Klik Klik..

Tuesday, February 12, 2008

12.02.08


~ It's not flesh and blood.. but heart makes them father and son.. ~







Siapa yang tak pernah dengar pasal filem E.T? Antara filem-filem pemula yang memasukkan unsur2 hubungan antara kekanak dan makhluk angkasa luar dalam kehidupan manusia yang mana sangatlah box office ketika filem tu ditayangkan.. dan setelah dua dekad lamanya barula ada bollywood filem Koi.. Mil Gaya pulak mencedok sedikit unsur-unsur filem E.T.. pon box office kat India sebab pelakonnya Hrithik Roshan.. Sayangnya, saya tak pernah tengak full kedua-dua movie tu sebab saya rasa jalan ceritanya biasa-biasa aja.. tengok separuh jalan dah tak minat..


Sehinggalah malam tadi, saya dan asben hang out dengan kengkawan MB pegi layan wayang movie Stephen Chow.. turut memasukkan unsur-unsur yang sama dengan kedua-dua filem tu, kali ni version cina CJ7. unsur watak-watak utama seperti alien comel dan kanak-kanak dikekalkan... dan kali ni saya boleh berani jamin yg kata-kata Stephen Chow tu betol bila dia claim yang filem dia ni memang lagik best dari E.T..





Sangat berbeza dengan cerita-cerita lawak paknreas dia sbelom neh cam Kungfu Hustle, Shaolin Soccer n etc... Kali ni Stephen Chow menyerapkan mesej kekeluargaan sambil menekankan hubungan antara ayah dan anak.. walaupon nampak agak serius, tapi lawak-lawak mengong dia tetap dimasukkan sampaikan kitorang tak larat nak terbahak-bahak kat dalam panggung tuh.. dahla tengok time Raya Cina, penonton lak ramai orang Cina, tapi rasanya suara geng2 MB yang terlebih gelak dalam panggung tuh.. huhuh.. sangat best..


Cuma kali ni, tak seperti filem-filem dia yang lain yg cuba bagi korang gelak sampai terkeluar buah pinggang kanan... akan ada scene yang menyebabkan korang tangkap syahdu gilosnye... seriyesss... kalo pompuan memang confirmla dah meleleh-leleh, cuma yang lelaki akan coverline sketla sambil pandang2 tepi takut menangis.. :P tak gitu asbenku? tapi yela.. sedangkan saya sendirik kalo ada berlaku apa2 kat family jek memang sangat mudah untuk mengalirkan air mata..





Percaya tak yang watak budak lelaki kat atas ni dilakonkan oleh budak pompuan? huhuh.. sangatla superb lakonannya..


At last, kami keluar dari panggung tu dengan perasaan yang amat best dan rasa berbaloi dengan duit yang dah dikorbankan.. eheh.. still, hang out with MBians really made my day.. :) dan buat kengkawan yang sangat suka me'wayang di panggung.. this film is a must. two thumbs up from me.. tanak citer lebih2.. korang tengoklah sendirik.. wajibal ghunnah.. heheh.. dan saya percaya.. filem ini jugak akan turut box office sama dengan dua filem kat atas tu tadi..


Persoalannya.. bilala kita leh nengok filem camtu dari Malaysia ek? (*x*)v huhuh..
Antara ulasan lain: http://axa87.blogspot.com/

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...