Klik Klik..

Thursday, December 15, 2011

Furniture Hunting - Katil anak-anak!

Banyak sangat hal-hal penting yang tak sempat nak update kat sini.. Kali ni nak bercerita al-kisah mencari katil untuk anak-anak bujang kami.. Since Hazmi dah mencecah umur 2 tahun, so kitorang decide ada baiknya ajar dia tidur asing and ada katil sendiri.. Lebih afdal dan senang nak mendisiplinkan dia.. huhuh.. Tambahan pulak Hazmi neh memang tido sangatlah buas siap posisi asek bertukar 360 darjah.. kalo tido skalik ngan dia tuh dah biasa dah kaki atas muka kitorang la..takpon dia conquer space katil tu la..huhuhu.. Maka bermulalah edisi mencari katil bebudak ni..

Target kitorang kalo boleh nak yang double-decker sebab diorang dah berdua so bila Kashaf dah besar nanti dapatla tido sesama.. space pon agak jimat sebab katil bertingkat.. untung jugak dok BB Bangi sebab banyak kedai perabot kat situ.. bulan lepas aktiviti weekend memang mencuci mata di kedai perabot la..

Memula kitorang pergi kat satu kedai perabot kat Seksyen 7, Bangi ni.. boleh tahan choice dia dan harga pun agak murah juga.. katil yang pertama ni paling aku suka sebab macam comel dan agak praktikal jugakla siap ada rak pastu tangga dia pon boleh simpan barang.. pastu kaler kita boleh decide nak pilih kaler apa dan tak silap aku tak kena charge.. tangga dia pon nampak selamat jugakla bebudak ni nak memanjat..
katil anak
katil 1: harga around rm1200 tak masuk tilam.
Katil kedua ni pulak saja snap gambar sebab Hazmi dok melompat2 atas tu suka hati dia jek..huhuhu.. nampak klasik jugak tapi macam sesuai untuk gurl kot..tak masuk dalam list pon sebab agak makan space  dan tak bertingkat..
katil budak
katil 2: harga tak ingat, maybe around rm500-600 tanpa tilam..
Katil ketiga ni cam best sebab design keta sesuai untuk budak lelaki.. kalau betul-betul nak deko bilik anak tuh memang cam menarik tertarik da bomb jugak.. tapi sekali lagik dislash sebab tak bertingkat..hahaha..
katil anak lelaki
katil 3: harga around rm499 tanpa tilam
Katil keempat ni cam murah sikit pastu design agak sama dengan katil1. Tapi Zam tak suka sebab tangga dia nampak cam agak bahaya.. pastu sebab tangga dia macam tu memang murah 2-3 ratus la dari katil1..

katil 4: harga around rm900-rm1000 tanpa tilam.
Kitorang macam pangkah katil1 tu.. so nak round kedai-kedai lain dulu kot-kot leh dapat lagik murah.. boleh tahan jugak rege katil budak-budak neh.. kalah katil mak ayah..huhuhuh... Pastu kitorang round lak kat area seksyen 8, BB Bangi dekat ngan stesen minyak Shell n Petronas.. memang berderet kedai perabot kat situ siap Cavenzi pon ada.. tapi diorang kebanyakannya yang ada untuk display unit tu tak banyak la..banyak kena tengok kat katalog.. so takleh nak feel lebih..huhuhu..
katil 5: harga rm1599 sekali dengan 2 tilam
Katil keenam neh cam comel jugak sebab ada cartoon rio tuh.. consider murah sebab sebab katil dia macam berkualiti.. memang berat, means tak berubah tempat dengan sesuka hatinya.. tapi masalahnya takde pagar risau Hazmi senang jatuh ke bawah lak..pastu sapa yang tido kat bahagian bawah tu mesti rasa downgrade sebab sampingan jek..hahahaa.. 
katil 6: harga dapat mintak sampai rm600 sekali tilam 2 tak silap aku..

katil 7: harga rm1499 termasuk 3 tilam.
Katil kelapan ni simple tapi klasik giler bila pandang jatuh cinta kali pertama..hahaha..sebab warna dia sangat klasik pastu kayu dia memang solid wood so memang tahan lama la..plus, design adalah simple dan sesuai untuk semua jenis golongan tak kira umur.. yang ni kat kedai perabot 66 sdn.bhd.. memang dekat area umah aku la.. yang ni aku tengok sorang je tak bawak zam.. tunjuk kat dia gambar tapi dia macam tengok gitu2 je sebab dia tak berkenan tangga tu macam susah nak panjat untuk budak kecik..huhuhu..
katil 8: harga rm899 tanpa tilam (harga paparan)

katil 9: harga around rm1100 tanpa tilam.
Huhuh.. ada certain kedai tak bagi snap gambar.. giler kedekut ntah apa yang dia risau.. So, agak-agak mana pilihan yang akhirnya kitorang beli..huhuhu.. Kalau ikut perbincangan awal aku dengan zam.. memula kitorang macam nak beli katil 1 tuh... tapi aku macam dah terminat dengan katil 8 jugak.. So, Zam pon pergi tengok sendiri katil 8 tuh.. tak sangka dia pon jatuh cinta pandang pertama.. hahahha.. antara reason2 kuat kenapa kitorang pilih katil 8:
  1. Material solid wood so dijamin tahan lasak dan berkualiti tinggi insyaAllah boleh la nak bertahan at least 10 tahun kot.
  2. Design simple and smart pastu warna katil tuh coklat klasik gelap matching sangat dengan set master bedroom kitorang pastu matching gak ngan meja opis Zam kat bilik study.
  3. Yang terbaik katil ni boleh separate sama ada ko nak combine biar jadik double decker atau pon ko nak pecahkan jadik dua katil berbeza ikut kesukaan ko.. ni reason kuat kitorang pilih sebab agak2 bosan leh ubahsuai kedudukan ikut keperluan..huhuhuh..
  4. Harga memang kitorang mintak diskaun kow-kow pastu mamat kedai tuh willing nak bagik discount yang kitorang rasa sangatlah reasonable.
Kesimpulannya, katil 8 telah menjadi pilihan kami...huhuhu.. kitorang dapat harga FINAL rm1000 (katil rm800 dari harga asal rm899, termasuk 2 tilam single berkualiti yang berharga rm299 setiap satu dapat diskaun tinggal rm100 satu dan juga bantal rm29 2 bijik diberikan PERCUMA).. :D sukerrr sukerr... So buat masa ni kitorang separate dua katil tu.. satu letak kat bilik atas tempat Hazmi tido.. Kashaf still tido dalam playpen kat bilik kitorang.. pastu lagi satu katil tuh letak kat bilik bawah consider bilik studi... nanti bila Kashaf dah besar and nak kena tidur asing baru kitorang gabung balik jadik double decker.. Hazmi pon nampak ok je tido katil tu..
(^_^)v

Okesh..sekian saja perkongsian maklumat kita pada hari ini..huhuhuh..


7 comments:

puanseri said...

waa. cantik pilihan ko tu. bleh asing2 jadi single tu yg best. aku punya ala2 yang ke 9. anak2 dara aku tidur kongsi bilik.

~SaTo OrEo~ said...

Dewi,

:) itula... yang no.8 tu macam long term sebab bila diorang dah meningkat remaja, ewaaah.. bebudak lelaki mesti cam segan nak pakai katil kartun2 dah..huhuhu... sesuai untuk semua peringkat usia..

itangmanih said...

k.mareld pun x beli lg katil utk budak2 ni...Dini sekrg pakai katil bujang yg ada dulu tp dia xnk tido sorang2 lg even biliknya dh dicat pink+purple,cadar Princess etc...still nk ngadap cartoon sblm tido...(agak2 kena letak tv plak dlm bilik dia..uhuk2)

Anonymous said...

Beli kat kedai mana ye?
tgh cari juga katil utk anak..

~SaTo OrEo~ said...

sorry Ano.. baru perasan komen.. mostly kedai ni saya survey kat area Kajang n Bangi.. :)

~SaTo OrEo~ said...

katil tu kami beli dekat kedai perabot 66, seksyen 8 bangi.. harga boleh kawtim lagik ngan tokey kedai.. :)

Zura Lee said...

gigih la ko mencarik katil yerk... betul la mahal katil yg aku dpt free tuh...huwaaaa....

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...