Klik Klik..

Wednesday, January 09, 2008

09.01.08

.Salam Maal Hijrah.


Esok dah mula hari yang baru dalam kalendar tahun Islam.. Sato perlu menjadi lebih baik daripada yang semalam.. Kerana sehebat mana pun dalam bidang kerjaya atau kehidupan.. jika tidak disulami dengan ketakwaan kepada Ilahi.. nikmat yang dirasakan sekarang tidak akan berkekalan..


2007... aku gagal untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran.. terlalu sedikit masa diluangkan.. lalai dengan perihal duniawi barangkali.. ;( ... patotlah sekarang hati macam sedikit tak tenteram.. mungkin patut lebih muhasabah diri..


2008.. saya harap saya akan dapat menjadi anak dan isteri yang lebih solehah... hari lahir sebulan yang lepas sangat bermakna buat saya.. coz the person i loved gave me the most wanted gift i need.. senaskhah Mashaf Al-Tajwid.. terjemahan Al-Quran yang lengkap dengan penerangan tajwidnya sekali.. (",) thank you my dear.. semoga tahun ini saya bisa untuk mengkhatamkan Al-Quran atau setidak-tidaknya menghabiskan satu pertiga terjemahan ini.


Tuhan... Kau tahu apa yang aku inginkan.. dan aku sedar betapa aku sendiri belum benar-benar bersedia sama ada mampu atau tidak untuk menanggung satu lagi tanggungjawab besar sebagai khalifah di bumiMu.. Mohon petunjuk dan hidayahMu ya Allah...


Amin.
Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...