Klik Klik..

Monday, January 14, 2013

Kashaf cirit-birit.. :(

Salam.. Pagi ni aku lepak kat umah jer..takleh nak pi fakulti cam biasala.. Kashaf cirit-birit teruk..still dalam proses pemantauan..huhuh.. tapi dah nampak ok dah hari ni.. just monitor jekla sebab nak bagi dia digest makanan dengan betul.. kisahnya dari Jumaat lepas dia demam pastu muntah2 ngan cirit.. kitorang cam risau gak la sebab tu boleh dikatakan simptom rotavirus gak.. tapi bila gi klinik, doktor saspek food poisoning biasa je kot.. So, just bagi dia ubat macam biasa je la..

Kesian Kashaf...dah susut dah badan dia..dahla sebelum ni kuat makan.. actually Ahad semalam pagi macam dah nak baik..tapi aku silap sebab sepatutnya kena control lagi pemakanan dia..walaupon dia dah macam semangat nak makan.. takleh nak bagi makanan biasa lagi sebab belum betol2 pulih.. siap dia makan nasi arab, nugget goreng, pisang goreng bagai.. (T_T) huhuh.. dia kan kuat makan.. rupa2nya bila aku google.. bila anak2 kena cirit-birit camni..dalam proses pemulihan, ko kena apply menda2 ni:

1. stop kejap susu formula dia atau paling tidak pon cairkan susu.. sebab laktosa dalam susu tu akan mengaktifkan lagi virus cirit tuh..huhuh..

2. kena bagi makanan light2 je cam bubur nasik.. makanan bergoreng kena pantang dulu.. (T_T) huwaa baru perasan dia dah telan nugget ngan pisang goreng.. maafkan ibu nak.. masalahnya bila tak bagi nangis2..

3. bagi je dia minum air banyak2.. doktor kata yang penting kena slalu bagi air garam untuk cepatkan proses pertumbuhan sel2 lapisan usus tu.. 

Malam tadi kami pergi klinik AnNur pulak just nak confirmkan condition dia..sebab kesian cirit non stop.. tapi pada masa yang sama dia still aktif.. ok la..

Doktor check, bunyi perut dia ok..just follow je instruction kat atas tu and continue bagi minum air garam..in sha Allah sepatutnya akan sembuh la.. :)

amin.. 
Cepat sembuh anak ibu.. 

kesian anak ibu.. tetap maintain happy.. huhuh.. 
Happy Monday uols!!

No comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...