Klik Klik..

Wednesday, January 31, 2007

31012007






Morning deri..

(*_*).. aku datang opis dalam keadaan bad mood ari neh.. pendek kata cam nak meletup marah pong ada... sebabnya punch card lewat seminit.. huk huk.. lewat seminit yang takleh terima tuh.. skang opis dah apply sistem baru.. so kalo lewat jek otomatik ada email alert antar kat bos.. ades.. nak kena menjawab tiap kali lewat neh.. Tapikan.. lately ni aku asek nak bad mood jek.. sindrom pra PMS ka? huk huk..




Aniwei, aku takleh nak salahkan sapa.. jem dah makin teruk skang... itupon dah sehabis daya mencilok..huk huk.. skang jadual hidup dah tak teratur.. asek penat jek.. banyak sangat menda nak disetelkan.. tido pon dah tak berkualiti dah..nak meng'awal'kan bangun pagi pon tak mampu.. tiap kali bangun dok bertafakur dulu 10 minit nak EL ke gi kije.. hahaha.. teruk betol.. :P




Okehla.. nak cuba merajinkan diri.. dah pasang lagu kat opis.. kurang sket bad mood.. betoila org cakap..muzik neh bleh release kan tension.. (^_^)v ... meh kita baca satu rencana besh kat bawah.. :p (pesanan tuk diri sendirik..)



MARAH


Perasaan marah yang terbit adalah api di dalam dada insan. Sifat ini hadir apabila berlaku sesuatu yang tidak menepati kehendak hati. Perasaan itu akan berkobar-kobar dengan hebatnya jika api kemarahan dihembus lagi. Imam Ghazali menggambarkan sifat marah itu bagaikan darah yang mendidih di dalam dada. Ia akan menghasilkan asap hitam yang menyembur ke otak dan seterusnya menguasai akal fikiran manusia. Akibatnya, sifat itu mempengaruhi fizikal manusia sehingga menutup mata dan menggelapkan pandangan.


Manusia yang sedang membara kemarahannya boleh dilihat menerusi air mukanya yang berubah, tindakannya yang tidak menentu dan tutur katanya tidak teratur. Akal fikirannya waktu itu seolah-olah suatu benda yang terbakar. Api marah dapat membakar hati dan sikap ini tidak elok dibiarkan berterusan.



Dalam konteks agama, Islam membenarkan manusia marah dengan maksud untuk meluruskan yang salah, mencegah yang mungkar dalam keadaan yang terkawal dan waktu dan tempat yang sesuai. Sebab itulah ada ungkapan yang mengatakan, marah biarlah bertempat. Jika tidak sesuai dengan keadaan, marah tidak dibenarkan kerana syaitan paling mudah menguasai manusia ketika sedang marah. Waktu itu, syaitan menciptakan keadaan yang boleh menyebabkan manusia tidak sedar apa yang mereka ucapkan dan perbuatan yang dilakukan



Memandangkan banyak kesan buruk akan berlaku akibat sifat marah, Rasulullah s.a.w berpesan kepada kita agar tidak mudah marah. Andai kata rasa terdorong untuk marah, al-Quran dan as-Sunnah mengajar kita supaya memohon perlindungan Allah s.w.t daripada syaitan. Ini kerana syaitan akan mengipas dan menyiram minyak untuk menyemarakkan api di dalam hati. Anda dianjurkan untuk diam, duduk dan meninggalkan tempat itu. Jika perasaan marah masih memuncak, eloklah berbaring. Rasulullah s.a.w bersabda, “Kalau salah seorang di antara kamu marah, sedang ketika itu dia berdiri, maka hendaklah duduk. Kalau marahnya belum reda, hendaklah berbaring,” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Hibban).
Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...