Klik Klik..

Friday, January 25, 2013

Soalan Treasure Hunt JPA 2013 - Part 1


Ni sambungan dari kisah aku join Treasure Hunt JPA 2013 hari tu.. jom kita tengok soalan-soalan treasure hunt yang kitorang dapat hari tu.. sebelum tu organizer ada bagi tips2 cara nak tackle soalan car treasure hunt ni.. Biasanya jawapan2 ni ada kat signboard / papan tanda kedai deret2 kat tepi jalan.. kena pandai2 la nak kaji camne..huhuh.. 

antara jenis klu soalan: ANAGRAM, DEFINISI, SAMA BUNYI
antara jenis klu soalan: AWALAN, DARI BELAKANG, TERKANDUNG, PENGETAHUAN AM

Ok... setelah kita tengok jenis2 klu soalan tadi.. meh tengok soalan-soalan treasure hunt lak..huhuh.. yang tiga kat bawah ni soalan untuk harta karun.. peserta kena selesaikan soalan pastu cari barang yang dikehendaki sesuai dengan kehendak soalan tu.. masa Treasure Hunt JPA neh kitorang cam ralat sketla sebab point kitorang banyak hilang kat soalan harta karun ni...padahal dah adapat awal sehari kot 2 soalan.. :( rugi besar... markah banyak tu kat sini..huhuh..

soalan harta karun..jeng jeng jeng..apakah dia..

Soalan Pertama:
Harta Ini Untuk Didermakan.
Harap Anda Semua Tidak Merasa Keberatan.
Satu Pek Beras 5kg Itu Lah Yang Saya Mahukan.
Siri Kisah Lagenda Kini Diberi Sebagai Panduan.
Bawakan Jenama Yang Betul Atau Hanya 3 Markah Kami Berikan.

ANALISIS SOALAN: Ok kat sini kita dah tahu harta karun tu BERAS 5KG. Pastu ada hint SIRI KISAH LAGENDA.

KALAU KORANG TEKA: Beras TUAH, Beras LAGENDA, Beras MAHSURI ... TETTTTT.. korang cuma dapat 3 markah je ok.. huhuhu.. kitorang time ni bagi BERAS MAHSURI.. :( tak tepat..

JAWAPAN SEBENAR: Beras SAGA.
ALASAN: Siri Kisah Lagenda --> kalau movie omputih tu cam siri movie TWILIGHT la.. TWILIGHT SAGA..  so jawapannya SAGA.. huhuhuh.. (T_T) soklan ni takde 1 group pon yang betul kalau tak silap..

Beras Saga 5kg inilah jawapannya.. :P


Soalan Kedua:
LAGU PECAH
1000 TERBALIK RASA
KKG

KITORANG JAWAB: GULA KASAR 1KG ... tau tak jawapan kitorang hampir tepat sebenarnya tapi sebab salah bilangan KG jadi jawapan tak diterima... (T_T) ..huwaaaaa.. tak dapat markah kat sini..

JAWAPAN SEBENAR: GULA KASAR 2KG.

ANALISIS SOALAN: Perkataan PECAH dan TERBALIK tu kiranya hint untuk jenis klu soalan.. so kena terbalik2kan huruf.. 

LAGU -> GULA
1000 = Kilo = K, jadinya K + RASA = KRASA -> KASAR
KKG --> K = 1000, jadinya KKG = 1000 + 1000 + Gram = 2KG -> :( kitorang tersilap kat sini..huhuh..

kena bagi gula kasar ni 2KG... (T_T)

Soalan Ketiga:


yang ni dapat masa hari kejadian...soalan ni senangla jadi semua pon leh jawab.. soklan ni jela yang kitorang dapat markah penuh untuk harta karun..huhuh..sedey...

KITORANG JAWAB: Sabun Protex.
(Sebenarnya lain2 jenama pon takpe asalkan bawak yang beli 3 percuma 1.. so dapatlah markah penuh.. ada yang bagi sabun DETTOL.. )

mesti lah sabun anti bacterial dan beli 3 percuma 1..huhuh..

Habis soalan harta karun... nanti bersambung part soalan car treasure hunt lak.. :P
Jha Neh..


ENTRI-ENTRI BERKAITAN TREASURE HUNT:





No comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...