Klik Klik..

Tuesday, May 26, 2009

2nd Anniversary..



alhamdulillah..
kali ini ada baby kecil turut sama meraikan hari ulangtahun perkahwinan kami.. :)


Happy Anniversary!


Alhamdulillah..
tidak terucap syukurku..
Moga Kau kekalkan ikatan ini ya Allah.. (",)
Amin.

Friday, March 06, 2009

Jom main kuiz.. :)

Tugasan Tag dari K.Cima (*_*)

Owh..hari ni saya cuti..last minute applied..tak larat seh..hampir seminggu batuk+hilang suara..semalam paling maksimum.. segala jenis penyakit bergabung tenaga.. (batuk berkahak + hidung tersumbat + hilang suara + demam + sakit kepala + selsema..) .. tapi saya redha..kerana ini cuma ujian yang sedikit dari Ilahi.. orang tua kata, orang yang ditimpa sakit tu, adalah untuk mencuci segala dosa-dosa kecil.. mungkin sebelum ini saya sedikit terleka dengan peranan saya selaku seorang muslimah.. Doakan saya cepat sembuh ye kengkawan.. :)


Hari ni dah ok sket..kiranya dah lalu nak makan nasik kerabu sampai abes tu kira okler..huhuh.. oleh itu, saya ingin bayar satu utang tag dr k.cima..ada2 aje diorg neh.. :P


PERINGATAN: Saya telah menjawab soalan ini dengan 2 versi jawapan. Harap maklum bahawa jawapan versi PERTAMA hanyalah rekaan semata-mata dan tidak berkait dengan mana-mana pihak.. :P .. enjoyss


Soalannya:
Pada satu hari, anda mendapati suami anda melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan prinsip anda, mencemar ikatan perkahwinan anda dan betul2 buat anda gerammmm giler babas tahap tenuk hutan khatulistiwa..:




1. Anda marah dan geram ketika anda mendapati suami anda berbuat sesuatu yang anda tak suka.a. Anda pukul belakang badan suami anda sekuat hati (gedebuk gedebuk)
b. Anda lari ke dlm bilik dan kunci lalu mengambil baju2 suami anda dan letak iron biar baju2 tu terbakar (padan muka xde baju g keje)
c. Anda hempas laptop kesayangan suami anda ke lantai sekuat hati (mintak2 rosak)
d. Anda masuk tido dan berpikir nak buat apa


Jawapan dalam Mimpi: (A) Saya akan ajak asben saya untuk bertempur di gurun sahara seperti ketika Son Goku melawan Majibu dalam kartun Dragonball..Kami akan berlawan dan berlawan sehingga awan tingkat ke-tujuh dan asben saya akan tergolek-golek jatuh ke tanah sambil mengangkat tangan surrender dan mengangkat kain putih serta belanja saya di Secret Recipe..nyum nyum..dalam mimpi, sudah pastilah saya yang menang.. :D


Jawapan dalam Realiti: (D) Sato neh sentimental sket.. besanya dia masuk bilik dulu nangis2..pastu bila asben datang pujuk, dia terus terang jek apa yg tak puas hati sambil nangis2 lagik..tapi kasik ayat tazkirah yang makan dalam sketla.. :D



2. Keesokan harinya..anda mendapati hati anda masih sangat pedih dan kecewa dan tiba2 dapat ilham untuk pergi jauh (lari la tu) buat seketika mencari ketenangan hati.Anda merancang untuk menyusup keluar dari rumah ketika suami anda sedang mandi...
a. Anda balik rumah ibu anda dengan anak2
b. Anda balik ke rumah ibu mertua anda dan mahu bercerita tantang anaknya itu
c. Anda pergi lepak kat Port Dickson (tu je la yang dekat pon-nak g jauh2 malas nk drive)
d. Anda lari keliling rumah aje


Jawapan dalam Mimpi: (D) Dengan anggapan bilik air separa transparent saya akan menunggu ketika asben saya mandi itu, dia tengah seronok2 menyampu rambutnya sehingga sabun terkena dekat mata (syampu ini terlebih dahulu saya telah campurkan dengan clorox untuk kesan yang lebh efektif..huhu)..Apabila terkena mata, saya akan segera keluar dan menutup pili air utama bg memastikan air tidak keluar dan berlari-larian santai menglilingi rumah sambil mendengar sayup2 org menjerit dalam rumah.. :D


Jawapan Realiti: (B) Mungkin paling teruk pon saya akan mengadu kat mak dia, sambil meminta nasihat terbaik.. mana tau, anak besa dengar cakap mak sendiri.. Sesi nangis-nangis tetap ada time neh..huhu :)



3. Ketika anda dalam perjalanan ke tempat yang anda tuju ...tiba- suami anda menelefon anda.
a. Anda biarkan saja tepon bunyi
b. Jawab telefon sambil menangis
c. Jawab telefon dan berkata "no yg anda dail tiada dalam perkhidmatan.."
d. Buang telefon anda di seat belakang


Jawapan dalam Mimpi: (B) Jawab telefon sambil nangis tapi masa tu saya dah deal ngan Maxis untuk siarkan perbualan secara langsung dan disiarkan di TV3 dan Radio HotFM supaya dapat respon dari pendengar2 lain.. Ketika itu juga, saya akan passkan henpon saya kepada Dr. Fadzillah Kamsah untuk brainwash n kasik dia rasa menyesal seumur hidup dan tanak buat lagik..huhuhu..

Jawapan Realiti: (A) Besanya saya biarkan henpon tuh berbunyi jek.. paling teruk pon offkan henpon tuh..merajuk sat..:D mencari masa untuk bertenang sebenarnya..



4. Panggilan dari suami anda tidak berjawab, lalu anda mendapat sms darinya yang berbunyi "Awak pergi mana, x minta izin abang pon".a. Anda terkedu dan rasa berdosa lalu pusing balik. (maluu niii)
b. Anda balas sms berbunyi " Izinkan saya keluar" (anda tau suami anda mmg akan bagi sbb dia xnak hukum anda..suami anda sabar orgnya)
c. Anda x jwab sms dan buat bodo je.
d. Anda pergi kedai dan beli brg dan balik rumah semula (konon2 pegi kedai la beli brg aje, lupa nk bgtau)


Jawapan dalam Mimpi: (A) Dalam mimpi Sato sangat baik dan sopan santun..lalu dia pon terkedu dan rasa berdosa lalu pulang balik, sambil berpakaian ayu berbaju kurung..bila sampai kat rumah, segera pergi ke asbennya dan duduk bersimpuh di tepi kerusi sambil meminta maaf dan berbalas-balas pantun dengan suami..huhuh, drama sungguh..

Jawapan Realiti: (B) Reply seperti di atas dengan sedikit ayat perencah tambahan.. :p



5. Suami anda menghantar sms dan merayu anda agar pulang ke rumah.a. Anda cair dan terus pulang ke rumah
b. Anda hati kering..xbalik rumah
c. Anda balas sms berkata "tengokla camne"
d. Anda pikir dulu la..


Jawapan dalam Mimpi: (A) Badan Sato menjadi cair seperti air hujan dan bergabung tenaga menjadi banjir yang melimpahi KL sampai la ke rumah sambil menghanyutkan suaminya ke mana-mana tempat sopping yang bersesuaian sebagai denda..huhuhu..:p giler hyperbola punya mimpi..

Jawapan Realiti: (D) Besanya pikir dulu nak balas ke tak... kalo nak balas ayat apa yang best nak letak...huhuhuh, paling penting nak bg kesedaran yang apa yg dia buat tu kita tak suka sebenarnya.. :D



6. Akhir sekali anda letih dan muhasabah diri dan bersabar aje..maka nyatakan 3 nasihat untuk diri anda..
1) Pasang dan dengar lagu P Ramlee time dia nyanyi kat Sarimah dalam 3 Abdul.. huhuhu, biasala sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri..
2) Selalu dekatkan diri dengan Yang Esa.. sebab hanya Dia yang Maha Mencintai.. kita manusia biasa ni memang tak perfect..tambah lak lelaki, walaupun ada 9 akal, tp nafsu yang 1 tulah yang besar..
3) Teringat kata-kata seorang akak opismate sebelum nak kawen dulu.. pesan dia, bila dah kawen, kena banyak: Sabar...Sabar...dan Sabar... huhuh..



7. Tag 4 orang kawan anda yang anda percayai dan gila-gila...
Adapon setelah berfikir dengan seadanya, ingin saya tujukan tag ini kepada kengkawan seperti berikut:

1. Hazie: Isteri solehah neh..tapi kengkadang gila-gila gak otaknya.. :P
2. Kak As: yang ni agak serius sket bila menjawab tag.. tp laki bini mmg otak gila-gila..
3. Aniszyda: Saja kasik budak bujang untuk berimaginasi sebelum melangkah ke alam perkahwinan..huhuh..
4. Falindah: :P ni isteri solehah gak neh.. jawab jangan tak jawab..:D


Pergh...sejam gua perah otak nak jawab tag neh..mencabar sungguh! (*_*)
Hubby..jika anda membaca post ini, buat-buatlah macam tak nampak ye.. :P wekeke..

Friday, February 27, 2009

Google Image game.. :)

Salam diary...

Setelah sekian lama saya tinggalkan seketika..ari ni terasa nak lap habuk sket dalam blog ni.. :) ari ni saya kena stayback kat opis.. dekat kol 9 mlm pon tak balik lagik..uhuk.. ada projek besar kena siapkan.. seperti biasa, saya suka release tension jap dengan membelek blog2 org lain..tp saya memang benci kawan2 opis saya..sebab tiap kali saya nak baca blog diorang..mesti terkena time kena 'tag'.. huhuh.. ampes.. kali ni dengan idah nun jauh di kanada.. tp rasa macam best lak nak jawab tag dia kali ni.. utang k.cima yang dua tu tunggu dulu yer.. :p


"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people."

I am a..




I really want to go to..






My favorite place..




My favorite things are ..




My favorite drink..




My favorite food..




My favorite colours are definitely..




I live in..




I was born in..




I attended..




My favourite stories are..








My hobbies are..








And I definitely wish for..






Saya ingin serahkan kerja rumah ini kepada kawan-kawan saya seperti di bawah:

1. Hazie (Mak Hazim yang update blog setahun sekali..:P)
2. Aniszyda (x-osmet gue..)
3. Axa87 (Towkey cupcakes berjaya.. :D)
4. Mleo (Towkey tudung ekin berjaya.. :D)
5. Samurai (Bakal jadi bapak tak lama lagik.. ;))
6. Falindah (Mak Nuha yang gigih studi di Aussie..)

;) Slamat meng'google' kengkawan..

Wednesday, January 28, 2009

28.01.09




~ It is said that the present is pregnant with the future.. ~




(",)
Sememangnya syurga itu di bawah kaki ibu.. memang selayaknya diletakkan darjat ibu sebegitu rupa.. saya sangat kagum dengan ma.. dan sesiapa sahaja yang bergelar ibu.. betapa berat sebenarnya tanggungjawab yang perlu dipikul untuk bergelar sebagai ibu..


Alhamdulillah, buat masa ni saya masih kurang mendapat alahan 'morning sickness'.. tapi ujian sebenarnya telah bermula.. mual-mual dah terasa bila lambat makan.. makanan sedap-sedap depan mata pon tak boleh nak telan bagi habis.. paling ketara, makanan yang manis-manis memang senang kena reject la, asek teringin nak makan benda masam jek..uhuk.. pastu rasa tak selesa byk angin dalam badan.. (*_*)..


Lagi kelakar, sejak dua menjak ni memang rasa semakin emosi pulak.. kadang-kadang kesian dgn hubby.. benda yang mungkin nampak remeh pon mudah je saya nak mengalirkan air mata.. nangis yang bersungguh-sungguh lak tuh..asek nak terasa hati jek..huhuh.. sentimental sungguh..


:) Engkau lebih memahami ya Allah.. semoga dalam keadaan sekarang ini lebih menjadikan saya insan yang lebih tabah dan bertakwa daripada sebelumnya..
Amin.

Tuesday, January 13, 2009

One Step Closer..


~ Seandainya Allah memakbulkan doamu, Allah menyayangimu..
Seandainya Allah tidak memakbulkan doamu, Allah mengujimu.. dan
Seandainya Allah belum memakbulkan doamu, percayalah bahawa Allah sedang merancang sesuatu untukmu.. ~


Alhamdulillah..
Saya hilang kata-kata.. selain hanya mampu memanjatkan kesyukuran kepada Allah.. Memandangkan kitab tahun 2009 hanya baru beberapa helai telah diselak.. doa-doa saya selama ini telah dimakbulkan.. salah satu azam n impian saya pada tahun ni hampir menjadi kenyataan, insyaAllah..

Terima kasih kawan-kawan dan keluarga.. berkat doa kalian juga untuk kami terima berita gembira ini.. :) Kami masih perlukan doa-doa kalian agar semuanya berjalan lancar dan selamat adanya.. Hari semalam memang penuh emosi.. Tak salahkan untuk saya menangis sekali-sekala? hehehe.. (psst, hazie siap ko nnt aku nak cubit..:P) Thanks k.As untuk mission tghari semalam.. :D





Awak..
Lepas ni jangan salahkan saya kalau2 saya terlebih manja sket ek...rasa macam panjang jek list nak claim neh..Saya benci awak sebab mengantoikan surprise saya semalam.. :P hahahahaha (bertanduk..)





Hazim, doakan auntie ngan uncle okay! ;)

Monday, January 05, 2009

05.01.09

~ Ahlan Wasahlan 2009 ~





"Impian menggapai bintang bermula dari berimaginasi,
pun begitu..
tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna.."





Alhamdulillah.. kita semua masih bernafas sempurna lagi menyambut ketibaan Tahun Baru 2009.. Harapnya masih tak terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru kat rakan-rakan semua.. Setiap kali tahun baru, macam-macamlah azam baru yang akan masing-masing sematkan dalam diri.. samalah jugak dengan saya pon.. walaupon rasanya taon lepas saya tak tetapkan apa2 azam kot.. tapi tahun ni perlu buat wishlist jugak lah. at least kita ada matlamat dalam teruskan hidup.. taklah kosong je.. apa nak jadi pon jadilah ye.. :)


Impian saya sangat banyak tahun ini.. tapi ada seorang rakan berkata, tak salah untuk kita buat impian yang banyak-banyak.. sekurang-kurangya, bermimpi itu satu langkah permulaan untuk kita lakukan tindakan supaya jadi kenyataan..



1. Capaikan impian ABAH dan MA


Abah.. tahun ni, Suzie akan usaha sedaya yang termampu untuk bantu Abah dan Ma siapkan rumah.. Kalau sebelum-sebelum ni Suzie setakat bagi duit belanja, insyaAllah Suzie akan pastikan yang Suzie dapat bagi duit lebih untuk tolong abah buat rumah kat kampung.. Kalau sebelum ni Suzie dapat support sikit-sikit je duit belanja kat adik-adik.. insyaAllah Suzie akan cuba bagi lebih.. Abah dan Ma jangan risau.. start dari sekarang, Suzie akan kumpul duit banyak-banyak untuk bawak Ma dan Abah pergi Haji..sekurang-kurangnya dalam masa 2 tahun akan datang, kalo tak pergi Haji pon kita sempat pergi Umrah sama-sama dulu.. Suzie tanak tunggu Abah dan Ma kumpul duit sikit-sikit dalam tabung haji, lepas tu dah tua baru nak pergi.. Suzie nak sampai orang kata kat ma "Alhamdulillah, sejuk perut ma mengandungkan Suzie.."


Diorang tak cakap direct dengan kita.. tapi dalam hati diorang mesti terdetik semua impian tu kan?



2. To have our own JUNIOR


Orang sekeliling dah banyak jugak bertanya bila nak dapat anak.. kalaulah saya tahu bila tarikhnya senang sikit nak jawab.. tapi rezeki ni datang-Nya dari Allah.. saya percaya akan Qada' dan Qadar.. jadi kepada rakan-rakan yang memahami, jangan persoalkan takdir kepada kami.. tapi sokonglah kami dengan mendoakan kami agar cepat menimang cahayamata.. kami pon seperti orang lain, mempunyai impian yang sama.. :) Tapi takpe, usaha tangga kejayaan kan? huhuh.. :) .. Saya rasa, mungkin amal ibadat saya sebelum ni masih tak cukup, atau masih belum mampu untuk menjadi ibu yang baik.. insyaAllah saya berazam untuk memperbaiki diri pada tahun ni.. moga-moga impian tercapai.. Amin..



3. Hijrah ke Zon Bebas Kewangan


Alhamdulillah.. Allah mempertemukan saya dengan orang-orang yang berjaya lewat tahun lepas.. dengan orang-orang yang sangat berfikiran positif dan lapang dada.. dan kini, kami pon turut sama-sama berkecimpung dalam bidang bisnes part time.. satu hari saya akan cerita dengan lebih lanjut pasal bisnes ni.. rakan-rakan yang dah tahu leh sengih dalam hati jek eh.. :P sebelum ni saya pon macam orang lain.. pandang endah tak endah jek ngan side income.. rasa macam redha jekla dengan kehidupan sekarang.. memang niat nak carik duit lebih tapi tatau nak start macam mana.. :) Alhamdulillah, peluang dah ada depan mata dan dibukakan pintu hati saya untuk membuat tindakan.. Kata orang, untuk berjaya, kita kena rapat dengan orang-orang yang berjaya.. itulah yang sedang kami usahakan, supaya dapat capai kejayaan sama dengan mereka.. yang penting, saya nak pindah dari zon hutang-hutang guna kad kredit, tak cukup duit kepada zon bebas kewangan.. :) InsyaAllah..



4. Pastikan sekurang-kurangnya ada 1 cop dalam passport


Me dan asben sangat suka melancong.. tapi setakat ni kami deting-deting kat dalam Malaysia jekla.. konon nak menyahut seruan kerajaan Tahun Melawat Malaysia lah asalnya.. huhuh.. padahal sebenarnya nak kaberline tak cukup bajet sangat..huhuh.. so taon nih nak berangan harap-harap dapatla peluang melancong kat obersea at least sekali dulu tahun nih.. :) kalo dapat melancong free lagik besh... GANBATE NEH!!



Tak lupa..saya harap tahun nih saya dapat update blog lebih kerap dari tahun lepas..hahaaha...



Semoga impian kita tahun ni tercapai... Amin.. :)
Chaiyok... Chaiyok..
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...