Klik Klik..

Saturday, July 28, 2012

Dari Dapur Sato - Menu iftar day 3

Menu: Tauhu Telur Masak Sos Tiram & Ikan Pari Masak Asam Pedas.

Alhamdulillah.. hari ketiga berpuasa, masak sendiri sebab 1st n 2nd day balik berpuasa di kampung asben..  Tahun ni memang plan nak cuba kurangkan beli juadah kat bazaar..tataula berjaya setakat mana..huhu..:) ..MIL bekalkan macam2 bawak balik ke Bangi.. kelapa, segala serai, pandan, daun kesum, bunga kantan.. pendek kata dah jimat banyak jugakla part2 bahan2 asas masakan tuh..huhuh.. bolehla bertahan 2 minggu.

Since ada tauhu telur yang dah berkurun beli tapi dok simpan dalam peti tu, so digunapakai untuk masak sayur.. pastu kak As pon ada bagi pes Asam Pedas (thanks kak As).. :) tinggal tambah air je pastu campak2 bahan2 lain + ikan..huhuh..



Ikan Pari Masak Asam Pedas
Ikan asam pedas ni tak pakai resepi sebab ngelat guna pes asam pedas tu.. huhuuh. tinggal tambah air lepas tu masukkan je ikan pari, dah lama sikit masukkan pula bahan2 sampingan (daun kesum, bunga kantan, sayur bendi, garam sikit).. dah siap.. :p manyak senang..

Tauhu Telur Masak Sos Tiram
Resepi Tauhu Telur Masak Sos Tiram

Bahan2:
- 2 paket tauhu telur
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 kiub stok ayam (Knorr) + 2 cawan air
- 1 biji telur
- 3 ulas bawang putih dicincang
- sayur2 tambahan (cendawan, lobak, kubis bunga)
- 1 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan 2 sudu besar air (untuk pekatkan kuah)

Cara2:
- Kalau nak bagi cantik tauhu tu masa goreng..rendam dulu dengan air panas dalam 10 minit.. pastu potong pendek2.. goreng sehingga kuning2 keemasan..ketepikan..

- Masukkan minyak masak 2 sudu besar, goreng bawang putih yang hingga sedikit garing, pastu terus masukkan kiub stok ayam ngan 2 cawan air tadi..

- Bila air dah didih, masukkan sos tiram ngan kicap pekat, kacau2 pastu masukkan telur dan kacau laju.
Agak2 dah nampak berketul2 sket, masukkan sayur2 tambahan, dan kacau lagik..

- lepas tu baru masukkan tauhu telur tadi n bancuhan tepung jagung nak pekatkan kuah.. Bilak uah dah nampak pekat.. dah boleh tutup api dan hidangkan. :p

No comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...