Klik Klik..

Wednesday, April 24, 2013

Resepi Cranberry Cheese Layered Cream Crackers


Salam..

nak share resepi dessert yang super gorgeous ni since ada kengkawan yang berminat nak tau gak.. tapi seriyes cakap memang dessert ni sangat sedapppppppp.. tak sepadan dengan resepinya yang simple.. (T_T).. terima kasihla pada owner yang reka cipta resepi ni..huhuh.. 


Bahan-bahan:

- 250g Cream Cheese (aku guna brand Tatura)
- 75gm Butter
- 1/2 cawan gula halus

- 1 pek Cream Cracker (anggaran dalam 30-40 keping)
- 2 cawan susu segar - untuk rendam biskut
- setengah cawan nestum/oat (aku guna 1 paket nestum/oat segera)
- sedikit serbuk koko/milo
- susu pekat atau sos karamel

*kredit to: khairulabdullah.com untuk resepi :)

Cara membuatnya:

1. Masukkan cream cheese, butter, dan gula. Pukul sehingga sebati.

2. Rendam biskut cream cracker tadi dalam susu tapi jangan sampai lembik. Susun biskut tersebut dalam loyang.

lapisan biskut cream crackers..

3. Sapukan rata sebatian cream cheese tadi atas lapisan biskut.tak perlu tebal sangat.

4. Kemudian ambil satu sudu susu pekat buat corak jalur atas lapisan cream cheese tadi. 

5. Taburkan cranberry/kismis ikut suka nak berapa banyak..huhu..

lapisan yang dah disapu dengan cream cheese, susu pekat, dan cranberry...

6. Taburkan  nestum/oat dan serbuk milo sedikit ke atas lapisan tadi.

lapisan yang dah ditabur serbuk nestum/oat dan serbuk milo..

7. Ulang langkah 2-6 sehingga habis bahan2.. :P lagi banyak lapis lagi cantik.. penghabisan tu letaklah cream cheese tu bagi tebal sikit.. (^_^)

dah siap untuk disejukkan dalam fridge..
8. Masukkan dalam peti sejuk.

9. Hidang setelah dessert ni nampak keras..hidang masa sejuk lagi sedap.. yums!!

sedappppp sangat.. makan sambil menangis terharu.. (T_T) ..kekeke..

Selamat mencuba kengkawan.... memang wajib masuk list hidangan di hari raya neh.. hehehe..
Jha neh..

7 comments:

ezham said...

improvise pakai oreo la. Nama mu pung Sato Oreo.

Husna said...

Harus cuba nih! Bdk2 kt rumah 24jam lapar je..kenala stock up the food. Tq lin!

Husna said...

Dh lm rupenye ko blogging..br tau. Tak pernah jumpe pon b4 this hehe...keep writing ok!

~SaTo OrEo~ said...

zam,
first try takleh lawan tokey lagi.. pasni leh cuba la guna biskut lain lak.. hehehe..

husna,
hehehe.. blog suka2 je.. kita pon br tau ko ada blog gak.. heheh leh tukar link la pasni..

Zura Lee said...

zura rasa semlm zura ada komen, nape tkde yerk...

~SaTo OrEo~ said...

hang komen apa zura.. tak dpt lak.. cer taip semula :P

Khairul Abdullah said...

Terima kasih kerana mencuba resepi saya :)

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...