Klik Klik..

Saturday, December 17, 2011

i.for.Sato (Happy birthday to me) ..

Alhamdulillah. dah bertambah lagi satu angka. terima kasih Ya Allah.. semoga aku dapat menjadi hambaMu yang lebih baik dari semalam dan sebelumnya.

Tak sangka tahun ni dah bertukar angka kat depan.. huhu rasa macam dah tua pulak. Tahun ni tak celebrate apa pun Hazmi still tak sembuh sepenuhnya dari chicken pox.. sian tengok dia.. Zam pon kena kerja kat opis.. Maghrib baru sampai umah.. tapi dia masih buat little surprise beli 2 slices kek @Secret Recipe.. :) i love him for the effort.. Hazmi yang nampak excited nak tiup lilin ibu dia.. heheh..

hepi birthday to me! ;)
saya dah ada i.for.Sato. untuk  hadiah birthday saya tahun ini (bagi diri sendiri..hahah).. yeay!




Thursday, December 15, 2011

Furniture Hunting - Katil anak-anak!

Banyak sangat hal-hal penting yang tak sempat nak update kat sini.. Kali ni nak bercerita al-kisah mencari katil untuk anak-anak bujang kami.. Since Hazmi dah mencecah umur 2 tahun, so kitorang decide ada baiknya ajar dia tidur asing and ada katil sendiri.. Lebih afdal dan senang nak mendisiplinkan dia.. huhuh.. Tambahan pulak Hazmi neh memang tido sangatlah buas siap posisi asek bertukar 360 darjah.. kalo tido skalik ngan dia tuh dah biasa dah kaki atas muka kitorang la..takpon dia conquer space katil tu la..huhuhu.. Maka bermulalah edisi mencari katil bebudak ni..

Target kitorang kalo boleh nak yang double-decker sebab diorang dah berdua so bila Kashaf dah besar nanti dapatla tido sesama.. space pon agak jimat sebab katil bertingkat.. untung jugak dok BB Bangi sebab banyak kedai perabot kat situ.. bulan lepas aktiviti weekend memang mencuci mata di kedai perabot la..

Memula kitorang pergi kat satu kedai perabot kat Seksyen 7, Bangi ni.. boleh tahan choice dia dan harga pun agak murah juga.. katil yang pertama ni paling aku suka sebab macam comel dan agak praktikal jugakla siap ada rak pastu tangga dia pon boleh simpan barang.. pastu kaler kita boleh decide nak pilih kaler apa dan tak silap aku tak kena charge.. tangga dia pon nampak selamat jugakla bebudak ni nak memanjat..
katil anak
katil 1: harga around rm1200 tak masuk tilam.
Katil kedua ni pulak saja snap gambar sebab Hazmi dok melompat2 atas tu suka hati dia jek..huhuhu.. nampak klasik jugak tapi macam sesuai untuk gurl kot..tak masuk dalam list pon sebab agak makan space  dan tak bertingkat..
katil budak
katil 2: harga tak ingat, maybe around rm500-600 tanpa tilam..
Katil ketiga ni cam best sebab design keta sesuai untuk budak lelaki.. kalau betul-betul nak deko bilik anak tuh memang cam menarik tertarik da bomb jugak.. tapi sekali lagik dislash sebab tak bertingkat..hahaha..
katil anak lelaki
katil 3: harga around rm499 tanpa tilam
Katil keempat ni cam murah sikit pastu design agak sama dengan katil1. Tapi Zam tak suka sebab tangga dia nampak cam agak bahaya.. pastu sebab tangga dia macam tu memang murah 2-3 ratus la dari katil1..

katil 4: harga around rm900-rm1000 tanpa tilam.
Kitorang macam pangkah katil1 tu.. so nak round kedai-kedai lain dulu kot-kot leh dapat lagik murah.. boleh tahan jugak rege katil budak-budak neh.. kalah katil mak ayah..huhuhuh... Pastu kitorang round lak kat area seksyen 8, BB Bangi dekat ngan stesen minyak Shell n Petronas.. memang berderet kedai perabot kat situ siap Cavenzi pon ada.. tapi diorang kebanyakannya yang ada untuk display unit tu tak banyak la..banyak kena tengok kat katalog.. so takleh nak feel lebih..huhuhu..
katil 5: harga rm1599 sekali dengan 2 tilam
Katil keenam neh cam comel jugak sebab ada cartoon rio tuh.. consider murah sebab sebab katil dia macam berkualiti.. memang berat, means tak berubah tempat dengan sesuka hatinya.. tapi masalahnya takde pagar risau Hazmi senang jatuh ke bawah lak..pastu sapa yang tido kat bahagian bawah tu mesti rasa downgrade sebab sampingan jek..hahahaa.. 
katil 6: harga dapat mintak sampai rm600 sekali tilam 2 tak silap aku..

katil 7: harga rm1499 termasuk 3 tilam.
Katil kelapan ni simple tapi klasik giler bila pandang jatuh cinta kali pertama..hahaha..sebab warna dia sangat klasik pastu kayu dia memang solid wood so memang tahan lama la..plus, design adalah simple dan sesuai untuk semua jenis golongan tak kira umur.. yang ni kat kedai perabot 66 sdn.bhd.. memang dekat area umah aku la.. yang ni aku tengok sorang je tak bawak zam.. tunjuk kat dia gambar tapi dia macam tengok gitu2 je sebab dia tak berkenan tangga tu macam susah nak panjat untuk budak kecik..huhuhu..
katil 8: harga rm899 tanpa tilam (harga paparan)

katil 9: harga around rm1100 tanpa tilam.
Huhuh.. ada certain kedai tak bagi snap gambar.. giler kedekut ntah apa yang dia risau.. So, agak-agak mana pilihan yang akhirnya kitorang beli..huhuhu.. Kalau ikut perbincangan awal aku dengan zam.. memula kitorang macam nak beli katil 1 tuh... tapi aku macam dah terminat dengan katil 8 jugak.. So, Zam pon pergi tengok sendiri katil 8 tuh.. tak sangka dia pon jatuh cinta pandang pertama.. hahahha.. antara reason2 kuat kenapa kitorang pilih katil 8:
  1. Material solid wood so dijamin tahan lasak dan berkualiti tinggi insyaAllah boleh la nak bertahan at least 10 tahun kot.
  2. Design simple and smart pastu warna katil tuh coklat klasik gelap matching sangat dengan set master bedroom kitorang pastu matching gak ngan meja opis Zam kat bilik study.
  3. Yang terbaik katil ni boleh separate sama ada ko nak combine biar jadik double decker atau pon ko nak pecahkan jadik dua katil berbeza ikut kesukaan ko.. ni reason kuat kitorang pilih sebab agak2 bosan leh ubahsuai kedudukan ikut keperluan..huhuhuh..
  4. Harga memang kitorang mintak diskaun kow-kow pastu mamat kedai tuh willing nak bagik discount yang kitorang rasa sangatlah reasonable.
Kesimpulannya, katil 8 telah menjadi pilihan kami...huhuhu.. kitorang dapat harga FINAL rm1000 (katil rm800 dari harga asal rm899, termasuk 2 tilam single berkualiti yang berharga rm299 setiap satu dapat diskaun tinggal rm100 satu dan juga bantal rm29 2 bijik diberikan PERCUMA).. :D sukerrr sukerr... So buat masa ni kitorang separate dua katil tu.. satu letak kat bilik atas tempat Hazmi tido.. Kashaf still tido dalam playpen kat bilik kitorang.. pastu lagi satu katil tuh letak kat bilik bawah consider bilik studi... nanti bila Kashaf dah besar and nak kena tidur asing baru kitorang gabung balik jadik double decker.. Hazmi pon nampak ok je tido katil tu..
(^_^)v

Okesh..sekian saja perkongsian maklumat kita pada hari ini..huhuhuh..


Saturday, December 10, 2011

Kashaf dah tumbuh gigi!

Petang semalam masa mandikan Kashaf baru realize rupa2nya dah ada 2 batang gigi kat bawah baru muncul.. Patotla demam tak elok2 bercampur ngan gigi nak tumbuh agaknya..

Consider awal jugak Kashaf tumbuh gigi sebab baru 5+ months.. Khalif dulu umur 8+ months baru tumbuh.. The best thing was, gigi Khalif tumbuh on the day kitorang celebrate anniversary.. :) Kashaf lak tumbuh awal seminggu dari buffday ibu.. Easy date to remember.. :)

Yeay, dah ada gigi boleh bagi Kashaf makan lepas ni..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 08, 2011

Pureen Warehouse Sale 2011

Last weekend seperti yang diplan berjaya untuk pergi ke Pureen Warehouse Sale kat Seksyen 19, PJ.. Pergi sorang jek sebab nak pegi tunggu depan pagar pepagi so tinggallah asben menjadi mr.mama dgn 2 anak bujang itu di rumah..

Ni address warehouse sale tu amek dari shoppingnsales.com

Sampai2 lagik 15minit kol 10am, memang dah ramai yang menunggu depan pagar.. aku sesambil menunggu tuh sesambil baca novel omputih konon nak menghargai masa..tapi dalam hati dah tak tenang menunggu pagar tu bila nak bukak..huhuhuh..

Pukul baper la diorang yang kat depan neh datang..
Agak berbaloi juge untuk stok2 setahun keperluan budak2 neh.. Baju pon murah2 tapi aku tak pulun sangat sebab kualiti dia biasa2 aja..sesuai untuk wat baju basahan kat umah.. Kalo nak aim baju aku suggest Hytex Warehouse sale.. :)


Yang memang aku borong sakan adalah botol susu BPA free n puting.. Mmg murah n comel designnya.. Kesedaran sivik tu datang sebab semua botol Kashaf sebelum ni adalah botol avent recycle dari abang dia dan aku baru perasan non BPA free.. Bahaya bukan! Pastu borong gak pampers sket, sabun mandi, sabun baju sumer.. Pastu beli stok makanan untuk Kashaf juge..murah2.. Mak memang rambang mata.. :D Kesimpulannya, warehouse sale ini adalah berbaloi2.. Kat bawah ni hasil pemborongan pada hari tersebut.. tiga ratus ++ jugak la habis.. tapi mmg dah banyak saving kat situ.. :)

botol Heinz tuh rm10 utk 4 botol + 1 free. biskut rusk tuh rm11 utk 2 kotak
Pampers premium L nih jatuh rege rm31, pastu sabun mandi rm9 kot, wipe tissue rm9 utk 2, yg kecik rm3 utk 2.
yang ni matlamat utama, botol free BPA mostly rm7-8 sebotol, puting rm5 utk 2 bijik, cuma botol susu yg ada Gold tuh mahal sket rm14.. still murah compare ngan Avent..

baju murah2 selai jatuh rm1-rm5..berbaloi2..

towel ni kain dia memang kualiti terbaik rm8 selai, kasut comel tuh rm5 sepasang.. :D
Bedak neh 3 botool jatuh rege rm9.. mandi bedak lepas ni..huhuh..
Kesimpulannya, kalo korang nak aim keperluan baby yg murah2 jangan lepaskan peluang menyerbu warehouse sale Pureen neh..dengarnya diorg wat 4x setahun..aku baru pest time pergi.. :)
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...