Klik Klik..

Friday, March 06, 2009

Jom main kuiz.. :)

Tugasan Tag dari K.Cima (*_*)

Owh..hari ni saya cuti..last minute applied..tak larat seh..hampir seminggu batuk+hilang suara..semalam paling maksimum.. segala jenis penyakit bergabung tenaga.. (batuk berkahak + hidung tersumbat + hilang suara + demam + sakit kepala + selsema..) .. tapi saya redha..kerana ini cuma ujian yang sedikit dari Ilahi.. orang tua kata, orang yang ditimpa sakit tu, adalah untuk mencuci segala dosa-dosa kecil.. mungkin sebelum ini saya sedikit terleka dengan peranan saya selaku seorang muslimah.. Doakan saya cepat sembuh ye kengkawan.. :)


Hari ni dah ok sket..kiranya dah lalu nak makan nasik kerabu sampai abes tu kira okler..huhuh.. oleh itu, saya ingin bayar satu utang tag dr k.cima..ada2 aje diorg neh.. :P


PERINGATAN: Saya telah menjawab soalan ini dengan 2 versi jawapan. Harap maklum bahawa jawapan versi PERTAMA hanyalah rekaan semata-mata dan tidak berkait dengan mana-mana pihak.. :P .. enjoyss


Soalannya:
Pada satu hari, anda mendapati suami anda melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan prinsip anda, mencemar ikatan perkahwinan anda dan betul2 buat anda gerammmm giler babas tahap tenuk hutan khatulistiwa..:




1. Anda marah dan geram ketika anda mendapati suami anda berbuat sesuatu yang anda tak suka.a. Anda pukul belakang badan suami anda sekuat hati (gedebuk gedebuk)
b. Anda lari ke dlm bilik dan kunci lalu mengambil baju2 suami anda dan letak iron biar baju2 tu terbakar (padan muka xde baju g keje)
c. Anda hempas laptop kesayangan suami anda ke lantai sekuat hati (mintak2 rosak)
d. Anda masuk tido dan berpikir nak buat apa


Jawapan dalam Mimpi: (A) Saya akan ajak asben saya untuk bertempur di gurun sahara seperti ketika Son Goku melawan Majibu dalam kartun Dragonball..Kami akan berlawan dan berlawan sehingga awan tingkat ke-tujuh dan asben saya akan tergolek-golek jatuh ke tanah sambil mengangkat tangan surrender dan mengangkat kain putih serta belanja saya di Secret Recipe..nyum nyum..dalam mimpi, sudah pastilah saya yang menang.. :D


Jawapan dalam Realiti: (D) Sato neh sentimental sket.. besanya dia masuk bilik dulu nangis2..pastu bila asben datang pujuk, dia terus terang jek apa yg tak puas hati sambil nangis2 lagik..tapi kasik ayat tazkirah yang makan dalam sketla.. :D



2. Keesokan harinya..anda mendapati hati anda masih sangat pedih dan kecewa dan tiba2 dapat ilham untuk pergi jauh (lari la tu) buat seketika mencari ketenangan hati.Anda merancang untuk menyusup keluar dari rumah ketika suami anda sedang mandi...
a. Anda balik rumah ibu anda dengan anak2
b. Anda balik ke rumah ibu mertua anda dan mahu bercerita tantang anaknya itu
c. Anda pergi lepak kat Port Dickson (tu je la yang dekat pon-nak g jauh2 malas nk drive)
d. Anda lari keliling rumah aje


Jawapan dalam Mimpi: (D) Dengan anggapan bilik air separa transparent saya akan menunggu ketika asben saya mandi itu, dia tengah seronok2 menyampu rambutnya sehingga sabun terkena dekat mata (syampu ini terlebih dahulu saya telah campurkan dengan clorox untuk kesan yang lebh efektif..huhu)..Apabila terkena mata, saya akan segera keluar dan menutup pili air utama bg memastikan air tidak keluar dan berlari-larian santai menglilingi rumah sambil mendengar sayup2 org menjerit dalam rumah.. :D


Jawapan Realiti: (B) Mungkin paling teruk pon saya akan mengadu kat mak dia, sambil meminta nasihat terbaik.. mana tau, anak besa dengar cakap mak sendiri.. Sesi nangis-nangis tetap ada time neh..huhu :)



3. Ketika anda dalam perjalanan ke tempat yang anda tuju ...tiba- suami anda menelefon anda.
a. Anda biarkan saja tepon bunyi
b. Jawab telefon sambil menangis
c. Jawab telefon dan berkata "no yg anda dail tiada dalam perkhidmatan.."
d. Buang telefon anda di seat belakang


Jawapan dalam Mimpi: (B) Jawab telefon sambil nangis tapi masa tu saya dah deal ngan Maxis untuk siarkan perbualan secara langsung dan disiarkan di TV3 dan Radio HotFM supaya dapat respon dari pendengar2 lain.. Ketika itu juga, saya akan passkan henpon saya kepada Dr. Fadzillah Kamsah untuk brainwash n kasik dia rasa menyesal seumur hidup dan tanak buat lagik..huhuhu..

Jawapan Realiti: (A) Besanya saya biarkan henpon tuh berbunyi jek.. paling teruk pon offkan henpon tuh..merajuk sat..:D mencari masa untuk bertenang sebenarnya..



4. Panggilan dari suami anda tidak berjawab, lalu anda mendapat sms darinya yang berbunyi "Awak pergi mana, x minta izin abang pon".a. Anda terkedu dan rasa berdosa lalu pusing balik. (maluu niii)
b. Anda balas sms berbunyi " Izinkan saya keluar" (anda tau suami anda mmg akan bagi sbb dia xnak hukum anda..suami anda sabar orgnya)
c. Anda x jwab sms dan buat bodo je.
d. Anda pergi kedai dan beli brg dan balik rumah semula (konon2 pegi kedai la beli brg aje, lupa nk bgtau)


Jawapan dalam Mimpi: (A) Dalam mimpi Sato sangat baik dan sopan santun..lalu dia pon terkedu dan rasa berdosa lalu pulang balik, sambil berpakaian ayu berbaju kurung..bila sampai kat rumah, segera pergi ke asbennya dan duduk bersimpuh di tepi kerusi sambil meminta maaf dan berbalas-balas pantun dengan suami..huhuh, drama sungguh..

Jawapan Realiti: (B) Reply seperti di atas dengan sedikit ayat perencah tambahan.. :p



5. Suami anda menghantar sms dan merayu anda agar pulang ke rumah.a. Anda cair dan terus pulang ke rumah
b. Anda hati kering..xbalik rumah
c. Anda balas sms berkata "tengokla camne"
d. Anda pikir dulu la..


Jawapan dalam Mimpi: (A) Badan Sato menjadi cair seperti air hujan dan bergabung tenaga menjadi banjir yang melimpahi KL sampai la ke rumah sambil menghanyutkan suaminya ke mana-mana tempat sopping yang bersesuaian sebagai denda..huhuhu..:p giler hyperbola punya mimpi..

Jawapan Realiti: (D) Besanya pikir dulu nak balas ke tak... kalo nak balas ayat apa yang best nak letak...huhuhuh, paling penting nak bg kesedaran yang apa yg dia buat tu kita tak suka sebenarnya.. :D



6. Akhir sekali anda letih dan muhasabah diri dan bersabar aje..maka nyatakan 3 nasihat untuk diri anda..
1) Pasang dan dengar lagu P Ramlee time dia nyanyi kat Sarimah dalam 3 Abdul.. huhuhu, biasala sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri..
2) Selalu dekatkan diri dengan Yang Esa.. sebab hanya Dia yang Maha Mencintai.. kita manusia biasa ni memang tak perfect..tambah lak lelaki, walaupun ada 9 akal, tp nafsu yang 1 tulah yang besar..
3) Teringat kata-kata seorang akak opismate sebelum nak kawen dulu.. pesan dia, bila dah kawen, kena banyak: Sabar...Sabar...dan Sabar... huhuh..



7. Tag 4 orang kawan anda yang anda percayai dan gila-gila...
Adapon setelah berfikir dengan seadanya, ingin saya tujukan tag ini kepada kengkawan seperti berikut:

1. Hazie: Isteri solehah neh..tapi kengkadang gila-gila gak otaknya.. :P
2. Kak As: yang ni agak serius sket bila menjawab tag.. tp laki bini mmg otak gila-gila..
3. Aniszyda: Saja kasik budak bujang untuk berimaginasi sebelum melangkah ke alam perkahwinan..huhuh..
4. Falindah: :P ni isteri solehah gak neh.. jawab jangan tak jawab..:D


Pergh...sejam gua perah otak nak jawab tag neh..mencabar sungguh! (*_*)
Hubby..jika anda membaca post ini, buat-buatlah macam tak nampak ye.. :P wekeke..
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...