Klik Klik..

Sunday, January 06, 2013

Sorotan 2012: Ronggeng Sahabat

Hidup kita takkan indah tanpa sahabat kan.. (jiwang tak ayat.. ;P).. Saya sangat menghargai persahabatan.. sebab selain keluarga.. mereka adalah antara muka2 yang selalu saya jumpa.. :) got many sweet memories with friends in 2012.. 

1. SAHABAT IMATEC

Ini sahabat-sahabat tempat saya bekerja dulu sebelum further study.. :) Gambar ni diambil masa diorang buat dinner tema arabian gitu dekat Al-Rawsha, Ampang.. terharu sebab masih dijemput memeriahkan majlis..sebagai tanda kenang-kenangan untuk x-staff yang dah keluar tahun 2011 la.. huhu.. 

IMATEC Arabian Nite - Al Rawsha, Ampang (Mac 2012) 

sahabat imatec
bergambar satu IMATEC sebelum majlis bersurai..
geng ronggeng epsa
bergambar dengan sahabat EPSA.. Mira yang kat tengah tu menang Queen of the Night okeh.. :D
best friend
bergambar dua family dengan sahabat yang saya anggap macam kakak sendiri (Kak As).. :)

2. SAHABAT EPSA

Ini antara best colleagues saya sepanjang saya bekerja di INTAN.. kami satu team bekerja.. the best part is masing2 macam sempoi dan sependapatla boleh dikatakan.. :P ..eventho kerja kadang2 stress tapi dengan mereka ini membuatkan environment kerja itu seronok..ewah.. 

Makan-makan - Bubba Gump, The Curve (Januari 2012)

bubba gump
bab-bab makan serah je kat kitorang.. :p
Celebrate Baby Shower untuk Fatihah - Delicious Cafe, One Utama (Februari 2012)
delicious cafe
berseri muka mak buyung nak dapat baby girl..
baby shower
bergambar sebelum makan.. :D tema pink panther.. 

Makan-makan - The Marche, The Curve (April 2012)

the marche
time ni tak cukup korum berempat sahaja..

Wedding Anak Pn. Rosena (x-boss EPSA) - Dewan Perdana Felda, KL (November 2012)

merak kayangan felda
masih tak cukup korum berempat lagi.. :P

bergambar kenangan sebelum bersurai.. heheh..

3. SAHABAT MALAYSIAN BOWLERS

Ok ini sahabat-sahabat saya sangat rindukan.. berbanding semasa masing-masing belum ada komitmen keluarga 4,5 tahun dahulu.. boleh dikatakan setiap minggu mesti kami akan berjumpa.. tapi sejak dah beranak-pinak ni, boling bukan lagi satu keutamaan.. but still, we try to meet each other at least once a year.. tiba-tiba rindu nak memboling..huhu.. :)

Gathering Bowling - The Mines, Bangi (Jun 2012)

ayah-ayah nak menurunkan ilmu bowling kat anak2.. :D
antara muka-muka AJK MB suatu ketika dulu.. :)

Makan-makan sempena raya - Our Home, Bangi (Sep 2012)

muka-muka wajib MB .. 3 sekeluarga ni je la..huhuh..

4. SAHABAT MASTER STUDENT UKM

Ini sahabat-sahabat baru saya.. :) rata-rata masih muda lagik adalah beza dalam 6,7 taon kot..huhuhu.. sangat sporting adik2 sepermasteran ini.. :) moga ukhuwah berkekalan..

Bergambar kenangan last day exam - FTSM, UKM Bangi (Januari 2012)

our last day exam.. ok saya ngan wawa adalah yang paling tua kat sini.. (T_T)
Jalan-jalan cari Meatball IKEA - IKEA, Damansara (September 2012)
berposing selepas kenyang menyumbat meatball IKEA.. :D

5. SAHABAT UUM

Ini antara sahabat-sahabat yang saya kira sangat-sangat rapat.. sedar tak sedar persahabatan kami dah mencecah hampir 12 tahun.. kenal masa di matriks uum lagi lepas tu sambung sama course untuk degree..pernah jadi housemate juga masa bujang baru2 masuk alam pekerjaan..that's how close we are.. :) walaupon tak selalu berjumpa tapi we can share everything.. alhamdulillah hubby masing2 pon ngam juga.. anak pon sama je masing2 dah ada 2 anak.. hehehe.. love them so much! :) ..start taon lepas la kalau ada masa terluang kitorang plan aktiviti..heheh.. akan dipraktikkan tiap2 taon pasni in sha Allah..

Percutian + Jalan-jalan cari makan (2 hari 1 malam) - Melaka (Julai 2012)
Bergambar kenangan di Masjid Selat Melaka
Makan (besar) seafood di Alai sambil sesi tukar2 hadiah untuk anak2.. :D
Besok tu pusing2 naik Melaka River Cruise

Ronggeng Raya (5 buah rumah) - Putrajaya - Bangi - Kajang - Cheras (September 2012)


Anak-anak kami :D
ibu-ibu (sato - hazie - don - ita - omei)
bapak-bapak (heri - zam - mukhizam - shahril - zul)
menu raya di rumah Hazie
Menu raya di rumah Sato
Menu raya di rumah Don

Piknik Santai :) - Dataran Masjid Putrajaya (Disember 2012)

Acara penutup tahun 2012.. hehehe..

Ini antara memori-memori manis saya bersama rakan-rakan sepanjang tahun lepas.. moga2 tahun 2013 ni akan lebih mengukuhkan lagi persahabatan kami semua.. dengan siapapun.. in sha Allah.. :)


Pesan Al-Qamah (sahabat Rasulullah S.A.W) kepada anaknya:

"Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu."

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

:)


2 comments:

aku along said...

Alhamdulillah. mudah2an persahabatan kita kekal dunia & akhirat.

yea2....ye...sila plan tahun ni nyer agenda. taman saujana hijau jom ;)

~SaTo OrEo~ said...

huhuh.. amin...

jom2 hazie weekend ni breakfast picnic kat Saujana Hijau.. mau ka? :D

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...