Klik Klik..

Wednesday, October 10, 2012

Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Kek Lapis Dayang Salhah + Fort Margherita + Pasar Malam Satok

Bersambung lagi episod trip ke Kuching.. banyak betol sirinya..uhuhu.. padahal pergi 3 hari jek pon.. :p saja je pecah ikut tempat sebab banyak sgt snap gambar.. :) Anyway, balik dari Muzium Kucing.. kami singgah ke kedai Kek Lapis Dayang Salhah..plan asal nak pergi memborong kek lapis naik sampan.. tapi sebab dah alang2 on the way dari muzium nak balik ke bandar Kuching memang lalu.. so kami pon terus la singgah.. :) kedai ni ada kat area Kg. Gersik.. bila google memang ramai yang suggest pergi kedai Dayang Salhah ni.. sebab antara kek lapis yang sedap.. 

Dah sampai2, pergh... memang ramai dok berkerumun kat kedai ni.. benarlah apa dikata.. :p masuk2 je kedai..amek kau... beribu2 lemon kek lapis ada pelbagai jenis dan flavor..uhuhu... yang bestnya.. kat tgh2 tu diirang sediakan testing corner segala jenis macam kek lapis yang dijual korang boleh rasa.. makanla byk mana nak pon tak kena charge..ehehe...lalu tak lalu jek nak makan semua.. pening pon ada sebab byk sgt jenis smpi jd confuse..

Flavor tuh mmg pelbagai jenis tapi yang membezakan kek lapis tu ada 2 jenis sama ada guna marjerin atau butter.. yang marjerin murah sikit rata2 harga rm10.. yang butter mahal sket la rm20-rm25.. ada gak rm10 tp saiz dia kecik... memang yg butter lagi lemak berkrim disukai ramai la.. tambah2 lah yg perisa Cadbury pastu ngan yg ada Cheese.. perghhh... (T_T) makan sambil nangis..ahahaha.. nama kek pon comel2 ikut peradaran semasa.. ombak rindu lah.. hapa lagik tah.. time kitorang pergi tu perisa paling terbaru "Pandalela"..ahahaha.... sabor jekla.. :p

kedai dayang salhah
kedai kek lapis Dayang Salhah.. nyum nyum.. 
kedai dayang salhah
tengok diorang dah sampai bersila tak larat nak tunggu Mem pilih kek lapis.. ahahaha... 
Sebenarnya orang cakap kek lapis Mira pon sedap jugak.. tapi aku memang surrender la.. tak larat dah nak memantau kedai2 lain... kekenyangan testing makan kat kedai Kek Lapis Dayang Salhah tu jer..huhuhu.. yang agak bestnya kedai ni bila kita beli lebih rm100 boleh dpt free 1 kek lapis rm10.. aku beli cam banyak jenis gakla.. total ada dekat rm185 kot..tapi bayar rm165 je sebab dpt diskaun rm20.. :D yang jenis marjerin aku amek (Oreo Cheese, Blueberry, Chocolate Mint),
pastu yang jenis butter aku amek (Ombak Rindu, Cadbury, Cadbury + Cheese).. banyak lagik perisa2 lain tapi  konpius dah..amek yg mana berkenan je..uhuhuh.. jangan risau kalau tak cukup duit boleh zasss saja pakai kad kredit (potensi utk membeli banyak ada di situ nampak tak?) Servis kedai ni memang bagus diorang siap tolong packingkan terus dalam kotak so nanti nak bawak naik flight senang.. pastu kalau nak mintak diorang tolong poskan pon boleh.. bisa diatur.. :)

Habis memborong kek lapis kami singgah ke Fort Margherita pulak.. antara bangunan bersejarah kat Kuching ni.. sebab dah dekat ngan kedai kek lapis tadi..so singgah je la kejap.. tapi takleh masuk dah bangunan tu sebab dah kol 6pm..dah tutup.. lepak2 kat taman tepi sungai kat situ jekla..
trip kuching
Bangunan putih tu ler Fort Margherita..
trip kuching
boleh nampak bangunan DUN Kuching jugak.. cantik!!
layan pemandangan tepi sungai.. boleh seberang sungai naik sampan kat sini.. :)
Lepak kat Fort Margherita dalam nak dekat sejam jugakla..dah nak senja tu balik semula ke hotel.. mandi2, rest kejap n solat jamak Maghrib-Isyak.. pastu keluar pulak ke Pasar Malam Satok.. huhuhu... padat sungguh tentatif.. :p ... si Hazmi sebab petang dah berkejar2an kat taman..pengsan awal time tengah shopping kat pasar malam tuh.sabor jekla.. seb baik ada stroller..

trip kuching
antara barang yang dijual di Pasar Malam Satok..
trip kuching
kalau nak beli souvenir macam kain batik, fridge magnet memang murah kat Pasar Malam Satok ni..
pilih jangan tak pilih.. uhuhuhu..
dah penat menjamu mata... berenti makan kat gerai2 makan kat Pasar Malam Satok tu... dapat jugak try mee kolok..akhirnyaa...huhuhu.. lebih kurang cam maggi goreng IndoMee je kot..cuma beza sebab mee kolok ada kuah sup..sedapla jugak.. :p aku kan penggemar maggi goreng..wahahaa..

Habisla kisah di hari kedua kami kat Kuching ni.. :p

ENTRI BERKAITAN TRIP KUCHING:

Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Dari Bangi ke LCCT Air Asia 
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Air Asia & Kereta Sewa Kuching
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Lime Tree Hotel, Kuching
Trip Kuching, Sarawak (Day 1): Kopi O Corner - Taman Sahabat - Topspot Foodcourt
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Sarawak Cultural Village
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Cat Museum (Muzium Kucing)
Trip Kuching, Sarawak (Day 2): Kek Lapis Dayang Salhah + Fort Margherita + Pasar Malam Satok

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum , akk, kek lapis dayang salhah tu kt mana yerp? seberang sg srwk ya?

~SaTo OrEo~ said...

w'salam ano,

kedai kek lapis dayang salhah ni kat area kg.boyan,kg. gersik.. boleh naik sampan dekat ngan hotel kat area waterfront tu je kalau nak pi.. :)

alia said...

Assalamualaikum. Saya bercadang nak jalan2 gi Kuching dgn family minggu depan. Try Malindo Air pulak. Blh bagi no tel kereta sewa (Hanna) tu tak? Terima kasih byk2

~SaTo OrEo~ said...

salam alia,

ni no Hanna: 012-8952003 :)

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...