Klik Klik..

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011!

16 Mei 2011..
Memang sinonim tarikh ni dengan cikgu sebab satu dunia akan celebrate hari guru.. Aku pon amek cuti hari ni walaupun aku bukan seorang cekgu..ahaks..

Tapi hari ni mmg seronok bagi cekgu.. Especially cekgu2 peberet kt sekolah..confirm bertimbun hadiah budak2 bagi.. Mcm2 ragam..kadang2 mmg budak sukarela nk bg hadiah.. Ada jugak cekgu yg mmg dah pesan setiap pelajar mesti wajib bawak hadiah ..sabor jekla yang tu..Aku ingat lagik pasal bagi2 hadiah ni. Masa sekolah rendah dulu, ada skalik tu siap cilok pasu kecik Sarawak mak aku semata2 nak bagi hadiah kt cekgu.. Egege..ampun ma..

Apapun, aku nak amek kesempatan ni nak ucapkan selamat hari guru pada semua cekgu2 n pensyarah2 yang telah mengajar aku sejak tadika sampailah ke unibersiti sehingga menjadi seorang insan yang berguna.eces.. Aku banyak tukar2 sekolah gak..maklumlah anak polis..

Start dari Tadika Kepayan, Sabah. Takleh lupa dpt nombor dua dlm kelas sbb salah satu jek tulis nombor 2 terbalik dlm exam.ihiks. Then SK Kepayan, Sabah smpi darjah 2. Masa ni siok sbb sekolah bg kasut n baju sekolah skirt pree..Ingat lagi cekgu kelas masa tu ada anak yg sgt ensem dan ter'cinta monyet' la ngan budak tu. Rasa mcm direstui sbb cekgu tu jemput aku sorg pi rumah selebret besday anak dia..hua3.

Naik darjah 3-6 aku pindah sekolah SK Karak, Pahang. First day gi sekolah nangis sebab masa tu rambut semula jadi keperangan dan pakai skirt dan panggilan Suzie, lalu budak2 ni saspek aku budak Kristian.. Damshh.. Terus tukar pakai baju kurung sekolah pastu. Paling suka cekgu Mat yg ajar aku Math sbb cara dia mengajar mmg smpi buat aku terer math n pengiraan n addicted ngan number. Alhamdulillah, berkat ajaran cekgu gue berjaya pegang title no. 1 dlm kelas 3 tahun berturut2 n jadik ketua pengawas pompuan..ihiks, masa tu dah start kejipangan sket.

Bila form 1-3, aku masuk sekolah asrama SMK Bentong, Pahang (aliran agama). Masa tu pasrah jela sbb target masuk MRSM tp x dpt. Cekgu2 kt sini pon sgt best. Paling xleh lupa cekgu kontrobesi cekgu Sunita. Jadik warden asrama kitorg..mmg byk kes pahit ngan dia..kes kantoikan kitorg kt asrama, pastu kes dia kena histeria..huhuhu..kat sekolah ni aku amek subjek Bahasa Arab.. Alhamdulillah, berkat ajaran cekgu2, aku salah sorg dari 3 pelajar yg pecah rekod PMR dpt 9A masa tu..

Result PMR yg ok menyebabkan aku dpt masuk SBP masa form 4.. Aku dpt masuk SMAP Kajang. Sekolah aliran agama lagik. Masa ni mmg nangis giler2 mula2 sbb x kesampaian hajat nak masuk MRSM. Masa tu pasrah je, sbb diorg kata kalo dh dpt SBP, mmg xkan dpt offer MRSM..tapi offer MRSM smpi lambat 2 bulan. Aku malas nak meyusahkan parents so aku proceed je dekat SMAPK.. Masuk aliran agama tulen lagik you..hahah.. Tapi alhamdulillah, banyak hikmahnya.. Sbb masuk sekolah ni buat aku jadi budak yg consider baik jugakla sedikit dan dpt mendalami ilmu agama dgn lebih mendalam. Eces.. :p takleh lupa Ustaz Nazri yg mengajar aku b.Arab tinggi sbb dia denda budak pompuan satu kelas berdiri atas kerusi disebabkan aku tertido dlm kelas dia.muhahaa..ampon ustaz. Alhamdulillah, aku berjaya dpt result cemerlang gak SPM dpt pangkat 1, agg 6..

Kalo nak dihitung mmg banyak memori2 pahit manis ngan cekgu2 sekolah.. Terima kasih banyak cekgu. Tanpa usaha kalian, siapalah saya pada hari ini. Sesiapa yg bergelar cekgu semoga terus sukses dan dapat melahirkan anak murid yang berguna di masa hadapan. Yosh!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 11, 2011

Hazmi digigit budak..aduss!!

Kejadian ni terjadi semalam.. X sampai seminggu aku hantar Hazmi ke taska Int*N.. Dah bila balik semalam dalam kereta baru perasan kat betis dia mcm ada kesan gigitan budak.. Menyirap darah kejap sebab bbsitter tak cakap apa2 pulak masa amek dia.. Aku pon drive sambil tak tenang.. Terus selamba call sambil drive (amalan ini adalah dilarang) nak tanya bbsitter pasal gigitan tuh..

Bbsitter tu mcm terkejut gak sbb dia kata so far mcm xde nampak Hazmi elok je main n x kena gigit sbb Hazmi x nangis pon..pastu terus mintak maaf kalo terlepas pandang. Dia cita anak dia pon mmg kena gigit smlm..takpalah, aku malas nak tanya pepanjang pulak tgh2 drive tuh..

Balik umah tunggu Zam pulak nak suruh dia spotcheck badan Hazmi.. Siap leh jumpa ada gak kesan2 gigitan lain kat tgn n kaki Hazmi cuma tak seteruk kat betis tu.. Ada lebih kurang 4 gigitan lah.. Lagik berasap kepala aku tgk..huhuh.. Zam suruh tanya betol2 n mintak bbsitter monitor.huhuh..

So pagi tadik masa antar terus tanya. Bbsitter yang lagik sorang, dia pon citer mmg smalam ada kes sorang budak ni dah gigit 5,6 orang..budak ni mmg agresif sket.. Cuma bbsitter tu tak sangka Hazmi pon kena sbb dia takde pon menangis smlm..elok je main pastu tido..

Takpelah, aku mintak diorg monitor je sbb Hazmi bukan jenis kasar, dahla antara yang paling kecik kat situ.. (*_*) kalo tak berperikeibuan mmg aku piat jugak telinga budak yang menggigit tuh.. Egege.. Tapi xpelah, ni risiko antar taska..kadang2 depan mata kita pon terjadi jugak menda nih.. Untuk first case, aku sabar jela.. Jangan ada kes2 lain lagi sudah..sian anak ibu.. Uhuk..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, May 05, 2011

Al-kisah stunt Little Caliph

Terlambat sket nak stori-mori pasal incident Hazmi yg jatuh tangga kat kampung Hubby Isnin lepas.. Kisahnya, kitorang dah siap2 packing nak balik kl petang tu.. Umah kampung Hubby kat Perak tu umah kayu bertingkat.. So ada tangga kayu jenis yang berlubang kat depan laman umah. Ayahnya dah susun barang2 nak bawak masuk dalam keta depan pintu..Aku lak kat ruang tamu bawah.rupa2nya si Hazmi dah laju naik ke atas rumah pergi nak kejar ayah dia ke ruang tamu depan tuh.. Dapat pulak si Hazmi yg tgh ligat baru dpt berlari tu laju jek naik atas rumah.. Aku yg tgh membuyung neh slow jekla nak mengejar..

Alih2 Hazmi dah turun tangga depan. Zam pulak rilek susun barang dlm keta igtkan aku sempat tarik dia.. Time tu depan mata, mampu jerit je kat Zam ckp Hazmi dh turun tangga, suruh tahan takut jatuh.. Memang terus tertonggeng jatuh budak tu sbb kaki dia terperosok sket dkt kayu berlubang tuh.. (*_*) Takleh nak buat apa, tengok2 dia dah nangis, Zam angkat rupanya dah berdarah kat dahi.. Dahla simen luar umah depan. Tangga tu jenis kasar sket.. Nak menanges aku tgk..Memang besar telur benjol kat dahi.. Seb baik adik Zam ada first aid kit.. So laju la dia tolong cuci n tampal luka tu sementara.. Pastu terus kitorg singgah klinik kat Sabak. Bagus doktor tuh explain detail n siap cucikan semula luka Hazmi. Tapi ngeri jugak sebab dia suruh monitor takut ada pendarahan dalam ke. In case dlm masa 24 jam ada muntah2 or demam kena cepat2 bwk gi spital.. Doktor bagi antibiotik,ubat demam utk kurangkan rasa sakit n ubat utk sapu luka..


Melalak masa kena cuci luka kat klinik..

Tapi budak lelaki mmg tak reti serik agaknya..Dalam keta on the way nak balik KL dia aktif terjal balik..sabor jekla.. Esoknya aku amek EL sehari sbb nak monitor dia ok ke tak. Alhamdulillah, so far ok x muntah n x demam.. Pastu memang buas cam besa.. Cuma kol 4.30 pg tadi terjaga tgk2 badan Hazmi dah panas mcm nak demam. Amek suhu upanya dah 38c.Risau la pulak..terus lap2 badan dia n bagi ubat demam. Zam kata bwk je ke opis dulu. Kalau x kebah gak baru antar spital.


Second day lepas incident..bagus ubat sapu tuh, cepat surut benjol n luka dia
Antar taska tadi pon melalak dia sekejap bila nak kena tinggal.. Pastu kol 9pg tadi call balik bbsitter tanya nangis lagi ke tak..rupanya dah ok.. Badan pon mcm dah kebah sket.. Harap2 x sambung demamla.. Risauuuu.. (T_T)..


Cepat sembuh ye anak ibu..

Wednesday, May 04, 2011

Caliph's 1st Day @Taska INTAN

Hari ni first day hantar Caliph kat Taska INTAN.. saspen jugak memula..ditambah dengan incident kemalangan kecil selepas hero aku ituh membuat stunt terjun tiruk tangga di kampung.. Risau jugak..takut dia meragam kat taska... sebab before ni mmg dia duduk ngan pengasuh je.. dah manja mcm cucu sendiri dah sebab jaga dia sorang je... Ini nak beralih ke taska yang ramai budak.. Tapi Cik Zie (pengasuh lama) cakap Hazmi pandai nak berkawan.. so harap2nya ok lah..

Masa tinggalkan dia pagi tadi, merengek jugak kejap bila kena tinggal... Pastu tengahari call taska, bbsitter kata dia nangis kejap je..pastu dah layan main.. (*_*) kus semangat..harap2nya oklah.. nak bertahan sampai aku bersalin je antar taska tuh..

Tapi ada hikmah jugakla bila dah tukar taska nih... terasa singkat sket perjalanan nak ulang-alik dari Bangi.. kalo tak sebelum ni kena singgah drop n amek Hazmi kat Cheras.. giler penat...

Be a good boy ye anak ibu... :)
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...