Klik Klik..

Monday, January 29, 2007

29012007

Hari ni cam biasa permulaan hari kerja yang agak penat... (~_~).. suam-suam kuku jek environment kat opis.. ada yang melentok kat atas meja ni jugak karang..huhu..




Alhamdulillah..
Hari ni dah masuk 10 Muharam.. Selamat berpuasa untuk rakan-rakan yang berpuasa.. :) Semoga dengan adanya amalan-amalan sunat ni kita dapat memperbaiki lagi diri kita.. sedihlak tetiba.. terpikir yang dalam sedar tak sedar banyak dosa dah aku buat.. :(




Tapi kan.. bila sebut pasal 10 Muharam.. ada nama glemer dia.. Hari Asyura.. Sebab 'Asyura' ni merujuk kepada 'Asyarah' dalam bahasa Arab.. nombor 10.. hehe.. Bila sebut pasal Hari Asyura lak.. aku terkenang ngan Bubur Asyura.. nyum nyum.. dulu masa kecik2 kalo kat kampung ada gotong royong wat bubur asyura reramai.. tapi time tuh aku tak suka sangat.. sebab buburnya banyak sangat berempah.. huk huk.. tapi skang neh sebab dah payah nak jumpa jadik cam rindula pulak.. :P kalo ada sesapa yang buat jangan lupa tapau kat aku naa... hehe..







Takpon, sesapa yang ada kesempatan nak cuba masak sendirik Bubur Asyura leh la try buat guna resepi kat bawah ni.. aku donload dari internet.. ;)


BUBUR ASYURA

250 gm beras
2 liter air
1 ekor ayam
300 gm daging lembu
80 gm kacang hijau
80 gm kacang merah
80 gm kacang ‘kidney beans’ putih
250 gm keledek
3 sudu besar gula pasir
garam secukupnya
1-2 sudu kecil serbuk lada sulah
250 gm tepung beras
2.5 liter santan (drpd 2 biji kelapa)


Bahan Rempah:
5 sm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih


Cara Membuatnya:
• Potong ayam anggaran 16 keping. Asingkan leher, kepak dan rusuknya (kerana banyak tulang). Hiris daging kira-kira 3 sm kiub.
• Rebus kacang hijau, kacang merah dan kacang putih berasingan hingga empuk.
• Kupas keledek, potong kiub 2 sm dan rebus hingga empuk.
• Tanak beras dengan air, ayam dan daging di atas api sederhana hingga kembang menjadi bubur. (Jika suka, boleh asingkan tulang ayam pada peringkat ini).
• Sangai semua rempah hingga wangi kemudian kisar hingga halus. Masukkan ke dalam bubur.
• Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Kacau di atas api perlahan hingga mulai pekat. Masukkan serbuk lada sulah.
• Bubuh semua bahan lain dan kacau lagi hingga kental. Adunan hendak berkilat dan tidak melekat bila disentuh dengan jari. Ratakan di dalam tin atau loyang yang dilengser sedikit minyak.
• Biar sejuk sebelum dihiris ikut suka.

Selamat mencuba!! ;)

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...