Klik Klik..

Thursday, January 31, 2008

31.01.08




~ A vacation is what you take when you can no longer take what you've been taking.. ~







Sato akan mula bercuti balik kampung pada esok hari selama 10 hari..
Will be back only on 11th Feb..
jangan rindu sama Sato ya..
Selamat mengutip buah limau mandarin!! (^_^)v

Wednesday, January 30, 2008

30.01.08


~ Cooking is at once one of the simplest and most gratifying of the arts,
but to cook well..
one must love and respect food.. ~







My first trial fruity triffle..
not bad..
simple recipe but delicious...
yummy.. i loike it!!

Tuesday, January 29, 2008

29.01.08


~It's a strange sensation, I'm almost happy..
Well I believe I'm just plain tired, I'm tired
..~




"Bantal kecik saya di opis.. namanya mohio.. cute tak? hehe"



Hi Dearie...


Saya baru sahaja melepasi hari-hari yang sangat memenatkan.. cuma hari ini sahaja baru saya mampu untuk melepaskan lelah.. huhu.. seperti biasa, bila terlampau banyak tekanan dan badan saya tidak mampu lagi untuk menampung, maka sasaran yang dituju adalah kepala saya... penyakit headache itu datang lagik.. tak cukup rehat agaknya..



Kronologi hari-hari meletihkan:


Khamis Lepas:

Turun ke padang lepas opis hour untuk trening netball for the weekend.. First time turun padang lepas kawen.. byk bezanya... semakin pancit.. tiada lagik aksi2 melayang di udara menangkap bola.. yang ada cuma seorg budak yang sedikit berisi menunggu bola datang dengan malasnya..hahaha..Pada malamnya.. saya dan hubby pergi membuat onar pula di lane boling.. prektis untuk tonomen hari Ahadnya..


Jumaat Lepas:

Pergi ke PICC untuk persiapan booth pameran.. unit saya terlibat dalam MAJLIS MAPPA... sangat meletihkan nak siapkan booth pameran tu.. balik-balik rumah.. pengsan selepas makan malam..


Sabtu Lepas:

Pagi-pagi lagi dah pergi ke padang opis untuk perlawanan netball dan bola tampar 5 penjuru.. 'The suwey' is.. orang yang sama kena main netball dan bola tampar sedangkan jadual perlawanannya serentak.. so masing2 dah takleh fokus sebab kena berlari ke padang netball, pastu abes lak gi lawan volleyball.. pastu pindah netball balik..huh? surrender.. langsung kali ni team bidan terjun yg prektis hanya skali kalah sumer game..hohohoh.. paling best, sato buat aksi superman di atas padang netball, lalu melebam dan mencederakan kedua-dua lututnya di samping membakar kulit muka sehingga ke tengahari... giler penat..


Petang lepas Asar lak kena ke CM pegi amek hadiah + souvenir untuk Tournament Boling esoknya pulak... tumit kaki dah start sakit.. tapi kami boleh maintain lagik dan sempat bermain ps2 di malamnya..huhuh..miong..


Ahad Lepas:

Pagi-pagi itu juga kami berkejar ke CineLeisure untuk tournament tahunan boling kelab MalaysianBowlers.com..ye, untuk makluman saya dan hubby antara ajk tertinggi kelab tuh..sungguh gila kuasa kan? hahaha.. tapi kerana terpaksa demi kawan-kawan kami gigihkan juga.. kesan lutut hasil aksi superman sebelum tu dah effect kat permainan boling sato lalu jatuh ke no.11 dari 20 player pompuan.. sungguhlah teruk resultnya sebab taon lepas Sato champion.. :P takpelah, takde rezeki.. nak buat camne, yg penting semangat kesukanan tu ada.. hehe..


Habis tournament tuh kol 4 petang pastu gi sambung2 makan ngan kengkawan smpi kol 6.. kol 7 baru smpi rumah...sangat letihhhhhhhhhhhhh... dan kami berdua tertidor semasa mawi dan siti sedap2 berjoget untuk Juara Lagu... arghhh.. penatnya.. tiket free Juara Lagu orang offer pon tak amek..


Isnin semalam:

Pagi-pagi selepas subuh lagi saya dan hubby berkejar ke PICC, Putrajaya. Hubby kena hantar saya... dalam keadaan mengantok dan sempat lagik hubby tidor setiap kali dekat traffic light, akhirnya berjaya jugak saya sampai.. mujur la function berjalan lancar.. kol 4pm baru balik umah..
drop..
flat..


Selasa hari ini:

Hari ini adalah hari untuk saya menguap berjuta kali dan menyembah keybod barang sejam dua. huhuh..


Harap-harap esok dah recover semula lah..
yoshhh!!

Tuesday, January 22, 2008

220108


~I carry the weight of the world as the past is unfurled,
but I won't stop to wonder~



Halo dearie..


Tinggal saya seorang di dalam bilek pejabat ineh.. saya memang selalu jadik mak guard tak bertauliah.. tapi sampai kol 6.30pm je la.. yang lain2 sume dah cabut awal... sungguh berdedikasi terhadap rumah dan keluarga diorang neh.. uhuh.. saya masih menunggu drebar saya datang mengambil.. sungguh bosan duduk sensorang sebeginih.. uhuk..


Dua hari lepas sewaktu menyopping souvenir di CM, saya telah mencuba satu permainan yang tidak berapa digemari oleh kaum wanita.. iaitu main timbang-timbang berat badan.. :P guess what.. berat Sato naik 2kg lagik.. jeng jeng jeng.. giloslah... dulu masa bujang trang tang tang bukan senang berat badan nak naik.. betollah kata orang-orang tua.. nak gemuk senang jek..kawen..hoho.. saya macam terkebil-kebil sedikit melihat permainan itu.. macam rosak jek.. huhu.. hubby di belakang dah tergolek-golek gelak.. ;( no wonder lah kain baju saya banyak yang tak muat skang.. ingatkan mesin basuh telah mengecilkan baju saya.. aiseh.. tapi takpe.. saya target maksimum boleh naik pon lagik 3kg.. pastu kalo terlebih pasni kena start exercise lah.. wekekeke..


Bercerita pasal exercise... masuk tahun baru... seperti biasa pon aktiviti-aktiviti sukan di opis pon kembali aktip... dah dpt call from k.Yati, this Saturday ada game 5 Penjuru.. INTAN-DPA-Bomba-Polis-JPA.. Sunday lak ada MB Annual Tournament.. hohoh... selamat men'atlit'kan diri sato.. kempiskan secepat mungkin perutmu yang cuba membuncit itu.. :p


Rumusan yang saya dapat lakukan pada hari ini ialah:
Sato baru kawen 7 bulan..
Dalam 7 bulan ituh Sato telah naik 7kg untuk berat badan..
Purata penggemukan Sato adalah sekilo sebulan..

Oh nooo.. (*_*) Perlu pemantauan yang serius neh..


Have a nice day everyone..
Esok cuti.. yeay!

Monday, January 21, 2008

21.01.08

Yeay!!
Ada banyak sebab untuk aku meng-hip-hip-hore hari ini..


Pertamanya.. Pak Lah announce Hari Thaipusam sebagai hari cuti umum untuk warga2 KL dan Putrajaya sebagai tanda kasihnya terhadap sahabatnya Samyvellu.. huk huk.. tak semena-mena aku dan hubby tompang sekaki cuti sekali..tapi khabar ini mesti lagik gumbira untuk mana2 kapel yang selangor vs kl.. huhuh.. i loike it.. (^_^)


Keduanya.. memandangkan hari Rabu diisytiharkan cuti dan malam esok kami akan ada sesi membuat onar di lane boling Endah Parade.. maka amatlah gumbira rasanya hati coklat cair dinikmati kerana aku tak perlu risau untuk pergi kerja dalam keadaan mengantuk keesokan harinya.. huhu..


Ketiganya... akhirnya berjaya juga aku mandi air terjun last weekend setelah mengidam sekian kalinya.. yeay! tq hubby.. kitorang gi berdua jek kat Air Terjun Sg. Gabai.. nak ajak lain2 payah sgt.. sumer request plan betol2, tukar tarikh lain la... last2 pi berdating jek.. masak siap2 kat umah.. nasik putih, ayam masak merah, telur masak kicap, sesikat pisang, air sirap bancuhan hubby, ngan nugget + funfries goreng.. yummy.. huhuh.. paling best bila ada kapel pengantin neh selamba buat outdoor shooting kat air terjun tuh..huhuh..kalo aku sure takleh posing dah..segan sehh ramai org ngk.. :P tapi seriyes air terjun tuh mmg sgt besh.. sebab air terjunnya sangat tinggi dan sangat menyamankan.. nyum nyum..


Tadi dapat e-mel...ada orang puasa yang-yok ari ni sebab dia tergoda dengan jamuan makanan di opisnya.. tak aci... :P balik kang banjer makan na.. huk huk..


Have a nice day everybody..

Wednesday, January 16, 2008

16.01.08




Wallaa.....


Hari ini 16hb..... (*_*).. lagik 8 hari... Sato akan terlibat dalam kancah mission tidak impossible. Sama ada berjaya atau tidak.. kita nantikan.. huhuh


Mission:Me'rampok' binatang berwarna oren yang boleh menyanyi di kedai Nokia berhampiran..Nyum nyum..

Monday, January 14, 2008

14.01.08

Hi dearie..


Sato sedikit rapuh hari ni... selsema lak di tengahari... rasa macam nak demam jek..adess.. hubby cakap mungkin sebab tidur tak menentu kot.. mebi jugakla... cuti pon tak keluar gi memana... memerap jek kat umah.. kalo kena angin luar mungkin kebal la sket kot..huhuh..


Al-kisahnya.. kenapa tidur tak menentu akhir2 ni.. sebab hubby saya beli sesuatu yang merosakkan moral kitorang... dia beli ps2.. dia sangat jahat.. sebab game itu kelemahan sato... sato takleh jumpa game.. hubby pon takleh jumpa game... jadik kami berdua main sampai muntah.. kami lawan2 pedang dekat dunia raksasa... pastu racing2 langgar keta kat highway.. pastu gaduh-gaduh ala2 fighter.. pastu kitorang jadik katak..sebab dok memerap dalam umah main game tak abes-abes..huhuh..


Lepas itu hubby saya seorang lanun.. dia suka download drama series yang saya suka... contohnya seperti Grey's Anatomy... Heroes... One Tree Hill.. pastu dia suka hasut saya layan sama-sama smpi kol 3 pagi... sambil diperdaya dengan sebekas esklem coklat dan teh 'o' panas.. arghhh...


Hubby saya juga suka mengajak saya membuat onar di shopping complex malam-malam seperti di Endah Parade, dan Ampang Point... kami akan membuat bising dengan membaling bola pada pin-pin di lane.. saya tidak tahu apa faedahnya membaling bola kepada pin-pin yang tak bersalah itu.. tapi saya juga diperdaya untuk mendera pin-pin itu sekali.. huhuh..


Walau apa pon, saya sangat sayang hubby saya.. sebab kami share the same hobbies.. hehehe.. cuma saya agak bosan jadi katakla.. tak ramai kawan... asek nampak muka hubby jek..huhuh... kenapa saya gunakan perkataan 'hubby' di dalam blog ineh? egegeggee...


nukilan seorang pekerja yang tengah selsema.
perlukan dadah(ubat) barangkali..
stop.


p/s: kawan-kawan.. sapa nak gi piknik jom? busanlah... :P

Wednesday, January 09, 2008

09.01.08

.Salam Maal Hijrah.


Esok dah mula hari yang baru dalam kalendar tahun Islam.. Sato perlu menjadi lebih baik daripada yang semalam.. Kerana sehebat mana pun dalam bidang kerjaya atau kehidupan.. jika tidak disulami dengan ketakwaan kepada Ilahi.. nikmat yang dirasakan sekarang tidak akan berkekalan..


2007... aku gagal untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran.. terlalu sedikit masa diluangkan.. lalai dengan perihal duniawi barangkali.. ;( ... patotlah sekarang hati macam sedikit tak tenteram.. mungkin patut lebih muhasabah diri..


2008.. saya harap saya akan dapat menjadi anak dan isteri yang lebih solehah... hari lahir sebulan yang lepas sangat bermakna buat saya.. coz the person i loved gave me the most wanted gift i need.. senaskhah Mashaf Al-Tajwid.. terjemahan Al-Quran yang lengkap dengan penerangan tajwidnya sekali.. (",) thank you my dear.. semoga tahun ini saya bisa untuk mengkhatamkan Al-Quran atau setidak-tidaknya menghabiskan satu pertiga terjemahan ini.


Tuhan... Kau tahu apa yang aku inginkan.. dan aku sedar betapa aku sendiri belum benar-benar bersedia sama ada mampu atau tidak untuk menanggung satu lagi tanggungjawab besar sebagai khalifah di bumiMu.. Mohon petunjuk dan hidayahMu ya Allah...


Amin.

Tuesday, January 08, 2008

080108

.Permulaan 2008.


1. Sato kini sudah berpunya dan masih hidup berdua.Masih menanti saat-saat bila lagu 'Bertiga lebih baik' boleh dinyanyikan di dalam kereta..


2. Seawal minggu pertama 2008 Sato singgah ke klinik.. kepala pening-pening.. it's not expecting for a baby.. but suspect for a migrain.. nampaknya stress di tempat kerja masih menghantui kepala otak Sato.. Perlukan perubahan angin barangkali?


3. Sato akan lakukan suatu anjakan paradigma (perghh ayat tak tahan) dalam bidang kerjayanya. We'll see sama ada target yang diletakkan itu akan tercapai ataupun tidak.. huhu..


4. Akhirnya Sato kembali semula dalam bidang pem'blog'an setelah separuh tahun 2007 dibiarkan blog neh bersawang..hehe.. tgklah berapa lama dpt bertahan..
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...