Klik Klik..

Thursday, January 17, 2013

The Grato (Italian & Western Food), Bangi


Salam... hari ni nak berkongsi pasal satu tempat makan yang kitorang suka kalau nak makan italian & western food kat Bandar Baru Bangi ni.. nama kedai ni The Grato.. dulu yang kitorang discover kedai ni ada kat seksyen 3, Bangi... rupa2nya ada lagik satu cawangan kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi satu deret ngan Klinik Mediviron..kiranya dia menumpang dalam Restoran Suasana Bangi..  yang kat seksyen 3 kami dah pernah gi makan memang sedapla.. so kebetulan 2 malam lepas bawak Hazmi pergi klinik Mediviron tu..kami pon singgah terus la The Grato Plus ni untuk dinner.. Sedap weh... kalau nak makan western food kat area Bangi ni, silalah mencuba kat sini.. harga pon sangat reasonable.. Pasta dia memang sedap gilerrr... walaupon nampak cam goreng2 biasa kan.. (^_^)v... macik sukooo..

suasana restoran The Grato, Seksyen 7.. time ni belum ramai orang..
The Grato - Italian & Western Food.. walla.. :D
Hazmi seronok dapat kerusi berpusing.. ada kisah disebalik kerusi ni..huhuh..
Kashaf sedang meneliti menu yang sesuai.. :P
nampak tak kaunter batu-batu merah tu.. sangatla unik..huhuh..
antara menu di The Grato.. murah wei murah.. (T_T)
menu Sato - Lamb Chop Black Pepper Sauce with Pasta (rm9.90).. yummy!!
menu asben - Spicy Olio Aglio Pasta Prawn..(rm7.90) meletoppps dia punya pedas..huhuh..

menu Hazmi & Kashaf - Beef Lasagna with Mushroom Sauce (rm11.90) .. sedap jugaaaa.. 
Kesimpulannya memang aku suka la makan kat sini... sangat berbaloi-baloi dengan harganya yang murah.. Tapi rasanya yang kat Seksyen 3 tu main branch dia kot.. ada facebook lagi.. huhuh..


1. The Grato, Seksyen 3, Bangi:
    No.12 Jalan 3/7, Seksyen 3, Bangi Perdana, Bangi
    017-665 6601

** The Grato dah tutup cawangan kat Seksyen 7 ni..so sesapa yang nak pergi kena cari kedai dia kat Seksyen 3 je.. :)

2. The Grato Plus, Seksyen 7, Bangi (cawangan):
    Restoran Suasana Bangi, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

:) nyum nyum...


Lain-lain port makan di Bangi:
- Restoran Perantau Hill, Sg. Merab (ikan bakar dll)
- Red Card, Seksyen 9 Bangi (western food)
- @grills, Seksyen 9 Bangi (western food)

10 comments:

puanseri said...

Rasanya penah bgtau the Grato ni masa ko baru2 pindah bangi. sedap dan murah kan! Tp caw sek7 info br utk sku!

~SaTo OrEo~ said...

hahaha.. yeke seri.. aku tak ingat lak..tapi memang sedap wehhh... murah pulak tu.. :D kitorang slalu pi seksyen 7 je dekat sket..

shima said...

thanks for the info..mmg nk pegi :)

~SaTo OrEo~ said...

shima,

selamat mencuba.. :) skang asek fullhouse je the grato ni sejak masuk JJCM..heheh

anip said...

exact location kat mana ye?

Anonymous said...

GAGAL!!! INDAH KHABAR DARI RUPA!!!

fadli jamaludin said...

Service sangat lambat! Food biasa2 je..

Anonymous said...

Tak sedap langsung.seksyen 7 dah tukar.jadik the grazie somethg.mknan outttt

~SaTo OrEo~ said...

anon,
betullah..saya baru pergi malam tadi.. rupanya The Grato dah takde kat seksyen 7 tu... so walaupon tuan kedai masih kekalkan menu western yg lama tapi rasanya dah tak serupa..

keet said...

maybe chef pun dh bertukar kot..

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...