Klik Klik..

Thursday, January 31, 2013

Dataran Lang.. kami datang!!

Salam.. bersiaran 'live' dari LCCT.. lagi sejam nak naik flight.. huhuh.. takpelah biar menunggu dari ditinggalkan.. :p

kami nak pergi langkawi yeay!! saja nak bawak hazmi n kashaf round2 sana.. last pergi 6 taon lepas kot.. huhuh..

tiket dpt murah beli masa promo dari tahun lepas.. memang aim tarikh time cuti wilayah ni.. :D..

Selamat hari wilayah kepada kengkawan yg bercuti esok!


Wednesday, January 30, 2013

Tiket parking kereta hilang? Jangan panik.. :P


Salam pagi Rabu.. apsal tajuk posting hari ni cam saspen je..huhu.. al-kisahnya.. petang semalam lepas aku balik dari lunch dengan besties aku Hazie n Anis.. Aku menyinggahla kejap ke Jusco Mahkota Cheras. Ada nak beli barang sikit... Dipendekkan cerita... dah seronok mencuci mata dan menyopping sikit, aku pon siap2 la nak balik... Skali bila dah kat depan parking ticket machine tuh.. dushhh tak jumpa pulak tiket parking.. (*_*).. fuh memang menggelabah la kejap.. pergi tengok kat keta memang takde tercicir.. sebab aku memang ingat aku ada masukkan dalam handbag.. tapi selongkar mau sepuluh kali tak jumpa2 jugak.. (T_T).. tak pernah hayat hilangkan tiket parking ni.. Ades..dah terbayang duit bakal melayang dalam rm30-50 neh..huhuh.. rasa macam tak larat pulak nak mencari balik kat dalam Jusco tu.. dahla merata2 pergi..surau la, bahagian pompuan la bahagian kekanak la abeh aku round.. :P

Pastu amek masa bertenang kejap, ternampak la ada kaunter pertanyaan dekat2 situ.. Ada sorang adik pompuan ni.. aku tanya la camne kalau terhilang tiket parking.. (T_T).. dia cakap kalau hilang memang kena bayar gantirugi rm20.. Tapiii.. Tapii....

Wah.. dengar perkataan tapi yang saspen sket ni..huhu.. adik tu pon cakap.. "Tapi kalau kat Jusco Mahkota Cheras ni..kalau akak hilang tiket parking first time cuma bayar rm1 je.. nanti kitorang akan masukkan data dalam sistem.. kena tunjuk ic akak + bagitau details keta apa.. cuma lenkali kalau hilang lagi kena bayar rm20 la.. ni ada kat Jusco Mahkota Cheras je tau... kat jusco lain takde.."

Jusco Mahkota Cheras (sumber gambar: pacik Google)

(*_*) Ya Allah.. bersyukur betul time tu.. rasa cam tak percaya ada option bayar rm1 je.. (T_T) nangis terharu.. rezeki aku la smalam Allah nak bagi.. jadinya, selesaila kes hilang tiket parking semalam.. kus semangat.. kesimpulannya.. jangan panik, silalah rujuk ke kaunter pertanyaan dulu option2 yang ada..huhuh.. :P tapi papehal pon yang penting kena make sure tiket tu disimpan dengan betol okeh..

ok la sampai sini dulu.. nak kemas umah.. nak packing2 barang.. esok kami nak bercuti insha Allah.. semoga urusan perjalanan dipermudahkan..amin.

Jha neh.. (^_^)v.

Tuesday, January 29, 2013

Soalan Treasure Hunt JPA 2013 - Part 2


Sambungan kisah treasure hunt lagi.. :P ni antara soalan car treasure hunt yang kitorang dapat.. Mari kita buat post mortem soalan..perlu diingat jawapan yang kita nak tulis kena make sure eja betul2 dan follow huruf besar ke kecik ikut signboard yang kita jumpa tu..huhuhu.. Soalan 6-10 ni consider cam kategori soalan senang la.. :P (ewah, bajet otai)..

Soalan 6-10 ni kat area Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.. :P dekat sangat ngan area rumah ni.. 

Q06: A man with magic carpet doing IT business here.

ANALISIS SOALAN: 
A man with magic carpet = Aladin. 
IT Business > maknanya ada kaitan ngan perniagaan IT.. 

JAWAPAN: Aladdin Cyber

Jawapan Treasure Hunt: Aladdin Cyber

-----
Q07: Min berada di luar Universiti Kebangsaan Malaysia.


ANALISIS SOALAN: 
Min berada di luar > MIN. 
Universiti Kebangsaan Malaysia, kalau short form > UKM.
So, ambil perkataan MIN + UKM > buat anagram > MUKMIN.

JAWAPAN: CAWANGAN PEMBEKAL MUKMIN

Jawapan Treasure Hunt: Cawangan Pembekal MUKMIN

-----
Q08: Bunyi macam orang Penang panggil kemari di bulan ini.


ANALISIS SOALAN: 
Bunyi > klu soalan. maksudnya cara sebutan sesuatu perkataan. 
Bunyi orang Penang panggil kemari > MAI.
bulan ini > masa buat treasure hunt ni bulan JANUARI > JAN.
So, ambil perkataan MAI + JAN = MAIJAN = MY JAN.

JAWAPAN: KEDAI PAKAIAN FESYEN MY JAN

Jawapan Treasure Hunt: Kedai Pakaian Fesyen MY JAN

-----
Q09: Kehadiran Hana boleh membentuk Cekap Amanah.


ANALISIS SOALAN: 
Kehadiran Hana > HANA 
boleh membentuk Cekap Amanah> bila ada HANA baru boleh jadi CEKAP AMANAH.
So, kita keluarkan perkataan HANA dari CEKAP AMANAH > CEKAP AM.
Buatlah anagram CEKAPAM > CEMPAKA.

JAWAPAN: FOODCOURT CEMPAKA, PKNS BANGI.
(Lupa nak snap gambar time ni..)


-----

Q10: Kalau dari belakang, memang iras Mala.

ANALISIS SOALAN: 
dari belakang > klu soalan, kena baca perkataan dari belakang.
iras Mala, jika diterbalikkan > ALAM SARI.

JAWAPAN: Galeri Hartanah Alam Sari.


Jawapan Treasure Hunt: Galeri Hartanah Alam Sari

Dah habis 6-10 soalan tu.. kitorang bergegas la naik kereta balik ke zon seterusnya.. sepatutnya tengok dari dalam kereta pon takpe signboard2 tu..tapi tak puas hati nak telek2 so better keluar dari kereta carik2 jawapan..huhu.. Soalan Q11-13 ni consider separa senang.kena belek 2,3 kali baru leh dpt jawapan..huk3.. :P

Q11 - Q13, still kat Seksyen 8 Bangi..

Q11: What Makes BETTER.

ANALISIS SOALAN: 
kena cari perkataan BETTER tuh... terjumpala ayat "BIGGER Makes BETTER".
Jadi kena letak la jawapan tersebut > BIGGER. cara tulis jawapan kena betul kalo salah sikit kena tolak markah.. kena letak perkataan @ signboard yang dijumpai baru dapat full marks.

JAWAPAN: BIGGER Makes BETTER @ Brothers Home Appliances Sdn. Bhd.


Jawapan Treasure Hunt: BIGGER Makes BETTER @ Brothers Home Appliances Sdn. Bhd.

-----

Q12: KEINDERAAN.

ANALISIS SOALAN: 
Yang ni cam tricky sket sebab dia bagi perkataan seketul tu jer..so kena pandai2 belek2 kat kamus/thesaurus nak cari perkataan seerti. Bila semak kat kamus:
KEINDERAAN = KAYANGAN. bila dah dapat jawapan jadi senang la.. :P

JAWAPAN: BUTIK Kayangan.


Jawapan Treasure Hunt: BUTIK Kayangan

-----
Q13: Mungkin dia akan menyanyi sebentar lagi.

ANALISIS SOALAN: 
Yang ni pon cam tricky sikit sebab soalan dalam bahasa Melayu.. tapi kalau tak jumpa jawapan dalam bahasa Melayu mungkin kita kena translate ayat2 tuh..huhuh..
menyanyi > translate jadi "sing".
menyanyi sebentar lagi > Soon Sing.

JAWAPAN: Soon Sing Auto Supply.

Jawapan Treasure Hunt: Soon Sing Auto Supply
Habisla soalan kat area Seksyen 8 Bangi.. Nanti bersambung lak soalan2 lain.. :P penat pulak nak menghabiskan post mortem soalan ni..huhuhuh.. 


ENTRI-ENTRI BERKAITAN TREASURE HUNT:






Friday, January 25, 2013

Soalan Treasure Hunt JPA 2013 - Part 1


Ni sambungan dari kisah aku join Treasure Hunt JPA 2013 hari tu.. jom kita tengok soalan-soalan treasure hunt yang kitorang dapat hari tu.. sebelum tu organizer ada bagi tips2 cara nak tackle soalan car treasure hunt ni.. Biasanya jawapan2 ni ada kat signboard / papan tanda kedai deret2 kat tepi jalan.. kena pandai2 la nak kaji camne..huhuh.. 

antara jenis klu soalan: ANAGRAM, DEFINISI, SAMA BUNYI
antara jenis klu soalan: AWALAN, DARI BELAKANG, TERKANDUNG, PENGETAHUAN AM

Ok... setelah kita tengok jenis2 klu soalan tadi.. meh tengok soalan-soalan treasure hunt lak..huhuh.. yang tiga kat bawah ni soalan untuk harta karun.. peserta kena selesaikan soalan pastu cari barang yang dikehendaki sesuai dengan kehendak soalan tu.. masa Treasure Hunt JPA neh kitorang cam ralat sketla sebab point kitorang banyak hilang kat soalan harta karun ni...padahal dah adapat awal sehari kot 2 soalan.. :( rugi besar... markah banyak tu kat sini..huhuh..

soalan harta karun..jeng jeng jeng..apakah dia..

Soalan Pertama:
Harta Ini Untuk Didermakan.
Harap Anda Semua Tidak Merasa Keberatan.
Satu Pek Beras 5kg Itu Lah Yang Saya Mahukan.
Siri Kisah Lagenda Kini Diberi Sebagai Panduan.
Bawakan Jenama Yang Betul Atau Hanya 3 Markah Kami Berikan.

ANALISIS SOALAN: Ok kat sini kita dah tahu harta karun tu BERAS 5KG. Pastu ada hint SIRI KISAH LAGENDA.

KALAU KORANG TEKA: Beras TUAH, Beras LAGENDA, Beras MAHSURI ... TETTTTT.. korang cuma dapat 3 markah je ok.. huhuhu.. kitorang time ni bagi BERAS MAHSURI.. :( tak tepat..

JAWAPAN SEBENAR: Beras SAGA.
ALASAN: Siri Kisah Lagenda --> kalau movie omputih tu cam siri movie TWILIGHT la.. TWILIGHT SAGA..  so jawapannya SAGA.. huhuhuh.. (T_T) soklan ni takde 1 group pon yang betul kalau tak silap..

Beras Saga 5kg inilah jawapannya.. :P


Soalan Kedua:
LAGU PECAH
1000 TERBALIK RASA
KKG

KITORANG JAWAB: GULA KASAR 1KG ... tau tak jawapan kitorang hampir tepat sebenarnya tapi sebab salah bilangan KG jadi jawapan tak diterima... (T_T) ..huwaaaaa.. tak dapat markah kat sini..

JAWAPAN SEBENAR: GULA KASAR 2KG.

ANALISIS SOALAN: Perkataan PECAH dan TERBALIK tu kiranya hint untuk jenis klu soalan.. so kena terbalik2kan huruf.. 

LAGU -> GULA
1000 = Kilo = K, jadinya K + RASA = KRASA -> KASAR
KKG --> K = 1000, jadinya KKG = 1000 + 1000 + Gram = 2KG -> :( kitorang tersilap kat sini..huhuh..

kena bagi gula kasar ni 2KG... (T_T)

Soalan Ketiga:


yang ni dapat masa hari kejadian...soalan ni senangla jadi semua pon leh jawab.. soklan ni jela yang kitorang dapat markah penuh untuk harta karun..huhuh..sedey...

KITORANG JAWAB: Sabun Protex.
(Sebenarnya lain2 jenama pon takpe asalkan bawak yang beli 3 percuma 1.. so dapatlah markah penuh.. ada yang bagi sabun DETTOL.. )

mesti lah sabun anti bacterial dan beli 3 percuma 1..huhuh..

Habis soalan harta karun... nanti bersambung part soalan car treasure hunt lak.. :P
Jha Neh..


ENTRI-ENTRI BERKAITAN TREASURE HUNT:





Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 2013 - Perbanyakkanlah Selawat..

24 Januari 2013 bersamaan 12 RabiulAwal 1434H
kredit gambar: sumber LangitIlahi.com

Seperti mana kita luahkan ucapan cinta kepada orang yang kita kasihi di hadapan mata kita dengan penuh perasaan.. marilah kita sama-sama perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. Bismillah.. 

Artikel pilihan saya pada hari ini semestinya dari LangitIlahi.com


:)

Monday, January 21, 2013

JJCM: Lunch di Red Card Cafe, Bangi (Seksyen 9)


Salam.. tak habis lagi jelajah kedai makan kat Bangi..heheh..actually ni sesi-sesi makan last week.. biasala kalo lepak kat faculty ngan adik2 ni tengahari mulala tak senang duduk nak cari port makan.. biasanya muka kitorang muka wajib kat Ayam Penyet Wong Solo.. tapi last week saja tukar selera la si Mardex suggest pi makan kat satu western food punya cafe.Namanya Red Card Cafe, Seksyen 9 Bangi..dekat area2 Wong Solo Bangi gak.. Kalo tak silap aku ni sebenarnya cawangan dia.. Kedai Red Card yang main brunchnya ada kat Seksyen 3.. kat situ yang famous rasanya.. Lupa lak nak snap gambar depan kedai ni.. tapi ambience dalam kedai ni okla..cuma bau kayu-kayuan perabot dalam ni kuat sangat ler..huhuhu..

Angah - Azila - Nedy
kak Sato :P - Mardex
Antara menu kat Red Cafe, Seksyen 9 Bangi
Mostly western food..tapi Asian Flavors pon ada juga.. :)
Air pelbagai rasa.. yang kaler kuning tuh memang mencengkam rasa dia.. lemon apa tah..huhuh..
Menu Angah - Olio Turkey spicy sket.. :D 
Menu cik Azila - Seafood Marinara .. ok la jugak rasanya..
Menu cik Nedy - Macaroni & Cheese.. sedap!!
Menu Cik Mardex - Creamy Bruschetta.. ok yang ni champion!! :D dah nak abes baru sempat snap gambar..huhuh..
Menu kak Sato - Mexican Style Roasted Chicken + 2 side dishes (mash potato & baked beans) ..so-so je..
So far ok la.. range harga dia pon standard harga western food kat kedai2 lain tapi portionnya banyak..makan berdua pon kenyang lagi... cuma aku rasa yang boleh ditambahbaik dari segi food presentation... amboi tak mudah kau nak presentation lebih..hahaha.. yela.. western food kan biasanya nampak cantik je bila dihias bagai..so nak makan pon makin selera.. :P salah satu attraction untuk pelanggan.. tapi ok je rasanya.. cuma aku lagik suka rasa makanan kat The Grato.. :)

Sesapa yang nak makan kat kedai ni leh la refer kat alamat di bawah:

Red Card Cafe
17 Jalan Medan Pusat Bandar 4A, 
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi , 43650 Selangor


Ada rezeki nanti kita review kedai2 lain pulak kat sekitar Bangi ni.. (^_^)v
Jha neh..

LAIN-LAIN ENTRI BERKAITAN MAKAN-MAKAN DI BANGI:

1. THE GRATO (ITALIAN & WESTERN FOOD)

2. PERANTAU HILL, SG. MERAB BANGI


Thursday, January 17, 2013

The Grato (Italian & Western Food), Bangi


Salam... hari ni nak berkongsi pasal satu tempat makan yang kitorang suka kalau nak makan italian & western food kat Bandar Baru Bangi ni.. nama kedai ni The Grato.. dulu yang kitorang discover kedai ni ada kat seksyen 3, Bangi... rupa2nya ada lagik satu cawangan kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi satu deret ngan Klinik Mediviron..kiranya dia menumpang dalam Restoran Suasana Bangi..  yang kat seksyen 3 kami dah pernah gi makan memang sedapla.. so kebetulan 2 malam lepas bawak Hazmi pergi klinik Mediviron tu..kami pon singgah terus la The Grato Plus ni untuk dinner.. Sedap weh... kalau nak makan western food kat area Bangi ni, silalah mencuba kat sini.. harga pon sangat reasonable.. Pasta dia memang sedap gilerrr... walaupon nampak cam goreng2 biasa kan.. (^_^)v... macik sukooo..

suasana restoran The Grato, Seksyen 7.. time ni belum ramai orang..
The Grato - Italian & Western Food.. walla.. :D
Hazmi seronok dapat kerusi berpusing.. ada kisah disebalik kerusi ni..huhuh..
Kashaf sedang meneliti menu yang sesuai.. :P
nampak tak kaunter batu-batu merah tu.. sangatla unik..huhuh..
antara menu di The Grato.. murah wei murah.. (T_T)
menu Sato - Lamb Chop Black Pepper Sauce with Pasta (rm9.90).. yummy!!
menu asben - Spicy Olio Aglio Pasta Prawn..(rm7.90) meletoppps dia punya pedas..huhuh..

menu Hazmi & Kashaf - Beef Lasagna with Mushroom Sauce (rm11.90) .. sedap jugaaaa.. 
Kesimpulannya memang aku suka la makan kat sini... sangat berbaloi-baloi dengan harganya yang murah.. Tapi rasanya yang kat Seksyen 3 tu main branch dia kot.. ada facebook lagi.. huhuh..


1. The Grato, Seksyen 3, Bangi:
    No.12 Jalan 3/7, Seksyen 3, Bangi Perdana, Bangi
    017-665 6601

** The Grato dah tutup cawangan kat Seksyen 7 ni..so sesapa yang nak pergi kena cari kedai dia kat Seksyen 3 je.. :)

2. The Grato Plus, Seksyen 7, Bangi (cawangan):
    Restoran Suasana Bangi, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

:) nyum nyum...


Lain-lain port makan di Bangi:
- Restoran Perantau Hill, Sg. Merab (ikan bakar dll)
- Red Card, Seksyen 9 Bangi (western food)
- @grills, Seksyen 9 Bangi (western food)

Tuesday, January 15, 2013

Sorotan 2012: Our Trips & Vacations


Sorotan 2012 lagik.. huhuh.. kali ni nak wat summary pasal trip percutian dan jalan-jalan kami sekeluarga sepanjang 2012.. Ok, aku sangat sangat sangat suka travel + pergi vacation.. but in the same time kami cuba masukkan unsur2 percutian bajet.. huhu.. yela rakyat marhaen cam kami ni kena berjimat cermat sket.. tapi tu tak menghalang kita untuk pergi bercuti okeh.huhuh... ada gak yang tanya, senang ke nak handle bawak anak2 kecik pergi bercuti ni.. Pada aku, in sha Allah.. tu bukan salah satu halangan.. cuma kita kena consider banyak faktor lah.. so biasanya aku memang akan kumpul info sebanyak mungkin 2,3 bulan sebelum nak travel jauh at least kita boleh plan dan berharap percutian berjalan dengan lancar.. :)

Cuma angan2 aku untuk bercuti ke obersea belum tercapai lagik... passport pon tak buat lagik..huhuh.. tapi dun worry..ada rezeki tahun 2013 ni in sha Allah kami akan ke Padang, Indonesia.. pergi yang dekat2 dulu sudah..huhuh.. :P.. trip percutian dan jalan2 kami pada 2012 adalah seperti di bawah (ayat tesis ko..hahaha):

1. Jalan-Jalan Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang
(24 Dec 2011)

- ok yang ni sebenarnya hujung tahun 2011.. tapi tak kira masuk gak bawah 2012 sebab dah nak masuk tahun 2012..hahaha.. lagipon ni jalan2 kami satu family adik-beradik n ma abah so sangatlah meninggalkan memori manis.. :)

colmar tropicale
apa yang hepi sangat tu tatau la.. :P ..time ni Mat Yie tak dpt join..
posing famili adalah wajib.. :P ..hazmi baru elok dari chicken pox..

2. Short Trip Strawberry Park Resort, Cameron
(10-11 Feb 2012)

- ok yang Strawberry Park Resort ni kami beli guna voucher Milk a Deal (Living Social) online.. time tu package around rm240 kot.. consider ok la sebab bilik dia baru renovate and sangat cantik plus dapat free breakfast for 2.. :) kalo tak normal price bilik around rm400-rm600 kot.. kebetulan cuti raya Cina..balik dari Kelate nak ke KL, kami ikut jalan Gua Musang-Cameron..so tidolah semalam kat sini.. :)

gambar bilik Strawberry Park Resort, Cameron.. lawaaaa!!
jalan-jalan makan aiskrim strobeli.. :D kecik lagi Kashaf time ni..huk2..

3. Short Trip Palace of Golden Horses, Mines
(10-11 Mac 2012)

- yang ni kami dapat free stay 1 night sebab pi dengar news update pasal Hotel POGH.. ye la kitorang kan ahli kelab Palace Vacation under POGH ni.. so kalo diorang panggil suruh dengar pasal news update tu pergi je la sebab memang akan dapat free stay kat hotel..huhuh.. pergi bulan 3 sebab voucher valid 2 months je.. :P dekat ngan umah jek pon..

bilik hotel ni pon baru renovate gak...modern sket dah design dia..classic..
mandi pool dekat POGH.. :)

4. Short Trip Palace of Golden Horses, Mines
(26-27 Mei 2012)

- eh Palace of Golden Horse lagik.. takde tempat lain ke..huhuh.. actually ni saja kami nak celebrate our 5th anniversary (26 Mei)... takde plan nak gi memana pon..pastu teringat leh kami ada balance 1 hari yang boleh guna untuk stay kat POGH so amat sesuailah untuk kami stay kat sini.. plus hotel ni ada bagi gak voucher free dinner + breakfast for 2.. :D alhamdulillah.. Allah murahkan rezeki untuk kami selebret anniversary tanpa keluarkan ongkos yang lebih.. This time bilik sangat2 besar.. dapat Minister's Suite..huhu.. memang heaven lah... siap ada ruang tamu besar lengkap ngan meja opis..huhu.. kalo nak book guna duit sendiri nan hado la kan..

Minister's Suite kat palace of Golden Horses.. terbaikkkk!!
seperti biasa family pose mesti ada..
Ok Hazmi..comel sangat pose tu... -_- ..huhuh..

5. Short Trip Lost World of Tambun, Perak
(1-2 Jul 2012)

- ok Lost World of Tambun ni memang korang wajib pi cuba..huhuhu.. aku suka sangat tempat ni.. rasa macam nak pergi lagi bawak ma abah sama kalo ada rezeki.. actually yang ni aku beli masa promo kat Matta Fair awal taon lepas.. tapi aku rasa promo ni korang leh dapat kat voucher Groupon/Mydeal online jek skang..huhuh lebih kurang je regenya.. aku beli rm245 kalau tak silap.. dapat 1 night stay + 2 tiket water theme park + 2 tiket night hotspring & spa + breakfast for 2.. yang lain semua best kebabooom kecuali breakfast dia jek mmg paling hampeh.. huhuh.. tapi serious kalau ada peluang masukla yang night spa dia tu..sangat la best n exotic tempatnya.. sesuai ke tak perkataan tu aku tak sure..huhu.. cuma kami check in cam lambat sket so cam rugi x dpt explore semua tempat dia cam mini zoo, pastu ada trail ke air terjun..rugi rugi..kena repeat next time.. :P

posing2 depan pintu Lost World of Tambun..
Hazmi dan Kashaf enjoy mandi pool as usual.. love this pic..
ni kat area hotspring & spa...cantikkkkkkkkkkkk sangat..air dia pon memang 'HOT'..

6. Short Trip Hang Tuah World Heritage, Melaka
(7-8 Jul 2012)

- Trip yang ni sangat best sebab plan ramai2 ngan kawan.. asalnya nak pergi masa bulan April.. alih2 tertangguh-tangguh sampailah ke Julai sebabnya nak mencari tarikh yang semua orang boleh tu agak mencabar juga.. huhuh.. alhamdulillah..sangat happening.. :) next time nak buat lagi..

bilik hotel dia.. yang ni dapat best sebab diorang upgrade ke executive from free.. standard room punya biasa je..

makan seafood di Alai, Melaka.. terbaik!!!

7. Short Trip Besut, Terengganu
(24-25 Ogos 2012)

- jalan-jalan kat Ganu ni sebenarnya masa on the way balik raya dari kelantan..singgah tido kat umah sedara asben kat Besut, Terengganu... Pastu sempat la singgah kat tempat kopok lekor yang sedap giler tak terkata.. huhu.. pastu singgah Masjid Kristal.. ingat nak round2 gak dalam Taman Tamadun Islam Terengganu.. tapi bebudak ni tido lak.. so, kami kensel lah.. in sha Allah ada rezeki next time la plan proper cuti-cuti ganu.. :D

Kopok lekor losong terbaikkkkk!!
Singgah solat Zuhur di Masjid Kristal, Terengganu..

8. Trip Kuching, Sarawak
(24-26 Sep 2012)

- trip kuching ni malas nak explain lebih sebab dah membebel 7-8 post kot sebelum ni.beli masa promo Air Asia so dapat 4 seat return ticket rm175 je..pastu campur rm45 utk baggage.. :D .huhuhu.. leh refer kat posting ni kalau nak tau details..




9. Jalan-Jalan Aquaria KLCC
(3 Nov 2012)

- Kisah jalan-jalan ke Aquaria KLCC ni pon dah citer detail kat posting lepas.Tiket beli masa kat Matta Fair.. dapat rm28 sorang... leh refer kat sini:

REVIEW: JALAN-JALAN KE AQUARIA KLCC


10. Short Trip Gold Coast Morib, Selangor
(16-17 Dec 2012)

-ok yang ni pon malas nak citer lebih sebab dah membebel gak 3-4 posting kat post2 sebelum ni..huhuh.ulang tayang gambar yang sama je..:P. details ada kat sini:


family pose.. :)
water theme park Gold Coast Morib.. best jugak..
Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan perjalanan cuti-cuti kami.. in sha Allah tahun 2013 ni nak travel banyak tempat gak.. :)

JANUARI - Pulau Langkawi
APRIL - Padang, Indonesia
SEPTEMBER - Medan, Indonesia (baru book tiket tadi..huhu)

kat atas ni yang dah berjaya book tiket guna Promo Air Asia.. :) yang kat dalam negara tgklah nanti..ada rezeki lebih kita jalan2 ok.. pastu bulan November dah plan ngan adik2 nak gi Legoland & USS, Spore.. Amin.. harap2 jadik..marilah kita menabung dari sekarang.. :P

Citer pasal bab jalan2 ni memang takkan abeh... huhuhu.. cuti tu cuti jugak.. tesis pon kena pulun sama.. (T_T) .. 

jha neh..

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...