Klik Klik..

Tuesday, February 26, 2013

Trip Langkawi: [9] Tasik Dayang Bunting (Day 2)


Entri sebelumnya: Island Hoping Pulau Langkawi

Masih lagi dalam edisi Island Hopping.. Lepas tersadai kat Pulau Beras Basah lebih kurang 2 jam, akhirnya bot kami pon sampai so kami dibawa pula ke satu kawasan Pulau Singa Besar ni untuk eagle feeding.. kat sini port burung2 helang mencari makan.. Dulu2 kalau tak silap pemandu bot siap baling2 makanan lagik nak suruh helang tu sambar.. tapi sekarang dah tak boleh dah..aku tak sure kenapa..huhu.. so, kami just stop around 10-15 minit tengok helang2 tu berterbangan di angkasa je..huhuhu.. memang agak kagum juga la moment ni.. :)

bot dah stop enjin bolehla nak duduk camni.. hahaha..
breathtaking view... Subhanallah.. :)
seronok je tengok helang2 tu terbang.. banyak jugak sehh..
masing2 menghayati pemandangan.. huhuhu..
Dah puas tengok helang menyambar ikan.. kami pon teruslah menuju ke destinasi terakhir untuk aktiviti Island Hopping ni..semestinya ke Tasik Dayang Bunting.. :) Kalo korang google mesti berlambak citer pasal dongeng kenapa pulau ni diberi nama Tasik Dayang Bunting.. tengok sajalah gambar kat bawah.. memang ada gaya perempuan mengandung tengah terbaring kan? Kuasa Allah yang menciptakan alam semesta.. :) Time ni pemandu bot memang akan stop kejap bagi kitorang tengok betul2 bentuk bukit yang menyerupai perempuan mengandung tu.. siap dia explain lagi kalau sapa2 yang nak mengandung bolehla try minum air tasik tuh.. wallahu'alam..itu kisah dongengnya.. (",)

dari sebelah kanan gambar kepala > breast > tangan > perut > kaki .. ada gaya kan? (O_o)
dah sampai kat Tasik Dayang Bunting..
orang yang trip ke Tasik Dayang Bunting dulu dah nak balik..huhuhu..
posing dulu.. :D
Pemandu bot bagi kami sejam setengah nak lepak2 mandi2 kat sini.. perjalanan nak ke tasik tu je dah amek masa 10 minit kot nak mendaki bukit bagai..huhuh.. menangis nak mengangkut budak2 ni..si Hazmi boleh nak berdukung lak..seb baik Kashaf excited nak berjalan sendiri..huhuhu..

papan tanda tunjukkan laluan ke Tasik Dayang Bunting..
amboi excitednya budak kecik ni mendaki..
ayah yang kepenatan mendukung abang Hazmi.. kekekeke.. nasibla.. :P
waaa... dah nampak tasik dari atas ni.. boleh tahan tinggi jugak..
kita posing dulu... :D
asben memang hobinya suka baca info2 yang ada kat papan tanda ni.. aku tak nampak dah..dok nampak nak berendam je..wakakaka..
ramai sungguh pengunjung.. :D
Kashaf tengah usha port mandi kanak2..
masa untuk berendam... yuhuuuu..
walaupon cuaca panas terik..tapi airnya sejuk... :D
dah puas berendam.. masa untuk pulang...
cantiknya pemandangan latar belakang tu.. (^_^)v
menghala ke tempat menunggu bot..
lepak duduk sementara tunggu bot sampai..
seperti biasa, family portrait adalah satu kewajipan.. :P
we had fun.. :)
Alhamdulillah.. aku rasa, dengan harga yang diorang caj.. sangat berbaloi2 untuk pengalaman pergi Island Hopping ni.. cantik sangat pemandangan masa round pulau ni... memang satu attraction untuk pelancong yang datang ke Langkawi ni selain target untuk shopping mopping kan.. :) overall memang sangat puas hati.. cuma penat sketla.. pastu sakit2 badan  gak lepas tu sebab banyak sangat terhempas2 atas bot masa merentas ombak tu.. pemandu bot pulak pi bawak laju macam tengah masuk tournament..huhu..sabar jekla..seb baikla tak tercampak kitorang dalam bot tu.. :P

Lepas ni kita jelajah Laman Padi pulak.. :D
Jha neh..~ 

p/s: owh ya... masa kat Eagle Feeding tu elok je kamera abes bateri..pastu asben terlupa nak bawak spare bateri lak.. (T_T) sabor jekla.. seb baik la ada ipong gua.. so semua gambar di Tasik Dayang Bunting ni adalah dari ipong 4s.. (^_^)v that's why i love iphone.. ewah.. iklan apakah ini? :P


Entri seterusnya: Laman Padi Langkawi

6 comments:

Zura Lee said...

hazabedah jgk erk nk smp ke tasik tu.. kne naik tangga bagai...

~SaTo OrEo~ said...

Hahahaa Zura..
tau takpe... dah macam jungle tracking dah.. :P tapi dah alang2 sampai rugila pulak kalau tak berendam kat tasik tu kan.. :D

Ita said...

wah dah making cun pulau dayang bunting..last 5 years aku g x de lg dayang bunting marble tue..aku rs.. x kn kejar kera ke otw ko nk sampai tasik weh?

shahira said...

sis, boleh tak bagi contact utk island hopping ni. nampak menarik & berbaloi, thanks :)

~SaTo OrEo~ said...

shahira,

boleh contact org kat bawah ni ye :)

1) Fadzil Ramli 0136669980
(island hoping)

2) En. Harun 0124078370
(island hoping, mangroove island)

Ragu Priya said...

Hi Fren,
Thanks a lot for the great informations about island hopping... it will really help people like us who planned to go langkawi... :)

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...