Klik Klik..

Wednesday, March 12, 2008

12.03.08



~Kalau takut dengan risiko, jangan bicara soal perjuangan..~




Dah lebih seminggu tak update blog rupanya.. aku pon turut kena tempias ribut tsunami politik yang melanda kat Malaysia neh.. balik rumah, pergi opis pon, sampai sekarang topik-topik hangat tak abeh dibincangkan... huhu.. sumernya gara-gara adik aku yg sebok suruh baca satu blog nih.. demn..dari situ baru tau memang ternyata dunia politik neh memang sekotor-kotor alam..



Kita baca serba sedikit fakta seorang pengundi bernama SATO:



1. Beliau adalah anak jati sebuah negeri Pantai Timur yang sehingga kini masih berjaya ditadbir selama 18 tahun lamanya oleh sebuah parti yang memperjuangkan kerajaan dalam bentuk cara kepimpinan Islam. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengundi di kampung asalnya tetapi mengundi di alamat IC barunya iaitu di tempat di mana seorang Bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah tewas kerusi parlimennya.



2. Sato buat pertama kali dalam sejarah hidupnya telah memangkah kertas yang kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak undi lutsinar itu. Sebenarnya pada tahun 2004 juga sato telah layak mengundi tetapi kerana kemalasan untuk memikirkan hal politik menyebabkan Sato malas nak mendaftar. Nasib baiklah hujung tahun 2007 itu Sato akhirnya mempunyai kesedaran diri betapa besarnya kuasa sekeping kertas undi tu dalam membentuk kepimpinan kerajaan yang lebih adil dan dapat membela rakyat.



3. Buat pertama kalinya juga dalam sejarah hidup, Sato bersengkang mata bersama hubbynya sehingga ke pukul 3 pagi untuk mendapatkan keputusan pilihanraya sambil mencatatkan keputusan-keputusan yang dikeluarkan di atas sisipan khas suratkhabar.huhuh. Sato juga telah berjaya untuk menghafal sejumlah besar nama-nama wakil-wakil rakyat yang sebelum ini amatlah bengap otak Sato untuk mengingatkannya.. uhuk..




Ye.. saya sukakan perubahan politik yang berlaku dekat negara saya sekarang.. walaupun keputusan PRU-12 ni sedikit sebanyak telah mengecohkan keadaan, tapi sekurang-kurangnya perubahan ini membuatkan saya lebih sayangkan negara saya dan mempunyai rasa ingin ambil peduli dengan hal yang berlaku dalam negara.. moga perubahan ini lebih membawa kebaikan harap-harapnya. Amin..




Dengan semakin ramainya wakil-wakil rakyat yang lebih ber'otak' sekarang, nampak gayanya Sato juga akan menambah rekod peribadinya untuk mula mengikuti perbahasan di parlimen selepas ini, Tentu menarik kan? ;)




P/S: Sato akan otstesen lagi mulai esok hingga Sabtu ni. Kali ini destinasi ke Port Dickson pula untuk satu bengkel khas. Sian hubbyku asek kena tinggal..huhu.. take gud care everyone! jhaa neh..
Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...