Klik Klik..

Saturday, July 28, 2012

Dari Dapur Sato - Menu iftar day 4

Menu: Ayam Masak Lemak Cili Api & Daging + Cendawan Masak Black Pepper

Hari berpuasa ke-4 masih mood memasak.. huhuh.. memandangkan ada 5 bijik kelapa bawak balik dari kampung.. so macam teringin nak makan ayam masak lemak cili api.. pastu, cendawan sayur buat masak semalam tu ada lagi separuh..so kasi campur je ngan daging wat masak black pepper.. yum yum.. gabungan yang sangat menyelerakan.. ewahhh.. (aku memang minat lauk2 berunsur pedas ni..huhuhu)

menu iftar day 4

Ayam Masak Lemak Cili Api
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan2:
- ayam setengah ekor (potong la kecik2)
- bawang putih (2,3 ulas) *
- serai (1 batang)
- cili api (3,4 biji bergantung pada kepedasan yang korang suka) *
- santan (setengah biji).. (kalau parut sendiri eloknya korang asingkan santan pekat dan santan cair)
- air 1 cawan
- kunyit hidup 2 cm (kalau takde, guna serbuk kunyit pon boleh 3 sudu kecik) *
- garam secukup rasa
- separuh stok kiub ayam utk kesedapan rasa kalau minat :p
- daun kunyit (kasik bau wangi kaw-kaw)

Cara2:
- tumbuk bawang putih, kunyit dan cili api bagi hancur.

- lepas tu masukkan minyak 1 sudu besar dan tumis bahan2 yang dah ditumbuk tadi.. tumis kejap je pastu masukkan santan cair.

- masukkan pula ayam yang dah dipotong tadi, gaulkan sebati dengan bahan tumis.. agak2 nampak isi ayam macam dah masak sikit, baru masukkan santan pekat, kiub ayam, daun kunyit, dan serai. pastu masukkan garam secukup rasa.. air tu tambah la kalau2 kuah tu mcm pekat sgt..

- agak2 dah mendidih dan isi ayam dah masak.. boleh tutup api dan hidangkan.. :)


Daging + Cendawan Masak Black Pepper
Resepi Daging + Cendawan Masak Black Pepper

Bahan2:

Bahan A:
- Daging batang pinang (lembut sikit pastu takyah rebus dulu, kalo daging biasa kena rebus dulu bagi empuk)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap pekat
- serbuk lada hitam
- sedikit garam

Bahan B:
- Cendawan
- lobak
- lada benggala
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- bawang merah 2 ulas (ditumbuk)
- cili api 2 biji
- air setengah @ 1 cawan
- bancuhan tepung jagung (1 sudu besar + 2 sudu besar air)
- kicap pekat
- sos tiram
- lada hitam 2 sudu besar (ditumbuk)

Cara2:
- Perapkan dulu bahan A untuk setengah jam.

- Bila daging dah siap perap, boleh panaskan minyak dalam kuali. tumis bahan2 B yang telah ditumbuk iaitu bawang putih, bawang merah, lada hitam..

- agak2 dah wangi sikit boleh masukkan daging yang dah diperap pastu kasi goreng sampai air daging tu  dah abes kuar dan kering sikit.

- bila air daging dah kering, masukkan air, sos tiram dan kicap pekat secukup rasa.. pastu leh masukkan bahan2 sampingan lobak, lada benggala, cendawan.

- agak2 air dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung.kacau sampai kuah nampak pekat, leh tutup api dan hidangkan..

* susunan cara2 tu trerpulang la pada korang mana yang selesa..aku pon kengkadang pakai tibai jek masuk mana dulu..huhuh.. :p memasak ikut hati dan kasih sayang.. insyaAllah sedap.. :p Alhamdulillah, incik suami makan dengan begitu berselera sekali.. ;)

No comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...