Klik Klik..

Thursday, March 24, 2011

Western Food Addiction..

Tolongggg!!!


Minggu ni tiba2 ketagihan makanan ala barat.. Adakah ini sindrom trimester kedua?
Ptg smlm dah makan lamb chop.. Mlm tadi ngidam sizzling mee lak yg ada cendawan butang besar2 tuh.tp x jumpa.. Dpt prawn noodle sizzling jek.. jadiklah...sedap jugakk.. :D

 
Tghari tadik lunch kt Resepi Rahsia pulok.. Amek peberet menu a.k.a chicken cordon bleu.. Ditapau dgn chocolate cheese cake pulak utk kudap2an petang.. (O_o)..




Ketagihan ini boleh membawa kepada kebankrupt'an kepoketan.. Pikir positif: "Hmm.. Xpe, makan puas2.. Nnt pantang xleh mkn sebulan.. :p"

(O_o) Terasa nak masak spagheti lak mlm neh.. Tp x cukup bahan..huhuhu..
tamat.

Wednesday, March 23, 2011

Wordless Wednesday #1




Tuesday, March 22, 2011

MHI: Mee Kari Mak Nyonya

Saya ingin memperkenalkan satu slot baru dlm blog Sato kali ini, iaitu MHI a.k.a Menu Hari Ini.. Huk huk, saya rasa penting saya buat slot ni sebab saya suka masak2 tapi kadang2 suka lupa resepi.. So, at least dgn MHI, saya leh simpan resepi @ tips n trick nak masak sesuatu menu dengan mudah.. ;) Menu yg julung2 kalinya dimasukkan dlm MHI adalah Mee Kari Mak Nyonya..

Muhaha..kenapa mak nyonya? Weekend lepas teringin giler nak mkn mee kari.. Kebetulan ari tu sopping2 kt Tesco ada beli rempah kari ayam segera cap Mak Nyonya.. So, alang2 dh ada rempah tu, n brg2 lain dah ada.. Teringinla nak buat sendirik. Ini adalah cubaan pertama saya dlm masakan kari. Saya amatlah fai-led masak bab2 kari neh. Jadi penggunaan rempah segera sgt2lah membantu.. :p


Ini dia rempah kari ayam segera terbaik di pasaran..wekeke..

Bahan2nya:
1. Rempah Kari Ayam Mak Nyonya
2. Santan Kelapa satu cawan @ 100ml
3. Ayam dipotong kecil
4. Kerang yg telah direbus
5. Air masak secukupnya @ 2,3 cawan
6. Mee kuning yg telah dicelur
7. Udang / sotong / fishball / tauhu kering
8. Garam secukup rasa
9. Ubi kentang dipotong dadu besar

Bahan2 tambahan:
1. Sayur sawi (celur)
2. Taugeh (celur)
3. Telur rebus
4. Bawang Goreng
5. Lada merah dipotong halus

Cara2nya:
a. Tumiskan rempah kari dgn ayam. Tumis sampai bau menusuk ke kalbu.
b. Masukkan air dan ubi kentang. Masak sehingga mendidih.
c. Kemudian masukkan santan dan kacau sket2.. Pastu masukkan lah bahan2 lain sprt udang/kerang/fishball/tauhu kering.
d. Masukkan garam, agak2 dah likat pekat dan serasi dan kentang juga sudah empuk. Maka bolehlah dihidang bersama bahan2 lain.
e. Simple sgt cara buatnya.. Rempah kari mak nyonya memudahkan hidup saya.. Me likey!


Taraa... Kuah Mee Kari yang sangat sedapppp!! :p
 

Hidangan makan malam di hujung minggu.. ;)


Rasa pon sgt sedap hokey.. Hik hik.. Mcm makan kat kedai lah..:p Oleh itu, saya ingin mengumumkan mulai hari ini saya adalah peminat Mak Nyonya kerana tlh meLULUSkan saya dlm memasak mee kari.. :p..

Selamat mencuba kengkawan!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 18, 2011

Testing!!

Cubaan kali ketiga saya untuk update blog dari BB..adakah berjaya?
Yahooooo... alhamdulillah.. tq k.Sue for the tips.. ;) me likeeyyy..
Harap2 boleh membangkitkan semangat untuk berblogging semula di hujung jari..hik hik..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...