Klik Klik..

Tuesday, February 26, 2008

26.02.08



~ They say that time changes things,
but you actually have to change them yourself.. ~
(Andy Warhol)





.Open Source E-mail Administrator Training.


Dalam 3 hari ni Sato sebok berkursus. Kursus pertama untuk taon 2008 ni kot..maklumlah.. kami pekerja gomen kena cukupkan hari berkursus at least 10 hari setahun.. Bagus sebenarnya, tujuan untuk memajukan personel tu sendirik.. Actually nama aku tak naik pon untuk trening ni, tapi cam seronok lak nak masuk since knowledge aku tentang hal-hal belakang e-mel ni pon memang zOrrO.huhuh..


So nanti kalo ada orang tanya pasal e-mel architecture setting ke buleh gak la aku menjawabnye.. eces. :p .. tapi baru sehari setengah ni dah rasa boring dah.. sebab yang mengajar tu banyak promote produk diorang jek.. and then bila masuk bab admin macam dah terlampau advance lak untuk aku.. tapi takpela.. dapat gak kenal vocab2 baru pasal e-mel admin.. (hidung berdarah..) :p




.Restructuring Penempatan Staff.


Panas panas.. berita panas tuk hari ni.. admin opis aku baru send mail skalik ngan peta kedudukan bilik-bilik staff yang terbaru.. perghh, memang rombak abeslaa.. kali ni diorang letakkan ikut gred staff tu lak.. so untuk masa kurang dari 8 bulan neh buat kali kedua aku akan pindah tempat lagik.. ades.. tak larat nak mengangkut barang.. aku dah buat galeri sikit punya cantik kat belakang kerusi aku neh.. (*_*).. malehnyaa..


Apapon, harap-harap perubahan ni dapat membawa kebaikan la pada kitorang.. egegege..... ada masa 2 hari jek nak kemas barang before outstesen neh.. (*_*) (pengsan sebab kepala terlanggar bucu meja nak kemas barang)

Friday, February 22, 2008

22.02.08



What flower are you?

I'm Daffodil


"You have a sunny disposition and are normally one of the first to show up for the party. You don't need too much attention from the host once you get there as you are more than capable of making yourself seen and heard."




Salah satu application Facebook aku cuba ari ni..huhu..
Korang nye lak?
Klik la sini test.
What Flower Are You?


....


Have a nice weekend everyone.
Minggu ni kami berdua ada misi:


1. Balik kampung kat Perak jumpa mak.
2. Hantar komputer kat Piepi kat Seri Iskandar nun.
3. Singgah Puchong antar kain untuk jahit baju..
(Yippie.. Sato ada 6 pasang kain nak suruh Kak Ngah jahitkan.. amek ko.. huhuh..kali ni nak wat pesen kebaya lak la.. arap2 badan tak cepat membesar..)


Till then, take gud care..
Jangan lupa layan Nabil dalam Gelanggang Raja Lawak malam ni.. alriteeee! :p

Tuesday, February 19, 2008

19.02.08


A Memoir of 19th February


~We are born once in lifetime..
we die once..
we marry once..
and we fall in love once..~




19th February 2006


Sesi YM di suatu malam sebelumnya;
-----------------------------------
.
Him: Esok pagi sebelum tonomen aku datang jemput ko..
Him: Ko tolong kejutkan ek.. takut tak terjaga
Her: Yelah.. nanti aku miskol..
Him: Weh, esok kalo rajin ko buatkan la bekpast skali..
Him: Tadek tenaga nak memboling nanti..
Her: Tu pasal..aku memang nak plan wat roti sardin sok pagi..
Him: Ok gak tuh..ko buatla.. kalo sedap nanti leh aku masuk meminang.. :P
Her: Ampes jek..
..







19th February 2007



Setahun berlalu..
dan kedua rakan seperbolingan ini sedondon berwarna hijau pada hari pertunangan mereka.. masin jugak kata-kata yang dulunya dianggap lawak je tu kan?






Today
19th February 2008


He's my best friend..
He's my hubby..
He's the one i love..





Hepi 2nd Special Anniversary my dear ;)
thank you for everything..

Friday, February 15, 2008

15.02.08


~ Though we travel the world over to find the beautiful, we must carry it with us or we find it not.. ~




Sato semakin ketagih dengan reality show.. dan malam tadi, sato sempat follow final show untuk Amazing Race Asia Season 2. Sangat menarik.. Pertembungan 3 kumpulan akhir antara 3 negara (Filipina)-(Malaysia)-(Singapura).. dan fakta baru yang Sato baru terima ialah rupa2nya wakil dari Malaysia tu adalah kakak-kakak si Vincent Juara Akademi Fantasia Season 1. Sungguh aktif dalam reality show rupanya family diorang neh.. hehe..






Malam tadi episod final dibuat dekat Singapure.. dan ironiknya... at last, team dari Singapore (Adrian and Collin) yang menang. Apa yang buat aku rasa best ialah time tu diorang sebenarnya dah tertinggal tempat ketiga dalam banyak2 challenge tu sampaila bila dapat tugasan final yang mana salah sorang dari setiap team kena susun bendera negara2 yang diorang penah pergi dalam show ni.. Adrian ngan Colling memintas team2 lain dengan tersangatlah padunya lantas menjadi juara.. huhuh..Pressure jek lagi dua team lain tuh, kalah disebabkan bendera jek.. Penting jugak pengetahuan bab geografi neh.. hehe..



Anyway, aku sebenarnya tak sabar nak tunggu reality show malam ni punya. Gelanggang Raja Lawak.. hahahhaaa... sangat besh weh.. try la layan untuk sesapa yang suka gelak.. saya sokong Nabil.. :P sokong je tapi tak undi pong.. hehe..

Tuesday, February 12, 2008

12.02.08


~ It's not flesh and blood.. but heart makes them father and son.. ~







Siapa yang tak pernah dengar pasal filem E.T? Antara filem-filem pemula yang memasukkan unsur2 hubungan antara kekanak dan makhluk angkasa luar dalam kehidupan manusia yang mana sangatlah box office ketika filem tu ditayangkan.. dan setelah dua dekad lamanya barula ada bollywood filem Koi.. Mil Gaya pulak mencedok sedikit unsur-unsur filem E.T.. pon box office kat India sebab pelakonnya Hrithik Roshan.. Sayangnya, saya tak pernah tengak full kedua-dua movie tu sebab saya rasa jalan ceritanya biasa-biasa aja.. tengok separuh jalan dah tak minat..


Sehinggalah malam tadi, saya dan asben hang out dengan kengkawan MB pegi layan wayang movie Stephen Chow.. turut memasukkan unsur-unsur yang sama dengan kedua-dua filem tu, kali ni version cina CJ7. unsur watak-watak utama seperti alien comel dan kanak-kanak dikekalkan... dan kali ni saya boleh berani jamin yg kata-kata Stephen Chow tu betol bila dia claim yang filem dia ni memang lagik best dari E.T..





Sangat berbeza dengan cerita-cerita lawak paknreas dia sbelom neh cam Kungfu Hustle, Shaolin Soccer n etc... Kali ni Stephen Chow menyerapkan mesej kekeluargaan sambil menekankan hubungan antara ayah dan anak.. walaupon nampak agak serius, tapi lawak-lawak mengong dia tetap dimasukkan sampaikan kitorang tak larat nak terbahak-bahak kat dalam panggung tuh.. dahla tengok time Raya Cina, penonton lak ramai orang Cina, tapi rasanya suara geng2 MB yang terlebih gelak dalam panggung tuh.. huhuh.. sangat best..


Cuma kali ni, tak seperti filem-filem dia yang lain yg cuba bagi korang gelak sampai terkeluar buah pinggang kanan... akan ada scene yang menyebabkan korang tangkap syahdu gilosnye... seriyesss... kalo pompuan memang confirmla dah meleleh-leleh, cuma yang lelaki akan coverline sketla sambil pandang2 tepi takut menangis.. :P tak gitu asbenku? tapi yela.. sedangkan saya sendirik kalo ada berlaku apa2 kat family jek memang sangat mudah untuk mengalirkan air mata..





Percaya tak yang watak budak lelaki kat atas ni dilakonkan oleh budak pompuan? huhuh.. sangatla superb lakonannya..


At last, kami keluar dari panggung tu dengan perasaan yang amat best dan rasa berbaloi dengan duit yang dah dikorbankan.. eheh.. still, hang out with MBians really made my day.. :) dan buat kengkawan yang sangat suka me'wayang di panggung.. this film is a must. two thumbs up from me.. tanak citer lebih2.. korang tengoklah sendirik.. wajibal ghunnah.. heheh.. dan saya percaya.. filem ini jugak akan turut box office sama dengan dua filem kat atas tu tadi..


Persoalannya.. bilala kita leh nengok filem camtu dari Malaysia ek? (*x*)v huhuh..
Antara ulasan lain: http://axa87.blogspot.com/

Monday, February 11, 2008

110208

~ Like most people I can be lazy, so it's nice to have a goal or deadline or reason to work out.. ~



Hi dearie,

Saya dilanda masalah ke'lemau'an diri di opis.. Semangat kerja yang meluap-luap masih tak muncul.. al maklum dah cuti panjang 10 hari.. and then datang opis pon tadek orang.. ramai yg masih cuti ato MC.. jadi suasana kesibukan tu takde.. huhuh..


Balik kampung sangat seronok.. Meluangkan masa bersama-sama keluarga adalah saat yang paling saya suka.. cuma masalah kami bila balik ke kampung, duit cepat abes sebab tergoda dengan pujuk rayu macik-macik yang mempromote barang di Pengkalan Kubor, Rantau Panjang, Wakaf Che' Yah.. huhuh.. arghhh... kali ni memang banyak hasil tangkapan kitorg.. :P


By the way dearie.. ingat tak misi saya 16/01 ari tu... (^_^)v misi saya dah berjaya.. sangat berterima kasih kepada incik presiden yang telah membantu merealisasikan misi saya ini.. i love my orange pet..i love my hubby too.. yippie..
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...