Klik Klik..

Monday, January 21, 2008

21.01.08

Yeay!!
Ada banyak sebab untuk aku meng-hip-hip-hore hari ini..


Pertamanya.. Pak Lah announce Hari Thaipusam sebagai hari cuti umum untuk warga2 KL dan Putrajaya sebagai tanda kasihnya terhadap sahabatnya Samyvellu.. huk huk.. tak semena-mena aku dan hubby tompang sekaki cuti sekali..tapi khabar ini mesti lagik gumbira untuk mana2 kapel yang selangor vs kl.. huhuh.. i loike it.. (^_^)


Keduanya.. memandangkan hari Rabu diisytiharkan cuti dan malam esok kami akan ada sesi membuat onar di lane boling Endah Parade.. maka amatlah gumbira rasanya hati coklat cair dinikmati kerana aku tak perlu risau untuk pergi kerja dalam keadaan mengantuk keesokan harinya.. huhu..


Ketiganya... akhirnya berjaya juga aku mandi air terjun last weekend setelah mengidam sekian kalinya.. yeay! tq hubby.. kitorang gi berdua jek kat Air Terjun Sg. Gabai.. nak ajak lain2 payah sgt.. sumer request plan betol2, tukar tarikh lain la... last2 pi berdating jek.. masak siap2 kat umah.. nasik putih, ayam masak merah, telur masak kicap, sesikat pisang, air sirap bancuhan hubby, ngan nugget + funfries goreng.. yummy.. huhuh.. paling best bila ada kapel pengantin neh selamba buat outdoor shooting kat air terjun tuh..huhuh..kalo aku sure takleh posing dah..segan sehh ramai org ngk.. :P tapi seriyes air terjun tuh mmg sgt besh.. sebab air terjunnya sangat tinggi dan sangat menyamankan.. nyum nyum..


Tadi dapat e-mel...ada orang puasa yang-yok ari ni sebab dia tergoda dengan jamuan makanan di opisnya.. tak aci... :P balik kang banjer makan na.. huk huk..


Have a nice day everybody..
Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...