Klik Klik..

Wednesday, December 26, 2012

Hikmah di Sebalik Musibah..


Allahu Akbar!

Aku baru balik dari kampung.. Sempatla stay 2 malam di sana.. Kisahnya petang Jumaat ma tepon bagitau Tok Ayah (atuk aku) dah tenat.. sebenarnya masa ma tepon tu tok ayah dah seminggu kena warded..heart attack.. kalau ikutkan pada citer Ayah Teh..memang agak kritikal conditionnya.. Jadi kami semua anak2 + cucu2 bergegas balik ke kampung..

Tok Ayah diletakkan di bahagian unit rawatan rapi... kena tengok bergilir2 je..2 orang sekali masuk..sedihnya bila tengok tok ayah terbaring macam tu... berselirat dengan wayar dan bergantung dengan bantuan oksigen.. Tok mek bila nampak aku masuk mengalir air mata dia.. dia kata tok ayah mengadu kat dia tanak dok hospital dah..nak balik kat rumah.. (T_T).. 

Tapi hidup dan mati tu kuasa Allah.. actually 3 saluran jantung tok ayah dah tersumbat teruk...sangat risiko kalau nak wat operation.. injap jantung pon dedua dah pecah..plus, barang yang nak diguna utk operation tu cuma ada satu je kat IJN.. so, aku tataulah apa decision doktor..Alhamdulillah, tok ayah masih mampu bertahan.. sehinggalah kitorang nak balik ke KL semula isnin petang..condition dia macam ok dah sikit..masih boleh nak bercakap n kenal kitorang.. but still kena tunggu apa kata doktor pakar bedah.. sebab sebelum tu doktor pakar bius suggest suruh koma kan aje tok ayah. (T_T).. Skang ni tinggal ma + pakcik makcik aku dok bergilir2 jaga kat spital..

"Ya Allah, Kau berikanlah mereka kekuatan.. Semoga segala urusan dipermudahkan.." 

Sekarang ni musim banjir lak kat Kelantan.. memang sepanjang aku balik kampung hujan tak pernah berhenti.. cuma bersilih ganti lebat atau tidak je..memang air dah naik..sebab tu ma abah suruh kitorang balik kalau tak nanti tersangkut dengan banjir langsung tak leh balik.. Makcik aku kat Pasir Mas (situ memang kawasan banjir teruk).. bitau ma air memang dah naik paras pinggang.. lepas tu bekalan elektrik terputus lak.. so diorang bergelap la dalam banjir tu.. (T_T) Subhanallah..

lain orang lain ujiannya.. Aku balik dari kampung ni memang demam + selsema + batuk.. mungkin sebab terkena hujan kat sana kot.. tapi nak dibandingkan dengan sakit aku yang sedikit ni apalah sangat.. :(

Semoga kami sekeluarga terus diberikan kekuatan oleh Mu Ya Allah.. ampunkan dosa-dosa kami.. aku percaya.. ada hikmah di sebalik musibah.. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..


"Bila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek." 

~ahli hikmah, Ibn Ataillah Askandari ~

No comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...