Klik Klik..

Tuesday, January 29, 2008

29.01.08


~It's a strange sensation, I'm almost happy..
Well I believe I'm just plain tired, I'm tired
..~




"Bantal kecik saya di opis.. namanya mohio.. cute tak? hehe"



Hi Dearie...


Saya baru sahaja melepasi hari-hari yang sangat memenatkan.. cuma hari ini sahaja baru saya mampu untuk melepaskan lelah.. huhu.. seperti biasa, bila terlampau banyak tekanan dan badan saya tidak mampu lagi untuk menampung, maka sasaran yang dituju adalah kepala saya... penyakit headache itu datang lagik.. tak cukup rehat agaknya..



Kronologi hari-hari meletihkan:


Khamis Lepas:

Turun ke padang lepas opis hour untuk trening netball for the weekend.. First time turun padang lepas kawen.. byk bezanya... semakin pancit.. tiada lagik aksi2 melayang di udara menangkap bola.. yang ada cuma seorg budak yang sedikit berisi menunggu bola datang dengan malasnya..hahaha..Pada malamnya.. saya dan hubby pergi membuat onar pula di lane boling.. prektis untuk tonomen hari Ahadnya..


Jumaat Lepas:

Pergi ke PICC untuk persiapan booth pameran.. unit saya terlibat dalam MAJLIS MAPPA... sangat meletihkan nak siapkan booth pameran tu.. balik-balik rumah.. pengsan selepas makan malam..


Sabtu Lepas:

Pagi-pagi lagi dah pergi ke padang opis untuk perlawanan netball dan bola tampar 5 penjuru.. 'The suwey' is.. orang yang sama kena main netball dan bola tampar sedangkan jadual perlawanannya serentak.. so masing2 dah takleh fokus sebab kena berlari ke padang netball, pastu abes lak gi lawan volleyball.. pastu pindah netball balik..huh? surrender.. langsung kali ni team bidan terjun yg prektis hanya skali kalah sumer game..hohohoh.. paling best, sato buat aksi superman di atas padang netball, lalu melebam dan mencederakan kedua-dua lututnya di samping membakar kulit muka sehingga ke tengahari... giler penat..


Petang lepas Asar lak kena ke CM pegi amek hadiah + souvenir untuk Tournament Boling esoknya pulak... tumit kaki dah start sakit.. tapi kami boleh maintain lagik dan sempat bermain ps2 di malamnya..huhuh..miong..


Ahad Lepas:

Pagi-pagi itu juga kami berkejar ke CineLeisure untuk tournament tahunan boling kelab MalaysianBowlers.com..ye, untuk makluman saya dan hubby antara ajk tertinggi kelab tuh..sungguh gila kuasa kan? hahaha.. tapi kerana terpaksa demi kawan-kawan kami gigihkan juga.. kesan lutut hasil aksi superman sebelum tu dah effect kat permainan boling sato lalu jatuh ke no.11 dari 20 player pompuan.. sungguhlah teruk resultnya sebab taon lepas Sato champion.. :P takpelah, takde rezeki.. nak buat camne, yg penting semangat kesukanan tu ada.. hehe..


Habis tournament tuh kol 4 petang pastu gi sambung2 makan ngan kengkawan smpi kol 6.. kol 7 baru smpi rumah...sangat letihhhhhhhhhhhhh... dan kami berdua tertidor semasa mawi dan siti sedap2 berjoget untuk Juara Lagu... arghhh.. penatnya.. tiket free Juara Lagu orang offer pon tak amek..


Isnin semalam:

Pagi-pagi selepas subuh lagi saya dan hubby berkejar ke PICC, Putrajaya. Hubby kena hantar saya... dalam keadaan mengantok dan sempat lagik hubby tidor setiap kali dekat traffic light, akhirnya berjaya jugak saya sampai.. mujur la function berjalan lancar.. kol 4pm baru balik umah..
drop..
flat..


Selasa hari ini:

Hari ini adalah hari untuk saya menguap berjuta kali dan menyembah keybod barang sejam dua. huhuh..


Harap-harap esok dah recover semula lah..
yoshhh!!
Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...