Klik Klik..

Monday, October 22, 2012

Resepi Kuih Keria a.k.a Cucuq Keria

Ini posting agak basi.. minggu lepas puasa ganti jadi kepala otak asik teringat makanan.. :p tak patotkan..ahaha.. lalu menggoogle la menu2 nak masak ptg utk berbuka tu.. teringin sangat nak makan kuih cek mek molek.. tp bila pikir2, buat cucuq keria on sedap jugak.. lagipon lebih kurang je caranya.. huhuhu..

rupa2nya sangat simple je caranya.. rajin tak rajin je kalau nak buat..uhuhuh.. :p

Resepi Kuih Keria (kredit utk blog ni: periuktanah)

Bahan2
- 250 gm keledek (aku beli 2 ketul ubi keledek oren yan gagak besar saiznya)
   >Kupas kulit, potong kecil dan rebus empuk. Boleh juga dikukus ye...
   >Lepas tu toskan.
- 1/2 cawan tepung gandum

untuk sira gula:
- gula pasir 4 sudu besar (adjustla mengikut kesukaan masing2)
- 1/4 cawan air masak

*** tepung gandum secukupnya ditabur di talam untuk membentuk kuih.

Cara membuatnya:

1. Lecek halus/tumbuk guna lesung batu ubi keledek yang telas ditoskan tadi ketika masih panas.
2. Apabila cukup halus, sejukkan sebentar.
3. Masukkan tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Ingat ye, dohnya memang lembut dan melekat di tangan, kerana doh yang begini menghasilkan kuih keria atau cucur badak yang lembut.
3. Taburkan tepung di talam dan tapak tangan. Bentukkan kuih menjadi gelang, mengikut saiz kegemaran masing-masing. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak dan goreng kuih hingga keemasan. Sejukkan sebentar sebelum disira.

Cara menyira kuih:

1. kuih keria yang siap digoreng perlu disejukkan dahulu sebelum disira.
2. Untuk 8-10 ketul kuih keria saiz sederhana kecil, 4 sudu besar gula dicampur dengan 1/4 cawan air.
3. Masukkan ke dalam kuali. Didihkan menggunakan api sederhana.
4. Apabila air gula berbuih pekat, perlahankan api dan masukkan kuih.
5. Gaul rata. Apabila gula mula melekat pada kuih, padamkan api dan terus menggaul kuih,hingga gula menjadi sira.

ubi keledek yang dah siap dilenyek halus (ni tumbuk guna lesung batu)
doh yang dah siap dibentuk menjadi kuih keria :D
gorenglah sehingga garing dan emas kekuningan.. makin tak sabar yum2
dah siap sira dgn gula.. time ni guna 2 sudu besar je.. lepas ni buat 4 sudu kalau nak bagi gula tu banyak..tp rasa dah manis dah.. :)
Alhamdulillah...first time mencuba..boleh dianggap cubaan yang sukses..sangat lembut lemak berkrim disukai ramai sebab guna ubi keledek oren tu..(T_T)..uhuhu.. dapatla around 17 bijik... hubby balik2 kijer seronok makan dengan gumbiranya bersama anak2.. :D sangat senang sila cuba okeh... senang sampai rasa cam nak buat banyak2 berniaga tepi jalan..wakaka over tak.. :P

~selamat mencuba~

No comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...