullah s.a.w berpesan kepada kita agar tidak mudah marah. Andai kata rasa terdorong untuk marah, al-Quran dan as-Sunnah mengajar kita supaya memohon perlindungan Allah s.w.t daripada syaitan. Ini kerana syaitan akan mengipas dan menyiram minyak untuk menyemarakkan api di dalam hati. Anda dianjurkan untuk diam, duduk dan meninggalkan tempat itu. Jika perasaan marah masih memuncak, eloklah berbaring. Rasulullah s.a.w bersabda, “Kalau salah seorang di antara kamu marah, sedang ketika itu dia berdiri, maka hendaklah duduk. Kalau marahnya belum reda, hendaklah berbaring,” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Hibban).

Tuesday, January 30, 2007

30012007




Sato, today..
in sleepy mode..



Camner cara nak bagi hilang ngantok neh.. (~_~)


1. Jangan main boling tengah-tengah malam buta..
2. Jangan tido lewat..
3. Jangan bekpast nasik lemak / makan sampai terlebih muatan..



Tapi menda2 kat atas tu la yg aku buat..huhu..




Bukan sengaja nak main boling tengah-tengah malam.. tp sebab malam tadi ada meeting kelab ngan geng2 MalaysianBowlers neh.. kalo dah meeting wat kat bilik meeting lane boling.. mau tak tergoda pandang lane sebelah kalo tak memboling sedas dua..huk huk.. tapi kira okla..malam tadi main puas hati.. tetiba cam mendapat sentuhan kembali..eces.. mungkin cukup makan sebelum tu kot.. (^_^) skor 195,168,183.. argh... jarang-jarang dah nak dapat skor camtu.. kalo tidak asek bwh 130 jek..semangat sket nak masuk tonomen pasni.. :D





Bukan sengaja nak tido lewat... tapi kalo dah abes main game pong koi 12.30 pagi.. pehtu bebudak neh ajak gi supper dulu.. layan borak lagik sambil2 makan satay.. mau masing-masing lupa ingatan cam ingat hari ujung minggu..huk huk..





Bukan sengaja nak bekpast nasik lemak sampai terlebih muatan.. tapi dah ada opismate sorang yang bermurah hati nak banjer rakan2 dia bekpast... sukacitarela terpaksa la kita tolong makankan.. bak kata pepatah.. "rezeki jangan ditolak.." huhuhu..alasan.. aniwei utk Raven.. macih bebanyak banjer kitorg nasik lemak, agar2 pelangi, roti jala, puding roti..nyum nyum... sangatla besh dan mengenyangkan.. kak nija yg tolong masak..heheh.. mamat Raven neh dah nak kuar dah.. sebab dia dah dapat jadik PTD.. pess..kena tabik hormat kat ko la pasni Raven ek.. :P kalo lalu depan aku aku pantih kaki jek..haha.. aniwei, gud luck la wei... jangan lupa jenguk2 opis lama nanti..





Wokiela.. aku nak layan apa-apa yang patot.. kalo leh bawak bantal ngan selimut cam gambar kat atas neh besh gak ni.. :P

Monday, January 29, 2007

29012007

Hari ni cam biasa permulaan hari kerja yang agak penat... (~_~).. suam-suam kuku jek environment kat opis.. ada yang melentok kat atas meja ni jugak karang..huhu..




Alhamdulillah..
Hari ni dah masuk 10 Muharam.. Selamat berpuasa untuk rakan-rakan yang berpuasa.. :) Semoga dengan adanya amalan-amalan sunat ni kita dapat memperbaiki lagi diri kita.. sedihlak tetiba.. terpikir yang dalam sedar tak sedar banyak dosa dah aku buat.. :(




Tapi kan.. bila sebut pasal 10 Muharam.. ada nama glemer dia.. Hari Asyura.. Sebab 'Asyura' ni merujuk kepada 'Asyarah' dalam bahasa Arab.. nombor 10.. hehe.. Bila sebut pasal Hari Asyura lak.. aku terkenang ngan Bubur Asyura.. nyum nyum.. dulu masa kecik2 kalo kat kampung ada gotong royong wat bubur asyura reramai.. tapi time tuh aku tak suka sangat.. sebab buburnya banyak sangat berempah.. huk huk.. tapi skang neh sebab dah payah nak jumpa jadik cam rindula pulak.. :P kalo ada sesapa yang buat jangan lupa tapau kat aku naa... hehe..







Takpon, sesapa yang ada kesempatan nak cuba masak sendirik Bubur Asyura leh la try buat guna resepi kat bawah ni.. aku donload dari internet.. ;)


BUBUR ASYURA

250 gm beras
2 liter air
1 ekor ayam
300 gm daging lembu
80 gm kacang hijau
80 gm kacang merah
80 gm kacang ‘kidney beans’ putih
250 gm keledek
3 sudu besar gula pasir
garam secukupnya
1-2 sudu kecil serbuk lada sulah
250 gm tepung beras
2.5 liter santan (drpd 2 biji kelapa)


Bahan Rempah:
5 sm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih


Cara Membuatnya:
• Potong ayam anggaran 16 keping. Asingkan leher, kepak dan rusuknya (kerana banyak tulang). Hiris daging kira-kira 3 sm kiub.
• Rebus kacang hijau, kacang merah dan kacang putih berasingan hingga empuk.
• Kupas keledek, potong kiub 2 sm dan rebus hingga empuk.
• Tanak beras dengan air, ayam dan daging di atas api sederhana hingga kembang menjadi bubur. (Jika suka, boleh asingkan tulang ayam pada peringkat ini).
• Sangai semua rempah hingga wangi kemudian kisar hingga halus. Masukkan ke dalam bubur.
• Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Kacau di atas api perlahan hingga mulai pekat. Masukkan serbuk lada sulah.
• Bubuh semua bahan lain dan kacau lagi hingga kental. Adunan hendak berkilat dan tidak melekat bila disentuh dengan jari. Ratakan di dalam tin atau loyang yang dilengser sedikit minyak.
• Biar sejuk sebelum dihiris ikut suka.

Selamat mencuba!! ;)

Wednesday, January 24, 2007

24012007





Hi deri..

I'm so buzy this week. Terpaksa mencuri masa nak jenguk ke blog ni.. Anyway.. baru recover penat lepas join Flora Hunt last weekk... Beshhhhhh sangat.. puas hati.. eventho team kitorg tercicir dari nak dapat hadiah saguhati.. tapi lagi 2 group seperjuangan sudi nak share-share hadiah since kitorg dah plan nak wat pakatan.. hehe.. plus, ada orang tuh dpt lucky draw kipas meja.. hehe.. ok lah tu.. ;)



Elito pon pest time join flora hunt.. sian dia penuh badan kena tampal ngan sticker promotion flora hunt.. hehe.. Memandangkan contest kali ni open.. lebih kurang 170 buah kereta gak join.. so boleh dibanggakan gakla bila 3 jibik kereta MB Hunters berjaya dapat nombor around 29-31.. kitorang berderet sbb jawapan sama jek..hahaha..



Thanks a lot to my teammates, My Boss sebab jadik driver yg tak abeh ngan lawak-lawak dia..suka kena keliling ngan bunga2 kot.. hehe.. Anis, walaupon pest time join treasure hunt tp semangat abes.. Hani, ni kawan sekolah Anis.. nice jek.. pakar map neh.. hehe.. tapi kadang asek tersasul bagi direction :P.. Apapon korang memang besh.. ada rezeki lain kali kita join lagi yer.. Team kak As ngan team Bjoe pong superb... Diorang neh yang banyak pecah kepala dok pk jawapan.. hehe..



This weekend got lot of things to do.. kalo larat nak gerak subuh-subuh lagi gi nengok perarakan kereta berhias lak.. nak jenguk mak ngah... nak join ronggeng-ronggeng geng lama.. nak gi kenduri akikah Aszra yg chomel.. nak mandikan Elito.. (*_*).. huh..



Apapon, tak sabar nak tunggu esok.. hari paling seronok nak tengok akaun bank.. ($_$) hehehe..chalooo.. ngarut dah neh..

Friday, January 19, 2007

Flora Fest Mood.. (^_^)v



Hehe.. Salam everyone..
Sekali lagi aku nak menyentuh fakta-fakta berkaitan dengan 2007.. seperti yg telah aku nyatakan semalam.. taon 2007 adalah taon yang menjanjikan 'kesibukan' untuk aku dalam jangka masa yang agak lama ni.. ;p ekcelli itu kalo nengok effect pada diri aku jela.. tapi kalo nengok dari sudut secara globalnya pula.. eces, ayat rencana siot..

Pada aku taon 2007 adalah taon yang agak 'special' untuk Malaysia.. sebab taon neh genapla 50 tahun Malaysia merdeka.. dan tahun ni gak dah dirasmikan sebagai Tahun Melawat Malaysia 2007... korang leh agak kan.. macam mana meriah dan berwarna-warninya negara kita ni nanti..

Dari awal lagik Kementerian Pelancongan dah wat promotion besar-besaran.. siap pelancong pertama jejak kaki kat KLIA masa 1 Januari ari tuh kena sambut kalung bunga ngan menteri tuh.. pepagi subuh lak tuh..huk huk.. (*_*) .. apapon.. aku tompang hepi gak..cuma harap-harapnya dalam nak selebret menda ni sumer..aku harap diorg neh tak membazir sgtla.. sebab masih ramai yang perlukan bantuan dari segi duit + lain-lain keperluan cam kengkawan kita kat Johor nun.. :(

Anyway.. kembali kepada mood tahun melawat Malaysia.. so salah satu aktiviti penting dlm kalendar mestilah Malaysia Flora Fest yang akan start 20 Jan (esok) sampailah 4 Feb.. hehe.. mcm2 aktiviti ma..perarakan kereta berhias bunga la, flora hunt la, ntah hapa2 pertandingan lg la.. sgt besh..

Tapi yg pastinya, aku akan turut join Flora Hunt yg dibuat kat area Putrajaya Ahad ni.. (^_^).. yejja.. suker bangett.. hadiah2 pon agak lumayan.. aku tak bajet sgt leh menang..tp kalo dpt cabutan bertuah ke... ok jugak kan..hehe...

Sebut pasal bunga.. ekcelli last week aku ngan opismate ada handle satu function kat Putrajaya.. and abes jek function tuh.. diorg suwoh clearkan bunga2 hiasan atas stage..so kitorang yang pompuan neh dengan perasaan sukacitanya memetik2 bunga nak dibawa balik sampai tak hengat2 nye.. hahaha... cuma perempuan jek yg tau perasaan tuh. :P

Balik umah abes sumer ceruk aku letak bunga.. smpi osmet pon konpius dia dok dlm taman ke dlm umah.. hehe.. ;).. aniwei.. bunga2 tuh sumer dh layu dah..seminggu jek tahan.. tinggal gambar jek jd kenangan.. gambar kat bawah ni cuma 40% jek dari hasil tangkapan.. malas nk letak sumer gambar, nanti org ingat memang kebun bunga..hehe.. enjoice.. (^_^)









p/s: Nama-nama bunga itu adalah rekaan semata-mata hasil ciptaan syok sendiri tuan punya blog.. (^_^).. hehe..

Thursday, January 18, 2007

18012007




tahun baru kembali lagi.. melangkah ke 2007.. bermakna umur aku skang mencecah 26.. (*_*) ades.. mcm tua jek bila melepas suku abad neh..huk huk..


apapun.. 2007 menjanjikan kesibukan untuk aku.. banyak perkara yang nak disetelkan.. dan mungkin akan ada perubahan yang tidak sedikit dalam hidup aku nanti.. macam manapun.. jika itu jalan yang kita pilih.. kita kena tempuh gak kan? ;)


selamat tahun baru kengkawan..
selamat menyambut awal Muharam..



~Life is beautiful..~
(",)
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...