Klik Klik..

Thursday, March 20, 2008

17.03.08



~It's the treasure hunt that makes it fun,
in a way, and you're a detective..~



Date: 16 mac 2008
Location: Petaling Jaya-KL
Occasion: Discover Smiles Treasure Hunt (Esso-Mobil-TV3-Channel9)



Ahad yang lepas..sehari selepas balik dari PD, saya dan hubby sekali lagi menjebakkan diri ke dalam aktiviti mencari harta karun untuk pertama kalinya pada 2008 ini setelah kami terlepas beberapa siri lain sebelumnya..


Ye, ini bukan kali pertama aku join venture dalam games treasure hunt ni.. kalo nak diikutkan taon lepas agak aktif jugak la and then yg paling best bila kitorangnye pakatan tuh dapatla gak menyambar satu-dua hadiah saguhati.. walaupon cam belom sampai tarap jerung-jerung lagik nak rebut top prize tapi this kind of game is really fun.. dan sangat membuatkan otak kita untuk bekerja dan berfikir.. heheh, ala-ala detektif la..


Macam besa selain kitorang mestila ada geng-geng pakatan wajib yang turut join skali.. kalo ikutkan, aku ni watak-watak picisan je.. paling core si kapel kak As-Arop dan yang turut join skalik ari tu si kapel Jebat-wife..


Yang beshnya... kali ni penyertaan adalah FREE sebab ekceli ni sebenarnya baru peringkat saringan.. daripada bebanyak team yang masuk.. diorang akan pilih 8 team finalist untuk bertarung peringkat akhir.. yang paling beshnya, peringkat akhir ni diorang akan buat secara rakaman 5 hari dan akan ditayangkan kat tv3.. setiap Jumaat petang kol 7pm... akan start tayang bulan April la.. huhuh..


Walau bagaimanapun, seperti biasa memandangkan sangat ramai jerung-jerung yang masuk, angan-angan kitorg untuk mendapatkan kereta Naza Kia itu dan memunculkan muka di tv tak berjaya..huhuhuh... kitorang byk hilang points kat challenges nya.. macam ampeh sebab aku ngan hubby tersilap dengar arahan..huhuhuh.. pastu soklan treasure hunt nye pon ada salah gak.. semakin tipis la harapan.. ari tu otak cam blur jek.. team kak As yang byk memerah otak..huhuh..


Anyway, yang penting dapat experience.. Lagipon dapat byk gak door gifts.. (^_^)v i loiikee it.. Enjoy the pictures.. tak byk tangkap pong..


"Logo Treasure Hunt..Masa ni tengah dengar briefing kat Pusat Sains Negara ari Sabtunya.."



"Hubby tekun membelek katalog Smiles Esso.. kena jadik member Smiles dulu baru leh join..seb baik free..huhu.. "


"Arop menunjukkan bonetnya yg bersepah ngan barang-barang kak As yg bakal dipindahkan ke opis barunya(opis akule tu..huhu) "


"Hubby sempat berposing ngan Elito yang dah siap ditampal mekap..wekeke.. hari pertandingan.. kol 6.30pg dah tercongok kat belakang parking Exxon Mobil. "


"Itu dia kak As sempat mengunyah roti sambil dengar short briefing sebelum start game.. "


"yaa..ini dia kemunculan pasangan yang ditunggu.... maaf, kami bukan jerung..huhu, sebab tu tak dapat masuk final.. :P "




p/s: Rancangan tu dah start tayang kat tv3 2,3 minggu lepas.. hubby excited gambarnya mencelah kejap dalam iklan kat tv3.. si botak yang sebok berlari2 masuk ke dalam keta..hubby sayala tu..huhu..ampes :P (Updated 18/04/08)

Tuesday, March 18, 2008

18.03.08



~Happiness is when what you think..
what you say..
and what you do are in harmony. .~




Lokasi: Tiara Beach Resort, Port Dickson
Tarikh: 13-15 Mac 2008




Nothing much, saja nak share some pics masa berkursus kat PD last weekend.. Biasalah, aku kalau first time pegi kat tempat tu mesti akan snap gambar dari segala sudut.. ala2 wartawan untuk magazine LIBUR lak..huhuhu.. at least kalo ada kengkawan nak pegi tempat camni nanti diorang dah dpt gambaran la sket2.. ;) Enjoy the pictures... sangat menarik untuk bawak family datang vacation kat sini..


Ini pemandangan dari bilik yang aku stay.. nampak macam sangat best kan? diorang buat style water theme park yang dikelilingi apartment.. memang ramai giloslah..





Yang kat bawah ni kawasan dia cam kecik sketla.. special made tuk bebudaknye.. yang paling best siap ada buaian berpusing dalam air tuh..huhuh.. aku mampu tgk dari jauh jek, sebab datang sensorg... :P






Ni lak bilik yang aku stay... studio apartment.. sangat luas kan? uhuk.. tp tak best sbb masa tu dok sensorang jek, hubby tak dapat itot.. :p pastu lagik satu yg tak best takde siaran Astro.. melepas aku nak ngk Nabil jadik johan minggu tu..huhuh..














Yang ni lak gambar kitorang masa tengah berbengkel.. nampak seriyes giler muka.. aku jek yang ceria sebab hari tu last day..ho ho ho..





Dah lepas check out, kitorang tunggu kat lobi hotel.. siap ada clown dua orang buatkan belon tuk bebudak.. huhuh..




Pastu siap ada lak 2 orang jadik ala2 mexican guy nyanyikan lagu2 country tuk tetamu.. sangat beshhh loo..suara lagik best dari peserta AF 6 lak tuh..egege..





Seorang budak sesat yang agak comel sedang memegang belon yang telah ditiup oleh clown.. huk huk.. comel kan budak ni? (^_^)v





Kesimpulannya.. tempat ini sangat sesuaii untuk bawak family gi vacation.. tapi yang kureng satu jek.. makanan dia tak besh.. hehe..
oklah.. till next time..
daa..

Saturday, March 15, 2008

14.03.08


~Any man can win when things go his way,
it's the man who overcomes adversity that is the true champion..~





14 Mac 2008
Jumaat, 12.17am



Ketika ini saya berada di Port Dickson, terlibat dalam satu bengkel khas yang diadakan oleh jabatan. Sayang sekali, kerana saya terlepas untuk mengikuti saat-saat kemenangan dua lelaki yang memberi kesan dalam hidup saya.



.My Hubby.
Bowling Champion Master Final ASB Graded League 2007/2008





Sedikit kuciwa kerana last minute saya dapat tahu saya perlu outstation pada hari yang sama saya telah berjanji untuk menjadi cheerleader hubby saya dalam tournament boling kali ni. Ye, hubby saya jauh sekali berangan untuk mendapat rezeki terpijak ini memandangkan ini kali pertama dia cuba seronok-seronok untuk masuk tonomen yang memang dah diketahui ramai sering dimonopoli oleh jerung-jerung boling seantero kawasan KL-Selangor neh..uhuk..


Alhamdulillah, rezeki hubby saya untuk menang on that day.. ;) sangat teruja.. Walaupun malas nak mengaku, tapi saya tak nafikan dia memang terer ponggg main boling..wekekeke.. Rugiiii sangat tak dapat tgk macam mana dia boleh memboling sambil tangan menggigil sebab masa tu dah tau nama dia tgh on the top list.. haha.. musti lawak.. awak, kita nak pau sket tuk kasut boling baru kite ye? (^_^)v muahsss..
Fakta: Hubby dapat Rm2K sebab jd champion.


.Ahmad Nabil.
Raja Lawak Astro 2008







Hahaha.. kenapa lelaki ini memberi kesan dalam hidup saya? Kerana buat pertama kalinya budak neh berjaya membuatkan saya mem'follow'kan diri agar tidak terlepas satu episod pon rancangan Raja Lawak Astro 2008. Giler kelakarrr wehhh.. Tapi yang paling ampesnya saya terlepas episod final pada malam yang sama suami saya ada tonomen dan saya terpaksa membengkelkan diri di PD.... arghhh... menambahkan lagik kekuciwaan, hotel yang saya lepak itu tak suscribe rancangan Astro.. arghhh..100x tensen.. huhuhuh.. thanks to Fiza Cute (my opismate) anyway sebab sanggup jadi tukang update info masa final tuh... hehehee..
Fakta: Nabil dapat Rm10K + kereta sebab jd champion.huk huk..


Congrats anyway!
Saya sangat sukaaaa Nabill.... erks.. silap.. Hubby saya...
huk huk... :P

Wednesday, March 12, 2008

12.03.08



~Kalau takut dengan risiko, jangan bicara soal perjuangan..~




Dah lebih seminggu tak update blog rupanya.. aku pon turut kena tempias ribut tsunami politik yang melanda kat Malaysia neh.. balik rumah, pergi opis pon, sampai sekarang topik-topik hangat tak abeh dibincangkan... huhu.. sumernya gara-gara adik aku yg sebok suruh baca satu blog nih.. demn..dari situ baru tau memang ternyata dunia politik neh memang sekotor-kotor alam..



Kita baca serba sedikit fakta seorang pengundi bernama SATO:



1. Beliau adalah anak jati sebuah negeri Pantai Timur yang sehingga kini masih berjaya ditadbir selama 18 tahun lamanya oleh sebuah parti yang memperjuangkan kerajaan dalam bentuk cara kepimpinan Islam. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengundi di kampung asalnya tetapi mengundi di alamat IC barunya iaitu di tempat di mana seorang Bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah tewas kerusi parlimennya.



2. Sato buat pertama kali dalam sejarah hidupnya telah memangkah kertas yang kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak undi lutsinar itu. Sebenarnya pada tahun 2004 juga sato telah layak mengundi tetapi kerana kemalasan untuk memikirkan hal politik menyebabkan Sato malas nak mendaftar. Nasib baiklah hujung tahun 2007 itu Sato akhirnya mempunyai kesedaran diri betapa besarnya kuasa sekeping kertas undi tu dalam membentuk kepimpinan kerajaan yang lebih adil dan dapat membela rakyat.



3. Buat pertama kalinya juga dalam sejarah hidup, Sato bersengkang mata bersama hubbynya sehingga ke pukul 3 pagi untuk mendapatkan keputusan pilihanraya sambil mencatatkan keputusan-keputusan yang dikeluarkan di atas sisipan khas suratkhabar.huhuh. Sato juga telah berjaya untuk menghafal sejumlah besar nama-nama wakil-wakil rakyat yang sebelum ini amatlah bengap otak Sato untuk mengingatkannya.. uhuk..




Ye.. saya sukakan perubahan politik yang berlaku dekat negara saya sekarang.. walaupun keputusan PRU-12 ni sedikit sebanyak telah mengecohkan keadaan, tapi sekurang-kurangnya perubahan ini membuatkan saya lebih sayangkan negara saya dan mempunyai rasa ingin ambil peduli dengan hal yang berlaku dalam negara.. moga perubahan ini lebih membawa kebaikan harap-harapnya. Amin..




Dengan semakin ramainya wakil-wakil rakyat yang lebih ber'otak' sekarang, nampak gayanya Sato juga akan menambah rekod peribadinya untuk mula mengikuti perbahasan di parlimen selepas ini, Tentu menarik kan? ;)




P/S: Sato akan otstesen lagi mulai esok hingga Sabtu ni. Kali ini destinasi ke Port Dickson pula untuk satu bengkel khas. Sian hubbyku asek kena tinggal..huhu.. take gud care everyone! jhaa neh..

Tuesday, March 04, 2008

05.03.08

“There are three types of friends: those like food, without which you can't live; those like medicine, which you need occasionally; and those like an illness, which you never want.”





Hari ini, akhirnya Sato dapat semula untuk duduk dengan selesa di meja kerja barunya.. Setelah melalui minggu yang penuh dengan kekecohan dekat opis.. huhuh.. Kitorang ada rombakan tukar-tukar bilik kat opis.. skang tak duduk ikut unit dah.. kena duduk ikut gred lak.. yg tak bestnya, bila dibuat penyusunan tu macam bias lak.. kesian kat senior sebab dapat bilik tak best... yang set-set junior lak ada yang dapat bilik kaca baru, ada yang kena amek bilik orang lain.. pendek kata, disebabkan pengagihan ni ditentukan oleh dua,tiga kepala sahaja dan tidak ada perbincangan secara demokrasi.. maka ramailah yang meletup.. tetapi hal kisah rumahtangga opis takkan nak bercerita lebih-lebih kan.. huhuh.. seb baikla akhirnya ok jugak untuk bilik aku la buat masa ni..




Ekcelli last weekend kena outstation pergi Kemaman, Ganu.. Ada bengkel pembangunan bahan kursus untuk e-learning.. not bad.. dapat belajar benda baru..huhuh..tp pecah kepala gak la nak berdiskas.. yang paling best sebab makanannya.. dengan ikan keli masak merahnya.. dengan ikan patin sangkar masak tempoyaknya... nyum nyum.. i loike.. memang balun abes-abesan sampai topup 2 mangkuk.. wahahahaa.. pastu pengsan termuntah tempoyak..




Then balik dari sana beli satar and keropok lekor sket..saja beli lebih nak bagi opismate ngan Hazie..Sebab Ahadnya tu, me and asben pi lepak umah Hazie kat Putrajaya.. Lama gak lepak dari tengahari sampai ke petang.. hahaha..sangat besh layan hazim yang semakin kiut.. cuma rugi tak bwk digicam.. dah jadik mls nak tangkap gambar skang.. Yang paling best Hazie telah bersusah payah masak macam2 kat kitorg...dengan butter rice speselnya, pastu fillet fish grilled, kek cokelat, bubur ca-ca lah.. huhuh.. (^_^) i loike it (suka ati jek aku bg nama resepi :P).. macih hazie.. cayang ko..memang sejak dh jadi mak ni, dah rajin betol memasak..hehehe.. thanks ya.. susah-susah je ko masak.. tapi memang takleh nak kata apa.. Sato, Hazie dan Makanan memang takleh dipisahkan.. :P




Oklah.. dah melampau-lampau karangan kali ni.. saya rasa macam nak demam..sebab meja baru saya ni betol-betol kat bawah air-cond.. huh (~_~).. have a gud day everybody.. esok seharian akan meeting di Putrajaya... buh-san.. daaaa..

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...