Klik Klik..

Wednesday, October 24, 2012

Salam Hari Raya AidilAdha 1433H


Assalamualaikum..
Nak ucapkan selamat menyambut hari raya AidilAdha kepada semua.. kepada yang balik kampung tu semoga selamat sampai ke tempat yang dituju dan perjalanan lancar..

kami balik beraya di Kelantan tahun ni.. insyaAllah gerak malam ni..tak tahulah jem macam mana keadaannya..confirm ramai balik..huhuh..

khas untuk rakan2 yang baca blog ni..hayatilah video clip ni..my favourite song for the moment.. :)

Opick - Cahaya Hati

Monday, October 22, 2012

Resepi Kuih Keria a.k.a Cucuq Keria

Ini posting agak basi.. minggu lepas puasa ganti jadi kepala otak asik teringat makanan.. :p tak patotkan..ahaha.. lalu menggoogle la menu2 nak masak ptg utk berbuka tu.. teringin sangat nak makan kuih cek mek molek.. tp bila pikir2, buat cucuq keria on sedap jugak.. lagipon lebih kurang je caranya.. huhuhu..

rupa2nya sangat simple je caranya.. rajin tak rajin je kalau nak buat..uhuhuh.. :p

Resepi Kuih Keria (kredit utk blog ni: periuktanah)

Bahan2
- 250 gm keledek (aku beli 2 ketul ubi keledek oren yan gagak besar saiznya)
   >Kupas kulit, potong kecil dan rebus empuk. Boleh juga dikukus ye...
   >Lepas tu toskan.
- 1/2 cawan tepung gandum

untuk sira gula:
- gula pasir 4 sudu besar (adjustla mengikut kesukaan masing2)
- 1/4 cawan air masak

*** tepung gandum secukupnya ditabur di talam untuk membentuk kuih.

Cara membuatnya:

1. Lecek halus/tumbuk guna lesung batu ubi keledek yang telas ditoskan tadi ketika masih panas.
2. Apabila cukup halus, sejukkan sebentar.
3. Masukkan tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Ingat ye, dohnya memang lembut dan melekat di tangan, kerana doh yang begini menghasilkan kuih keria atau cucur badak yang lembut.
3. Taburkan tepung di talam dan tapak tangan. Bentukkan kuih menjadi gelang, mengikut saiz kegemaran masing-masing. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak dan goreng kuih hingga keemasan. Sejukkan sebentar sebelum disira.

Cara menyira kuih:

1. kuih keria yang siap digoreng perlu disejukkan dahulu sebelum disira.
2. Untuk 8-10 ketul kuih keria saiz sederhana kecil, 4 sudu besar gula dicampur dengan 1/4 cawan air.
3. Masukkan ke dalam kuali. Didihkan menggunakan api sederhana.
4. Apabila air gula berbuih pekat, perlahankan api dan masukkan kuih.
5. Gaul rata. Apabila gula mula melekat pada kuih, padamkan api dan terus menggaul kuih,hingga gula menjadi sira.

ubi keledek yang dah siap dilenyek halus (ni tumbuk guna lesung batu)
doh yang dah siap dibentuk menjadi kuih keria :D
gorenglah sehingga garing dan emas kekuningan.. makin tak sabar yum2
dah siap sira dgn gula.. time ni guna 2 sudu besar je.. lepas ni buat 4 sudu kalau nak bagi gula tu banyak..tp rasa dah manis dah.. :)
Alhamdulillah...first time mencuba..boleh dianggap cubaan yang sukses..sangat lembut lemak berkrim disukai ramai sebab guna ubi keledek oren tu..(T_T)..uhuhu.. dapatla around 17 bijik... hubby balik2 kijer seronok makan dengan gumbiranya bersama anak2.. :D sangat senang sila cuba okeh... senang sampai rasa cam nak buat banyak2 berniaga tepi jalan..wakaka over tak.. :P

~selamat mencuba~

Monday, October 15, 2012

Home Sweet Home: Flower in the house!! (^_^)

Mungkin tak ramai yang tau aku ni bukanla jenis yang suka letak bunga jadi hiasan kat dalam rumah..sebab rasa cam crowded penuh ngan bunga2 sejambak neh.. tapi tetiba akhir2 ni perasaan tu mcm dah berubah sikit.. uhuhuh.. tapi still aku lebih suka hiasan berbentuk kontemporari n moden.. :)

So hasil dari persinggahan kedai Romantika, di Metro Point Kajang.. taraaaa, makcik dah beli 7 kuntum bunga ros merah.. nampak cam ori tak? huhuhu.. plastik je bunga tuh.. tapi dari jauh memang nampak cam bunga hidup.. sebatang rm3.. :p okla.. pelaburan jangka masa panjang.. pasu ngan batu-batu kecik putih tu memang dah sedia ada dari dulu.. (^_^)v.. tetiba rasa macam best ada bunga.. rasa nak beli lagik ah letak kat tempat lain pulak.. ihiks ..

centerpiece kat ruang tamu.. :p

Rutin hujung minggu..joging!

Ahad lepas kami berjoging lagi di waktu petang..kat mana lagi kalau bukan Taman Tasik Cempaka Bangi.. :D walaupun langit berwarna gelap sedikit seakan nak hujan, tapi tak turun hujan pun. alhamdulillah.. Asben kata patut jadikan rutin untuk kehidupan yang lebih sihat ewahhh... perli wife dia ni dah makin debab la kot..ihiks.. memang pon..  :P.. jadi lepas ni memang kitorang plan kalau takde apa2 aktiviti je hujung minggu haruslah berjoging di waktu petangnya.. :) lagipon Hazmi ngan Kashaf sangat suker.. 

tengok Hazmi tu awal2 dah pasang gear 4.. (T_T)
dah berlari keliling tasik berhenti sekejap kat playground.. layan papan gelongsor 4,5 round.. :p
yeah...adik Kashaf pon dah sampai ngan ayah.. :p
hepi main papan gelongsor
berehat sebentar bersama kit-kat....
gambar snap dari trek bawah... ada 2 laluan.. :D
memanjang nak Peace aje si Hazmi ni.. :P
masing2 dah pancit mintak ayah dukung.. :) my 3 heroes..

Friday, October 12, 2012

Progress Hazmi setakat umur 3 tahun :)

Salam..

posing kat kampung.. :)
Hari ni ibu nak catat progress Hazmi setakat umur dia dah tiga tahun ni.. kena catat sebab at least ibu leh monitor perkembangan Hazmi.. nanti kang lupa..uhuhu.. alhamdulillah... Hazmi dah nak start banyak mulut walaupun tak semua yg dia cakap tu kita paham lagik..ada masa keluar bahasa german tah apa2 dia membebel.. :)

- dah pandai tulis n baca ABC sampai habis siap dgn contoh perkataan (ramai kata slang dia ni ala omputih sikit..ahaha..boleh study kat oversea la ko nak..)





- dah pandai kira 123 in english dan bm sampai nombor 20

- kenal semua huruf hijaiyah..

- dah pandai baca doa tidur

- tahu sebut setiap karakter utama kartun kat disney junior channel (ye...anakku ini hantu tv... :p)

- dah pandai eja dan tulis nama sendiri, ibu, ayah, kashaf n opah (owh ibu rasa terharu... huhuh..)

- dah pandai eja certain simple words (paling best bila ejar "apple" .. (a - two p - l - e) ..uhuhuh.. 
sempat memasukkan unsur2 matematik kat situ.. kretif betol anak ibu..)

- dah banyak vocab dia tahu part haiwan, bebuahan, warna, bentuk... (tapi kebanyakannya dalam bahasa inggeris.. :p sebab dia ni banyak layan cartoon n vclip.. tapi ada jugak yang ibu ajar dalam bahasa Melayu.. slow2 lah nak. ajar byk bahasa serentak pon pening juga..uhuhu..)

- sangat suka menyanyi... dah pandai nyanyi lagu We are Young? (dengar kat mana budak ni..uhuhu)

- sangat mudah hafal irama lagu... (wahh.. ada darah seni ke? :P)

- bila rasa buat salah cepat2 datang minta maaf dengan ibu sambil hulur tangan.. (ibu mana tak cair nakk..)
moga jadi abang yang baik..jangan buli2 adik.. :p

:) Alhamdulillah.. setakat ni ibu puas hati walaupon Hazmi still tak petah sangat lagi percakapannya.. tapi apa yang dia dengar dia banyak absorb..sometimes macam terkejut sendiri sebab dia tahu words tu..uhuhu.. moga ibu dapat bentuk Hazmi jadi anak yang bijak bukan saja dari hal duniawi tapi hal ukhrawi.. amin.

anak ibu yang stylo.. :p
Buat masa ni itu je yang teringat..nanti next time ibu take note lagi untuk adik Kashaf pulak..

Hazmi ~ anak ibu yang bijak.. insyaAllah.. :)

Wednesday, October 10, 2012

Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Kek Lapis Dayang Salhah + Fort Margherita + Pasar Malam Satok

Bersambung lagi episod trip ke Kuching.. banyak betol sirinya..uhuhu.. padahal pergi 3 hari jek pon.. :p saja je pecah ikut tempat sebab banyak sgt snap gambar.. :) Anyway, balik dari Muzium Kucing.. kami singgah ke kedai Kek Lapis Dayang Salhah..plan asal nak pergi memborong kek lapis naik sampan.. tapi sebab dah alang2 on the way dari muzium nak balik ke bandar Kuching memang lalu.. so kami pon terus la singgah.. :) kedai ni ada kat area Kg. Gersik.. bila google memang ramai yang suggest pergi kedai Dayang Salhah ni.. sebab antara kek lapis yang sedap.. 

Dah sampai2, pergh... memang ramai dok berkerumun kat kedai ni.. benarlah apa dikata.. :p masuk2 je kedai..amek kau... beribu2 lemon kek lapis ada pelbagai jenis dan flavor..uhuhu... yang bestnya.. kat tgh2 tu diirang sediakan testing corner segala jenis macam kek lapis yang dijual korang boleh rasa.. makanla byk mana nak pon tak kena charge..ehehe...lalu tak lalu jek nak makan semua.. pening pon ada sebab byk sgt jenis smpi jd confuse..

Flavor tuh mmg pelbagai jenis tapi yang membezakan kek lapis tu ada 2 jenis sama ada guna marjerin atau butter.. yang marjerin murah sikit rata2 harga rm10.. yang butter mahal sket la rm20-rm25.. ada gak rm10 tp saiz dia kecik... memang yg butter lagi lemak berkrim disukai ramai la.. tambah2 lah yg perisa Cadbury pastu ngan yg ada Cheese.. perghhh... (T_T) makan sambil nangis..ahahaha.. nama kek pon comel2 ikut peradaran semasa.. ombak rindu lah.. hapa lagik tah.. time kitorang pergi tu perisa paling terbaru "Pandalela"..ahahaha.... sabor jekla.. :p

kedai dayang salhah
kedai kek lapis Dayang Salhah.. nyum nyum.. 
kedai dayang salhah
tengok diorang dah sampai bersila tak larat nak tunggu Mem pilih kek lapis.. ahahaha... 
Sebenarnya orang cakap kek lapis Mira pon sedap jugak.. tapi aku memang surrender la.. tak larat dah nak memantau kedai2 lain... kekenyangan testing makan kat kedai Kek Lapis Dayang Salhah tu jer..huhuhu.. yang agak bestnya kedai ni bila kita beli lebih rm100 boleh dpt free 1 kek lapis rm10.. aku beli cam banyak jenis gakla.. total ada dekat rm185 kot..tapi bayar rm165 je sebab dpt diskaun rm20.. :D yang jenis marjerin aku amek (Oreo Cheese, Blueberry, Chocolate Mint),
pastu yang jenis butter aku amek (Ombak Rindu, Cadbury, Cadbury + Cheese).. banyak lagik perisa2 lain tapi  konpius dah..amek yg mana berkenan je..uhuhuh.. jangan risau kalau tak cukup duit boleh zasss saja pakai kad kredit (potensi utk membeli banyak ada di situ nampak tak?) Servis kedai ni memang bagus diorang siap tolong packingkan terus dalam kotak so nanti nak bawak naik flight senang.. pastu kalau nak mintak diorang tolong poskan pon boleh.. bisa diatur.. :)

Habis memborong kek lapis kami singgah ke Fort Margherita pulak.. antara bangunan bersejarah kat Kuching ni.. sebab dah dekat ngan kedai kek lapis tadi..so singgah je la kejap.. tapi takleh masuk dah bangunan tu sebab dah kol 6pm..dah tutup.. lepak2 kat taman tepi sungai kat situ jekla..
trip kuching
Bangunan putih tu ler Fort Margherita..
trip kuching
boleh nampak bangunan DUN Kuching jugak.. cantik!!
layan pemandangan tepi sungai.. boleh seberang sungai naik sampan kat sini.. :)
Lepak kat Fort Margherita dalam nak dekat sejam jugakla..dah nak senja tu balik semula ke hotel.. mandi2, rest kejap n solat jamak Maghrib-Isyak.. pastu keluar pulak ke Pasar Malam Satok.. huhuhu... padat sungguh tentatif.. :p ... si Hazmi sebab petang dah berkejar2an kat taman..pengsan awal time tengah shopping kat pasar malam tuh.sabor jekla.. seb baik ada stroller..

trip kuching
antara barang yang dijual di Pasar Malam Satok..
trip kuching
kalau nak beli souvenir macam kain batik, fridge magnet memang murah kat Pasar Malam Satok ni..
pilih jangan tak pilih.. uhuhuhu..
dah penat menjamu mata... berenti makan kat gerai2 makan kat Pasar Malam Satok tu... dapat jugak try mee kolok..akhirnyaa...huhuhu.. lebih kurang cam maggi goreng IndoMee je kot..cuma beza sebab mee kolok ada kuah sup..sedapla jugak.. :p aku kan penggemar maggi goreng..wahahaa..

Habisla kisah di hari kedua kami kat Kuching ni.. :p

ENTRI BERKAITAN TRIP KUCHING:

Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Dari Bangi ke LCCT Air Asia 
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Air Asia & Kereta Sewa Kuching
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Lime Tree Hotel, Kuching
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Kopi O Corner - Taman Sahabat - Topspot Foodcourt
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Sarawak Cultural Village
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Cat Museum (Muzium Kucing)
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Kek Lapis Dayang Salhah + Fort Margherita + Pasar Malam Satok

Monday, October 08, 2012

Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Cat Museum (Muzium Kucing)

Sambungan kisah jalan-jalan di Kuching..

Destinasi kami seterusnya di hari kedua ni adalah Muzium Kucing (Cat Museum).. kat Kuching ni ada banyak jenis muzium sebenarnya.. tapi memandangkan hero2 kami ni masih kecik..aku tak rasa diorang menghargai secukupnya bila kitorang bawak jenjalan muzium neh..uhuhu..cuma muzium kucing je aku confident sikit sebab diorang mmg minat giler ngan kucing.. bebudak confirm suka.. :p .. 

Muzium kucing ni terletak dekat ground floor, dalam Dewan Bangunan Bandaraya Kuching (DBKU).. memang atas bukit sikit la nak pergi sini.. kawasan persekitaran pon cantik... boleh nampak view bandar Kuching dari atas.. :)

posing depan bangunan DBKU.. :)
Muzium kucing ni rasanya buka setiap hari dari pukul 9pg - 5pm. lepas tu nak masuk free je tapi akan dikenakan bayaran kalau nak bawak masuk kamera/handphone yg ada kamera la.. dah sah2 kita nak tangkap gambar kan.. uhuhu.. kami bayar utk kamera dslr (rm4.00) je.. kalau untuk kamera biasa / handphone (rm3.00).. 
pintu masuk Muzium Kucing
Kashaf dah posing senyum comel dah..si Hazmi pulak alihkan kepala..uhuhu..
akhirnya nampak kepala Hazmi..ahaha..
Hazmi sangat excited bila tengok beribu-ribu kucing ada dalam muzium tuh.. :P
ahaha cubaan untuk masuk dalam poster sama.. jadi tak? :P
sekali lagi cubaan meniru posing kucing.. :P
bergambar dengan kucing gergasi
gerai2 kecil jual souvenir pon banyak..harga tak mahal sangat.. :)
antara koleksi pameran kucing yang ada dekat muzium ni..
ada gua kucing jugak.. terbaik!! siap ada sound effect.. :)
kucing ni nampak hidup sungguh.. (O_o)
kat ruang legar pintu masuk DBKU.. nampak tak budak2 tu tgh buat apa.. (T_T)
pemandangan luar kawasan DBKU.. cantikkkk... :D
Puas hati la masuk muzium kucing ni..budak2 pon suka sangat... tempat wajib kalau datang dengan anak2 ke Kuching ni.. :) agaknya sapa2 yg minat kucing tu lagik suka la kot.. aku penggeli sket ngan kucing ni..minat tgk gitu2 je..uhuhuh..

ENTRI BERKAITAN TRIP KUCHING:

Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Dari Bangi ke LCCT Air Asia 
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Air Asia & Kereta Sewa Kuching
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Lime Tree Hotel, Kuching
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Kopi O Corner - Taman Sahabat - Topspot Foodcourt
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Sarawak Cultural Village
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Cat Museum (Muzium Kucing)
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Kek Lapis Dayang Salhah + Fort Margherita + Pasar Malam Satok

Balik kampung jumpa Opah..


Salam..
Weekend lepas kami balik ke kampung asben di Perak.. saja balik sebab nanti Raya Haji nak balik kampung kat Kelantan lak.. (^_^)v sukerr.. balik kampung kat Perak tak jauh mana perjalanan lebih kurang 2 jam lebih je.. bertolak Jumaat malam tu, sempat singgah dinner dulu ketam masak kari lagik kat Perantau Hill.. :p (sila refer posting ni.. ) huhuhu.. pastu kali ni asben pesan Ikan Siakap Masak Stim.. perghh..sedap jugak... apa yang tak sedap kat restoran ni tah.. :p

Balik kampung kat Perak ni memang takde aktiviti sangat..kejer asik nak makan tido jek..ahaha.. pastu bebudak ni memang suka dok mengejar kucing.. Opah dia ada bela sekor wat halau tikus2 dr berkeliaran kat umah.. :p

Baju tido Kashaf beli kat Sarawak.. :)
sesi diskusi bersama kucing.. 
budak ni memang tak takut ngan kucing.. ayayayai.. (O_o)
ni aktiviti siang hari lak.. memunggah kusyen2 sofa.. (*_*)
berkejar2an dengan kezen Fatin.. :)
adik Kashaf...pengikut setia abang dia Hazmi.. :p
dah habis bosan diorang main timbus2 lak...siap bergelak ketawa lagik..sabor jekla.. :p

Have a good Monday everyone!! :)


Thursday, October 04, 2012

Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Sarawak Cultural Village

Bersambung balik cerita bercuti di Kuching untuk hari yang kedua.. :) Destinasi utama kami pada hari kedua ni adalah Sarawak Cultural Village ataupun dalam bahasa melayunya dipanggil Kampung Budaya Sarawak.. :) Ini merupakan tempat wajib dilawati kalau anda first time datang Kuching.. ni kali kedua aku la.. dulu pernah pergi time2 bujang dengan kengkawan.kali ni pergi nak bawak asben :D..

Kalau dari Kuching nak ke Kg. Budaya Sarawak ni amek masa lebih kurang 45 minit la.. sebab kedudukannya agak jauh di area Santubong nun.. lepas tu sepanjang perjalanan jangan harapla korang nak jumpa papan tanda Kg Budaya Sarawak ni.. tak macam kat KL atau negeri2 lain kalo tempat pelancongan yang famous diorang akan letak papan tanda khas kaler ijau kan... kat sini takde.. part tu aku ralat sikit la..aku rasa kementerian pelancongan negeri sarawak patot amek tindakan menda2 camni.. uhuhu.. papan tanda tu penting sebab tak semua orang guna GPS nak pergi carik sesuatu tempat tuh.. :p yang ada pon banyak signase utk ke Damai Beach Resort je.. Asben kata maybe sebab diorang bayar utk papan tanda ni kot..huhuhu..

Oh ye.. nak masuk SCV ni berbayar.. agak mahal jugakla kalo ikutkan rege tiketnya.. dewasa RM60.. yang kanak2 aku tak igt lak sebab bebudak ni free lagik..uhuhu... tapi kalo student macam aku nih, boleh gunakan kelebihan kad matriks korang tu untuk dapatkan rege student..murah weh...rm15 jek.. uhuhu.. tapi kena tunjukkan kad matrik la..aku dpt tiket murah utk aku jekla.. nak claim utk asben sama tak lepas.. :p

kampung budaya sarawak
destinasi permulaan menuju ke Rumah Bidayuh.. :)

jambatan buluh menghala ke Rumah Bidayuh.. 
kat dalam rumah Baruk.. pakcik ni sporting nak bergambar..bercerita pasal ubat2an yang dia jual..

kat Rumah Iban pula.. seronok budak ni main gamelan..eh? :p

Rumah Orang Ulu... Hazmi excited main buluh ketuk2 tu..

kat Rumah Penan.. asben menunjukkan kehebatan menyumpit.. semua bersorak bila sumpitan dia kena tin minuman..ahaha..

macam2 rumah ada.. Rumah Melayu, Cina.. penat sehh round..
Jam 11.30pg kitorang pon dah tak larat nak round dah tengah2 hari panas tu jadi kitorang pon bergegas la ke Theater untuk tengok persembahan kebudayaan.. show ni memang diorang buat 2x sehari.. kalau tak silap pukul 11.30pg satu pastu petang lak kol 4pm. memang wajib tengok persembahan ni sebab diorang tunjuk setiap kaum punya budaya dan tarian.. persembahan pon cam lawak2 jugak..enjoy... yang penting ada air-cond okeh... :p

Penuh time kitorang masuk tu..ramai gak pelancong luar... uhuhu.. yang paling best part last skali diorang berjoget ramai2 pastu ajak penonton semua berjoget sama.. si Kashaf memang dah awal2 berjoget kat bawah excited tengok penari2 tu.. pastu aku suruh asben naik pentas bawak bebudak ni join joget ramai2.. ahahaha. sangat sporting okeh... Hazmi pon bukan main.. :p kagum2.. mak nya pemalu jd tolong tangkap gambar dari bawah pentas je..wekekeke..

persembahan kebudayaan..best best!!
bergambar satu keluarga kat pintu utama SCV.. sian Hazmi tak masuk gambar..ahaha.. 
Dah abes tu kitorang round kejap Damai Sentral berhadapan dengan Kg. Budaya Sarawak neh.. ada macam dataran Lang kat Langkawi tu tapi yang ni burung kenyalang kot.. so kami pon gigih gak berposing tengah2 panas terik tuh..ahaha.. pastu singgah bangunan Damai Sentral tu tukar pampers bebudak ni.. okla tempat dia tapi sebab still baru kedai tak berapa nak meriah..

Dataran Kenyalang di Damai Sentral..suka ati aku je bg nama dataran tuh..ahaha.. :p

Plan asalnya nak stay sampai petang nak main2 tepi Pantai Damai tu..dekat area situ gak..tapi cam lambat la pulak nak melepak sana lagipon cuaca still panas terik..so kitorang pon plan balik ke Kuching semula, lunch kat sana pastu ke Muzium Kuching lak.. :)

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...