Klik Klik..

Sunday, September 30, 2012

Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Kopi O Corner - Taman Sahabat (Friendship Park) - TopSpot FoodCourt


Lepas check-in dekat Lime Tree Hotel.. kami solat jamak Zuhur-Asar siap2.. lepas tu dalam pukul 2.30pm baru keluar balik nak lunch.. sebenarnya dah target nak pergi makan kat RJ AYyam Penyet Kopitiam sebab bila google ramai suggest makan kat situ.. tp sampai2 tutup lak kedai tu..tak sure memang tutup sebab cuti ke atau bukak lambat.. kecewa.. uhuhu.. lepas tu kitorang pon makan jekla kat kedai sebelah tu..kedai ni antara yang dipromote jugak.. Kopi O Corner.. orang kata Mee Kolok + Roti Daging Mayonis dia sedap..

makanan sedap kuching
Roti Daging Mayonis dekat Kopi O Corner ni terbaik!!! :P nyum nyum ades teringin lak lagi..
Bebudak ni pakat tido berjemaah lak time nak makan..so si Kashaf tido dalam stroller.. si Hazmi tido tersadai atas 2 kerusi..ahaha.. kira mak bapak makan dengan tenang jugak la time ni.. :p Overall, ok la.. mee kolok dah abes.. :( tak dapat nak cuba..uhuhu.. aku order set nasi ikan talapia bakar (ramai suggest).. zam order mee goreng mamak.. pastu kitorang order skalik Roti Daging Mayonis yang disebut2 tuh.. :p ... ikan talapia bakar tu pada aku biasa jek..sebab sos ikan tuh cam manis sikit aku tak berapa nak masuk..uhuhu.. tapi roti daging mayonis dia memang terbaik meletopss.. :P tengok jela hiasan sos mayonis dia..huhuhu..sebenarnya mcm roti canai berinti daging yang telah diinovasikan je.. tapi memang sedap ahh.. rege tak silap rm7.50 kot..saiz dia besar jugak.. (recommended) toing toing !!

Dah kenyang mengisi perut.. plan asal nak pergi Muzium Kuching..tapi mengenangkan dah pukul 4pm.. pastu muzium tu lak tutup kol 5pm..so tak jadi pergi situla.. aku ajak Zam pergi Taman Sahabat Kuching atau glemer jugak dipanggil Friendship Park.. nama panjang dia China-Malaysia Friendship Park.. huhuhuh.. tempat ni aku discover secara tak sengaja masa google carik tempat2 best kat Kuching.. tempat ni mcm tak glemer sangat..tapi seriyes weh.. patot masuk list wajib utk jalan2 kat Kuching ni..huhuh..lawa sangat tempat dia... ala2 macam kat China betol lah..

friendship park kuching
Hujannnnnn... (T_T)... tak dapat nak bergambar kat area pintu gerbang nih..uhuk..
Tapi elok2 je kami sampai kat tempat tuh... langit mendung gelap betul lepas tu hujan pulakk... (T_T)...

friendship park kuching
gigih bukak tingkap keta nak snap gambar jugak... time ni hujan gerimis lagik..
Husband parking keta kat tepi taman tuh sementara nak tunggu hujan reda..lagipon kitorang macam dah mati kutu nak switch ke plan lain..uhuhuh.. pastu asben kata ujan mcm dah nak reda..tunggula kejap tgk camna... alhamdulillah.. dalam 15 min kemudian hujan dah reda.. (^_^)v.. dapatla kitorang round2 taman tu...tapi dapat round half je dekat area tasik...uhuhu..sebab langit still mendung takut hujan balik.. :p ... tak dapat jugak bergambar kat pintu gerbang Cina tuh.. :p takpola takde rezeki..hehehe..

friendship park kuching
ni view dari pintu masuk belakang.. :)
friendship park kuching
Tasik biru... lawa warna air ni... rupa2nya memang ada pekerja diupah untuk tabur air nila kot nak bagi air tu bertukar warna..huhuhu.. (fakta benar, sebab time kami pergi tu ada org tengah tabur air biru..:P)
friendship park kuching
Posing sementara hujan berenti sekejap.. :D
friendship park kuching
Tugu Laksamana Cheng Ho..
friendship park kuching
tugu ni sangat besar.....
friendship park kuching
nice breathtaking view at Friendship Park, Kuching..

tempat duduk pon berukir binatang2 yang glamer di China.. ehehe.. nampak tak Hazmi tgh meeting ngan diorang.. :p
Lepak kat taman tu adala dalam 40 minit jugak.. kat situ memang orang slalu pergi untuk joging2.. aku pon suka kalo tempat joging cantik macam tu..hehehe.. pastu start hujan balik.. kami pon bergegas balik ke hotel semula..  Pastu dah lepas Maghrib kami keluar balik untuk dinner.. kali ni pergi ke tempat makan yang memang ngetop jugak kat sana..port ni memang glemer untuk makan seafood kat Kuching.. nama tempat ni TopSpot Foodcourt.. kat atas bangunan parking kereta.. memang happening.. kedai dia mostly kepunyaan org cina..tp ramai pekerja muslim gak..cuma korang kena teliti kedai mana yang ada sijil halal.. aku rasa ada dalam 3,4 kedai jugak la..kami makan dekat kedai no.25..

seafood kuching
makan seafood dekat Topspot Foodcourt, Kuching
Menu malam tu kami amek, ikan siakap masak steam, butter prawn, sayur midin masak belacan, sotong goreng tepung.. overall, pada aku bolehla..biasa2 aja.. sedap lagi seafood kat Alai, Melaka kot.. :p uuhuhu.. tapi sayur midin tu sedap sebab mcm sayur pucuk paku.. pastu butter prawn dia pon sedap gak tp bila dah makan banyak sangat rasa muak sebab manis sikit.. harga memang consider murah.. kitorang makan malam tu kena around rm55 je..okla kot.. :)

Lepas tu terus balik hotel semula.. nak round2 waterfront pon sebab hujan balik malam tu..so, round2 bandar dalam kereta jekla..uhuhu.. habisla cerita hari pertama di Kuching.. :)

sambung lagi nanti!!

ENTRI BERKAITAN TRIP KUCHING:

Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Dari Bangi ke LCCT Air Asia 
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Air Asia & Kereta Sewa Kuching
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Lime Tree Hotel, Kuching
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Kopi O Corner - Taman Sahabat - Topspot Foodcourt
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Sarawak Cultural Village
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Cat Museum (Muzium Kucing)
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Kek Lapis Dayang Salhah + Fort Margherita + Pasar Malam Satok


Saturday, September 29, 2012

Trip Kuching Sarawak (Day 1): Lime Tree Hotel, Kuching


Cuti di Kuching ni kami stay dekat Lime Tree Hotel, 3H 2M.. malas nak tukar2 hotel.. lagipun dah survey2, hotel ni kiranya agak menepati bajet dan ciri-ciri yang aku prefer la.. :p yang penting skali breakfast kena sedap.. uhuhuh.. rata2 komen aku baca dekat Agoda.com memang ramai puji breakfast dia ok.. lepas tu, sebelum korang book mana2 hotel online, better call hotel tu dulu tanya dia ada offer goverment staff rate tak.. (ni untuk staff2 gomen cam aku la.. kita kena gunakan kemudahan yang diberikan.. :p) alhamdulillah.. Lime Tree Hotel ni ada special rate utk staff gomen.. lagi murah dari aku book online kat Agoda.. so aku pon bookla utk 2 malam terus.. :) untuk Deluxe King Room, dengan government staff rate, dpt rm138 semalam including breakfast for 2.. consider murah la pada aku.. :)

Hotel ni boleh dikategorikan sebagai baru lagik.. dekat town Kuching, Jalan Abell.. nak makan pon senang jugak ada kedai2 berdekatan..pastu dekat jugak dengan kedai RJ Ayam Bakar, yang glemer dengan pisang goreng cheese nya tu.. :) cuma kalau nak pergi waterfront memang jauh sketla kena drive..memandangkan kami sewa keta...tak perlu risau semua tu..ehehe..hotel ni pon ada sediakan basement parking.. pastu yang paling best jugak, ada wifi free dalam bilik.. tu antara sebab utama jugak kitorang pilih hotel ni.. :p

trip kuching
Lime Tree Hotel - Lobby
Lime Tree Hotel ni yang aku perasan memang peminat setia IKEA kot.. uhuhuh.. sebab mostly barang2 dia guna dari IKEA...barang2 IKEA kan smart n simple..sesuai la nampak modern + chic hotel ni.. :) cuma bilik dia tu pada aku agak sempit sketla untuk kami yang ada anak2 kecik ni.. kalo nak lagi selesa better korang topup duitla amek bilik besar sket.. uhuhuh.. tapi ok je utk kitorang ni sebab bukannya nak duduk dalam bilik sangat kan.. konsep hotel ni pon lawa menggunakan lime green theme.. kata dah Lime Tree Hotel.. memang sabun2 sumer pon berasaskan limau nipis.. :p
trip kuching
view dalam bilik - Deluxe King Room ..budak2 ni kejer melompat atas katil jek (T_T)
Petang tu kami lepak dekat Rooftop Lounge hotel ni kat tingkat atas skali.. sebab hotel bagi welcome drinks so leh claim n minum kat sini.. best port ni sebab leh lepak2 santai sambil makan/minum la.. hotel ni takde swimming pool so rooftop lounge ni consider cam salah satu attraction dia la.. :p air dia sgt masam okeh.. huhuh.. pure air limau nipis + sprite sikit aku rasa.. memang segar bijik mata minum.. :D
trip kuching
Rooftop Lounge.. cantik view dari atas ni. :)
Lagi satu yang boleh puji hotel ni pasal breakfast dia..memang benarlah bagai dicanang-canang orang.. aku recommend hotel ni kalau korang mengutamakan breakfast.. walaupon tak berapa mewah sgt macam hotel2 besar tapi makanan dia sumer sedap2.. paling terbaik siap ada laksa sarawak sekali... sedapppp!! :)

breakfast buffet
breakfast buffet Lime Tree Hotel..puas hati!! :)

trip kuching
enjoying their meals..time ni breakfast on 2nd day.. :)
Overall, kami puas hati la stay kat Lime Tree Hotel ni.. servis pon bagus.. cuma part bilik tu je kecik sket.. sebab standard room kan.. tp lain2 sangat ok.. ;)

Stop dulu.. next entri nak citer pasal jalan2 kat Kuching lak.. (^_^)v
have a nice weekend!

ENTRI BERKAITAN:

Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Dari Bangi ke LCCT Air Asia 
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Air Asia & Kereta Sewa Kuching
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Lime Tree Hotel, Kuching
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Kopi O Corner - Taman Sahabat - Topspot Foodcourt
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Sarawak Cultural Village
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Cat Museum (Muzium Kucing)
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Kek Lapis Dayang Salhah + Fort Margherita + Pasar Malam Satok

Thursday, September 27, 2012

Trip Kuching Sarawak (Day 1): Air Asia + Kereta Sewa Kuching

Okay.. sambungan kisah sebelumnya.. dah selesai breakfast di McD.. kami pun bergegas nak check in untuk flight ke Kuching..sebelum tu call Hanna owner kereta sewa Kuching yang kami dah nak naik flight.. memandangkan ini percutian bajet, aku cuba meminimakan sebanyak mungkin kos2 sampingan yang tak berapa perlu.. macam untuk pergi Kuching ni, kitorang tak check in luggage pon.. sumer dah packing stock untuk bawak naik dalam kabin.. uhuhu... lagipon setiap 1 seat korang leh bawak naik beg maksimum 7kg + handbag / beg laptop.. kalo beg korang menepati ciri2 macam kat bawah ni, bawakla naik atas..takyah susah2 nak check in luggage.. jimat rm25 :p..



Lagi satu kelebihan kalau ada anak kecik... korang leh bawak stroller.. senang nak jalan2 ada stroller ni..plus memang tak dikenakan charge bawak naik kapal terbang.dgn syarat stroller tu jenis yang boleh lipat payung la.. nanti dah nak naik flight diorang suruh tinggalkan je kat bawah tangga.. stroller tu diorang akan tampal tag nanti... :)

trip kuching
menuju ke flight AK5204 :p
trip kuching
stroller dah siap lipat nak tinggal kat bawah tangga.. :p
trip kuching
Jemi tak puas hati ibu dia kat tangga pon nak posing lagik..ahaha..
terpaksalah jemi pon memposingkan diri juga.. (^_^)v
trip kuching
dalam flight... time ni Kashaf dah start meragam nak tido.. (*_*)
Tips korang kalau ada anak2 kecik nak bawak naik flight ni:
- make sure perut diorang dah kenyang supaya diorang tak meragam..uhuhu..
- standby la buat susu siap2 sebelum naik flight..kang satu kerja nak membancuh susu dlm flight pulak..
- tukar lampin/diapers siap2 sebelum naik flight, walaupon baru 2,3 jam diorg pakai diapers..sebab kemungkinan utk bocor dlm flight tu tinggi..ahaha.. (kes kitorang la tu).. 
- kalau ada gadget yang boleh melekakan diorang... bawak jgn tak bawak... uhuhuh.. (Jemi meragam tanak pakai seatbelt dlm flight..silap tak bawak tablet bg dia main2)..

flight dah bukak sayap siap2 nak berlepas..
pramugara sibuk kira penumpang.. ensem kan? :D
trip kuching
menu makanan dalam flight Air Asia.. nasi lemak dia terbaik ok!!

dah berada di udara... :) Hazmi sebok nak menggapai awan..
Subhanallah.. ciptaan Ilahi (O_o)
Flight KL - Kuching amek masa 1 jam 45 minit.. Alhamdulillah sharp on time jugak flight kali ni.. cuma agak mencabar sebab bebudak ni meragam dalam flight.. dengan si Kashaf mengamuk nak tido.. ngan si Hazmi mengamuk tanak pakai seatbelt..siap nak guling2 atas lantai..ahahaha..kecoh suara diorang dalam flight tu.. seb baik ada budak lain buat perangai jugak.. kira cam normal la.. macam dalam bas ekspres pon ada..wakaka.. sabor jeklaa.. pastu paling best, bebudak ni bantai bocor lak.. padahal pampers baru jek pakai..sejuk kot.. abes baju asben kena skalik bocor kencing Kashaf.. ayayayai.. (*_*).. kitorang paling last keluar dari flight sebab nak tukar pampers bebudak ni dulu..ahahaha.. pengalaman sungguh..

dah sampai di bumi Kenyalang, Sarawak (^_^)v
 Yeay!! dah sampai Kuching.. aku dah book keta sewa siap2 ngan si Hanna ni.. (carik info pasal keta sewa dgn pacik Google..) dapatla contact ngan budak ni..agak murah la compare ngan orang lain.. kami sewa kereta MyVi untuk 2 hari setengah..dapat dalam rm200.. consider murah kan? :) korang kalo nak sewa keta kat Kuching leh contact Hanna ni.. sapa nak leh mintak kat aku, nanti aku bg no tepon.. kitorang amek keta kat airport, pulang pon kat airport jugak.. :)

Best dapat keta Myvi still baru lagik..so condition kereta sangat ok.. meter minyak pon berfungsi baik so ko takyah nak risau nak tau minyak tinggal paras mana.. (pengalaman sewa keta kat Langkawi dulu kebanyakan meter minyak dh rosak, tatau nak agak camne bila nak isi..huhu).. pastu korang leh request GPS skalik... perhatian: GPS amat penting nak berjalan2 kat Kuching kalo drive sendirik neh..boleh sesat kalo hentam kromo jek.. :p tapi si Hanna ni lupa bawak lak GPS so, dia pinjamkan Gtab Samsung utk kitorang guna Google Maps dlm tu.. Pastu dah ada kupon parking dalam kereta untuk kitorg guna.. best best.. ;)

Senang sewa keta ni.. puas hati nak meround sendirik.. jimat pon jimat.. total damage dekat transport utk 3 hari kitorg kat Sarawak ni around rm250 la.. rm200 utk sewa + rm50 utk minyak.. :)..

trip kuching
tengok si Kashaf tu excited.. ;)

 Seterusnya kami pon menuju la ke hotel dulu untuk check in... tinggal kat hotel mana? Tunggu entri seterusnya..... (^_^)v


update:

memandangkan ramai yang e-mel n komen untuk dapatkan nombor Hanna ni..so saya letak kat sini jelah senang sebab risau lambat reply.. :) Hanna pon ok rasanya publish nombor dia..

Hanna Kereta Sewa Kuching: 0128952003

kalau dia tanya dapat dari mana, just mention blog ni ok.. :) TQ

Tuesday, September 25, 2012

Trip Kuching Sarawak (Day 1): Dari Bangi ke LCCT Air Asia


Alhamdulillah... akhirnya berjaya jugak kami satu famili cuti-cuti Malaysia ke Kuching, Sarawak.. sebab asben tak pernah lagi jejak kaki ke Sarawak.. so ni antara target place kitorang la bila nak book tiket flight.. sebenarnya plan ni dari taon lepas lagik..dah siap book tiket Air Asia awal2.. masa book tu tak pregnantkan si Kashaf lagik..alih2 time yang patotnya kitorg naik flight tu aku dah sarat mengandungkan si Kashaf..so, terpaksala burn tiket gitu je..uhuhu... Terima kasihla Air Asia sebab slalu wat offer tiket murah.. lagi skali berjaya mencuba nasib beli tiket.. finally dapat book utk 4 kerusi pergi balik rm232 je total.. murahkan murahkan.. (^_^)v.. makcikk sukooo.. pastu tambah rm30 la utk luggage masa balik 20kg.. sbb dah tau for sure memborong punya.. kereta sewa yang murah kat Kuching pon berjaya booking jugak..:D

Flight kami kol 9.45pg... ada lagik awal tp aku tak berani amek takut tak sempat..ahahah.. google punya google, aku dpt kumpul info camne nak save budget part nak ke LCCT neh..yerla, kalo nak tinggal keta parking kat sana 2,3 ari confirm mahal punya.. pastu nak naik teksi pong confirm rm70-80 nya tak kurang.. sebenarnya ada cara mudah + jimat.. parking keta kat area putrajaya (lagi elok kalo ada saudara mara/sahabat rapat).. pastu pi naik KLIA Ekspres kat Putrajaya Sentral.. beli tiket kat kaunter cakap nak pergi LCCT.. nanti dia bg korang pakej tiket rege rm5.50 (dewasa), rm4 (kanak2 2-12 tahun). tu dah termasuk tiket ERL ke stesen Salak Tinggi ngan tiket bas dari Salak Tinggi ke LCCT.. total utk kami berempat rm15.. kira murah la tu.. jimat dah kat situ ;)

KLIA transit ke LCCT
KLIA transit ke LCCT
erl lcct
Harga tiket erl ke LCCT

Terima kasih tak terhingga kat bestpren aku si Hazie neh..seb baik dia dok dlm kawasan Putrajaya..dapatla aku menumpang kasih parking keta umah dia..ihiks.. jasamu dikenang weh.. :p

Mak supir kami Hazie yang baik hati bagi kami parking keta kat umah dia n tlg hantar ke Putrajaya Sentral.. sayang ko Hazie.. :D
Kami sampai kat Putrajaya Sentral kol 7.15pg so sempatla kejar naik tren kol 7.20pg. korang kalo nak naik ni kena plan betol2 sebab tren ni mmg menepati masa.. segala maklumat lengkap pasal tren, jadual n rege tiket leh tgk kat web ni: Jadual tren ke LCCT.

pergh..gaya anak ibu berjalan macam ala2 tgh shoot iklan.. :p
menggeliat sambil menunggu tren..uhuhu..muka excited nak travel..
menanti ketibaan Thomas..woot woot..
tu dia tren betoi2 sampai kol 7.20pg
dalam erl pon sempat snap gambar lagik..hehehe.. itulah kelebihan smartphone.. :p x segan sgt nak bergambo..
perjalanan dari stesen Putrajaya ke Salak Tinggi sekejap je dalam 10min sebab 1 stesen..uhuhu.. sapa2 yang naik Air Asia kena turun kat Salak Tinggi..sapa2 yang naik MAS leh turun stesen lagi satu KLIA. ;) best..cepat pon cepat..
time ni asben dok sibuk simpan beg n stroller dalam shuttle bus nak ke LCCT..uhuhu..
Dah sampai kat stesen Salak Tinggi, shuttle bus dah menunggu kat luar.. rezeki kami.. sampai2 je, pastu naik bas tak sampai dalam 5 minit terus gerak.. :) tak perlu tunggu lama okeh.. agak kagum dengan perkhidmatan pengangkutan awam neh.. :p

Hazmi excited, first time naik bas.. :D
punyala leka melayan pemandangan tepi tingkap..langsung tertidur.. :p ngantok weh bangun pagi sangat..
Perjalanan bas ni dari Salak Tinggi ke LCCT amek masa dalam 20-30min la.. tengok keadaan jalan la time tu jem ke tak.. tapi so far adalah ok walaupon bertembung ngan org2 sebok nak pergi keja.. kitorang sampai kat LCCT around 8.20pg.. boleh diconsider perjalanan yang lancar la... next time kalo nak travel ngan Air Asia confirm kami pilih cara macam ni lagik... :)

Memandangkan masih awal, sempatla kitorg singgah McD kat dlm LCCT neh isi perut dulu..uhuhuh..sebab boarding time kol 9.05pg.. Hazmi dok pulun tido lagik dalam stroller..
breakfast di McDonald LCCT
bersambung ke episod seterusnya... tunggu!!! :P

Sneak Preview:Trip ke Kuching, Sarawak

Family vacation, Kuching Sarawak (21-23 Sep 2012)

Alhamdulillah... Percutian kami berempat menaiki kapal terbang buat pertama kalinya bersama-sama  berjalan dengan lancar last weekend.. Kashaf 1st time naik flight.. :) tak sabar nak story detail... tungguuu!!!

Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Dari Bangi ke LCCT Air Asia
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Air Asia & Kereta Sewa Kuching
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Lime Tree Hotel, Kuching
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Kopi O Corner - Taman Sahabat - Topspot Foodcourt
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Sarawak Cultural Village
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Cat Museum (Muzium Kucing)
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Kek Lapis Dayang Salhah + Fort Margherita + Pasar Malam Satok

Wednesday, September 12, 2012

Happy 3rd Birthday, son.. :)

love of my life.. :)

1.43 am, 12-09-09

1-4-3.. itu kod orang bercinta.
i-love-you..

1.43am.. ibu melahirkan Hazmi.. alhamdulillah.. setelah hampir 14 jam bertarung menahan kesakitan.. ikutkan Hazmi masih seronok duduk dalam perut ibu tanak keluar..walaupun dah overdue seminggu.. ibu takde rasa sakit2 tanda nak bersalin.. jadi setelah berbincang dengan doktor, maka keputusannya adalah menggunakan induce.. lalu selepas itulah ibu baru merasai kesakitan yang disebut2 orang selama ni..uhuhu..

Subhanallah..walaupun terpaksa mengharungi sakit yang tak boleh nak digambarkan tu.. rasa sakit tu hilang sekelip mata bila lihat anak ibu buat pertama kalinya.. sedar tak sedar, rupanya dah 3 tahun Hazmi membesar depan mata ibu..dari seorang bayi kecil.. hinggalah menjadi seorang abang sekarang.. i don't have enough words to describe how much i'm grateful for having you..

Selamat hari lahir..abang kecil!
(",)



Friday, September 07, 2012

Morning date with Kashaf..

Posting before this aku deting ngan anak yang first kan.. hari ni deting ngan anak yang second lak..huhuhu.. tapi ngan Kashaf ni deting tempat dekat2 je.. kat PKNS depan umah je.. :p lagipon dia cirit-birit pulak mlm tadi..tp nampak dah ok la tak teruk sangat..alhamdulillah.. saja bawak keluar sebab cam bosan lak terperuk kat umah..

So, memandangkan hari ni dok ngan ibu..ibu bawak pi makan kt KFC.. cam biasa order set AM Riser la..menu wajib breakfastku kalau kat KFC neh..ehehe..
lepak atas kaunter nak order makanan..
semangat nak suap makanan sendiri tuh..
memandangkan masih amatur, ibu suapkan lah..
dah kenyang kita pi main2 jap..
kesian hello kity neh asek kena korek bijik mata ngan Kashaf.. :p
dah bosan main kat luar, masuk berlari-larian kat Billion pulak..huhu
buat muka comel pon ibu tanak belikan nak..hahahah.. :p kat umah tu penuh satu bilik..
berlari-larian atas stage pulak.. 
dah selesai wat performance raya..
eh eh..ni kat mana pulak ye? huhuhuh.. :p
Dah makin panjang langkah si Kashaf ni...so, kena betul2 pantau dia... memang tak boleh lepa..kalau lepas tangan kena kejar terus sebab dia memang tak takut menonong je nak ke mana pon.. huhuh.. 

:) lepas ni kita try kuar jalan2 ngan abang Hazmi sekali ye.. huhuh..
jhaaa...
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...