Klik Klik..

Tuesday, January 29, 2013

Soalan Treasure Hunt JPA 2013 - Part 2


Sambungan kisah treasure hunt lagi.. :P ni antara soalan car treasure hunt yang kitorang dapat.. Mari kita buat post mortem soalan..perlu diingat jawapan yang kita nak tulis kena make sure eja betul2 dan follow huruf besar ke kecik ikut signboard yang kita jumpa tu..huhuhu.. Soalan 6-10 ni consider cam kategori soalan senang la.. :P (ewah, bajet otai)..

Soalan 6-10 ni kat area Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.. :P dekat sangat ngan area rumah ni.. 

Q06: A man with magic carpet doing IT business here.

ANALISIS SOALAN: 
A man with magic carpet = Aladin. 
IT Business > maknanya ada kaitan ngan perniagaan IT.. 

JAWAPAN: Aladdin Cyber

Jawapan Treasure Hunt: Aladdin Cyber

-----
Q07: Min berada di luar Universiti Kebangsaan Malaysia.


ANALISIS SOALAN: 
Min berada di luar > MIN. 
Universiti Kebangsaan Malaysia, kalau short form > UKM.
So, ambil perkataan MIN + UKM > buat anagram > MUKMIN.

JAWAPAN: CAWANGAN PEMBEKAL MUKMIN

Jawapan Treasure Hunt: Cawangan Pembekal MUKMIN

-----
Q08: Bunyi macam orang Penang panggil kemari di bulan ini.


ANALISIS SOALAN: 
Bunyi > klu soalan. maksudnya cara sebutan sesuatu perkataan. 
Bunyi orang Penang panggil kemari > MAI.
bulan ini > masa buat treasure hunt ni bulan JANUARI > JAN.
So, ambil perkataan MAI + JAN = MAIJAN = MY JAN.

JAWAPAN: KEDAI PAKAIAN FESYEN MY JAN

Jawapan Treasure Hunt: Kedai Pakaian Fesyen MY JAN

-----
Q09: Kehadiran Hana boleh membentuk Cekap Amanah.


ANALISIS SOALAN: 
Kehadiran Hana > HANA 
boleh membentuk Cekap Amanah> bila ada HANA baru boleh jadi CEKAP AMANAH.
So, kita keluarkan perkataan HANA dari CEKAP AMANAH > CEKAP AM.
Buatlah anagram CEKAPAM > CEMPAKA.

JAWAPAN: FOODCOURT CEMPAKA, PKNS BANGI.
(Lupa nak snap gambar time ni..)


-----

Q10: Kalau dari belakang, memang iras Mala.

ANALISIS SOALAN: 
dari belakang > klu soalan, kena baca perkataan dari belakang.
iras Mala, jika diterbalikkan > ALAM SARI.

JAWAPAN: Galeri Hartanah Alam Sari.


Jawapan Treasure Hunt: Galeri Hartanah Alam Sari

Dah habis 6-10 soalan tu.. kitorang bergegas la naik kereta balik ke zon seterusnya.. sepatutnya tengok dari dalam kereta pon takpe signboard2 tu..tapi tak puas hati nak telek2 so better keluar dari kereta carik2 jawapan..huhu.. Soalan Q11-13 ni consider separa senang.kena belek 2,3 kali baru leh dpt jawapan..huk3.. :P

Q11 - Q13, still kat Seksyen 8 Bangi..

Q11: What Makes BETTER.

ANALISIS SOALAN: 
kena cari perkataan BETTER tuh... terjumpala ayat "BIGGER Makes BETTER".
Jadi kena letak la jawapan tersebut > BIGGER. cara tulis jawapan kena betul kalo salah sikit kena tolak markah.. kena letak perkataan @ signboard yang dijumpai baru dapat full marks.

JAWAPAN: BIGGER Makes BETTER @ Brothers Home Appliances Sdn. Bhd.


Jawapan Treasure Hunt: BIGGER Makes BETTER @ Brothers Home Appliances Sdn. Bhd.

-----

Q12: KEINDERAAN.

ANALISIS SOALAN: 
Yang ni cam tricky sket sebab dia bagi perkataan seketul tu jer..so kena pandai2 belek2 kat kamus/thesaurus nak cari perkataan seerti. Bila semak kat kamus:
KEINDERAAN = KAYANGAN. bila dah dapat jawapan jadi senang la.. :P

JAWAPAN: BUTIK Kayangan.


Jawapan Treasure Hunt: BUTIK Kayangan

-----
Q13: Mungkin dia akan menyanyi sebentar lagi.

ANALISIS SOALAN: 
Yang ni pon cam tricky sikit sebab soalan dalam bahasa Melayu.. tapi kalau tak jumpa jawapan dalam bahasa Melayu mungkin kita kena translate ayat2 tuh..huhuh..
menyanyi > translate jadi "sing".
menyanyi sebentar lagi > Soon Sing.

JAWAPAN: Soon Sing Auto Supply.

Jawapan Treasure Hunt: Soon Sing Auto Supply
Habisla soalan kat area Seksyen 8 Bangi.. Nanti bersambung lak soalan2 lain.. :P penat pulak nak menghabiskan post mortem soalan ni..huhuhuh.. 


ENTRI-ENTRI BERKAITAN TREASURE HUNT:






No comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...