Klik Klik..

Monday, July 01, 2013

Trip Padang-Bukittinggi [5]: Air Terjun Lembah Anai





Seterusnya, kami teruskan perjalanan untuk singgah di Air Terjun Lembah Anai pulak.. kalau refer kat map kat bawah ni jarak antara RM Puncak Kiambang tadi ngan air terjun ni lebih kurang 19km je.. dalam 20 minit dah boleh sampai.. :) port ni memang port wajib persinggahan kalau kita first time jalan2 ke Padang-Bukittinggi..

A - RM Puncak Kiambang
B - Lembah Anai




On the way perjalanan ni memang tak rasa mengantuk pon sebab leka tengok pemandangan sekeliling.. sawah padi di kiri kanan memang sangat layannnn.. hehehe.. yang aku perasan, sini sawah padi ikut suka hati diorang je tak semestinya kalau satu tapak tu hijau semua hijau.. kadang2 kita leh tgk tapak ni baru nak tumbuh, sebelah dah kuning mekar nak masak dah.. 

Sawah padi.. i loiikeee..

Pak Amroe kata sebab tiap2 tapak tu kadang tuannya lain..so masing2 tanam sendiri ikut masa diorang..huhu..

Memang tak lama sangat perjalanannya, kitorang pon sampai ke tempat air terjun ni.. kat sini memang si Kashaf pon membuat tinggalan sejarah pi muntah pulak.. (*_*).. seb baik masa tu dah berhenti sempat keluarkan bagi dia muntah kat luar keta..sabar jeklaa..

Kalau tengok gambar kat bawah ni..kenmain panjang nama air terjun ni..huhu.. Objek Wisata Cagar Alam Lembah Anai Air Mancur.. hah amek ko nak sebut.. :P

Objek Wisata tu maksudnya Tempat Pelancongan.. huhu..

depan pintu masuk air terjun..ramai jugak anak2 muda nak bersuka ria kat sini..

Nak masuk sini kena bayar sket tau.. tiketnya untuk dewasa rp3000 (lebih kurang rm1), anak kecil rp2000 (60 sen), kalau tak silap aku.. so total kami satu family hari tu rp7000 (bersamaan rm2.60 la).. Supir lepak kat luar jek..dia pon dah cemuih kot nak masuk banyak kali..ekeke..

sebok menanyakan rege tiket..

biasa hujung minggu memang ramai anak2 muda nak lepak2 kat sini..

nak tengok air terjun ni dekat sikit kena mendaki tangga.. boleh tahan jugak nak mendakinya tapi takdela tinggi sangat.. cuma kalau ada anak kecik kena monitor la diorang tu..banyak batu-batuan..




Ni lak pandangan dari depan pintu lepas mendaki tangga tuh..huhuh.. tepi jalan jek kan... :D 



Biasala aku neh..satu langkah satu gambar..hahaha.. nampak tak laluan..cam 100meter gak la nk sampai.. :P


Stop lagi posing-posing.. hehehe.. actually kawasan ni tak besar sangat pon.. 


yeah..posing gambar senget lak..


Nampak tak batu-batu besar tuh..memang kena berhati2 nak mencari port bergambar kat sini... adventure gitu... seriau sebab bawak anak kecik je..huhuhu.. Hazmi happy sungguh.. :P


kasi can ayah lak bergambar ngan hero2 dia.. (^_^)



Subhanallah.... memang unik dan cantik betul air terjun ni.. unik pada aku sebab bleh nampak kat tepi jalan je..kalo kat Malaysia kan kita macam kena masuk ke dalam sikit kawasannya.. pastu memang rasa sejuk je kena tempias2 percikan air tuh..

ikut hati memang rasa nak terjun jek..hahahah..




tetiba terbayang scene movie Twilight bila tengok air terjun ni.. pulak.. :P

Cantik je tempat air terjun tu jatuh.. aku rasa lepas2 ni mesti penuh tempat tu bebudak remaja ni mandi..

oppss ..tetiba ada iklan Arsenal lak dalam ni.. :P.. maaf, wa penyokong Liverpool..ihiks..

Ramai dah start turun main kat tepi2 air dah... kitorang tengok dari atas je.. nak turun tu cam mencabar jek aku rasa ngan budak2 kecik ni.. plus, ramai sangat orang..serabut lak nak berebut turun..hihi..

Tak dapatla nak merasa basuh muka ngan air sejuk tuh.. :P




Arghh... bestnya bestnya air terjun... memang rasa nak terjun dalam tu.. :P


Hazmi ni pon dah menerawang otak dia pikir nak mandi kolam kot..hahaha.. sabar ye nak..

amboi ayah tunjuk kuat ler tu angkat anak.. ;P
Meneruskan aktiviti posing-posing2.. :P 



Kalo posing ngan ibu dia posing sopan je..hahaha..



Melepak sini lebih kurang 20minit la..jadi kitorang pon penat bergambar nak beransur turun lak.. jauh lagi perjalanan :P..





Sempat lagi Kashaf dok ber'babai ngan geng2 ayam..hihihi.. 


Bye-bye Air Terjun Lembah Anai.. ada rezeki + dipanjangkan umur mana tau kami sempat mandi lak kat sini lain2 tahun..huhu.. :D

Next pit stop.. nak melawat Rumah Minangkabau lak.. (^_^)

~Jha neh~

6 comments:

ezham said...

tempat makan dgn air terjun. bila daaa nak sampai part shopping! lama tunggu nih. kekekeke

Zura Lee said...

kwsn air terjun dorg tk meriah cm kt msia kn... klu kt sini sibuk nk berkelah segala.....

~SaTo OrEo~ said...

zam,
hahaha..sabor sabor.. takot bila part shopping nanti ko muntah lak tgk kain banyak sgt :P

zura,
huhuhu betol jugak tu..tp aku rasa sebab kawasan air terjun ni tak luas mana nak buat berpiknik.. eh, tapi kalo kita kat sini gigih jugak bawak tikar bagai kan..heheh..

Dr Singa said...

' loket karcis' tu apokobondo maknanya?

Amsyahril Syahril said...


JOM PI PADANG DAN BUKITTINGGI,

PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

Assalamualaikum Tuan/Puan.


Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.

Kalau Tuan/Puan nak melawat ke PADANG dan BUKITTINGGI, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

Wassalam
Contact person :

1. Amsyahril
( Director )

Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

E-Mail : am_holidays@yahoo.com/ kita_holidays@yahoo.com/ kitaholidays@yahoo.com.

Yola Agusti said...

Salam sejahtera..

Perkenakan saya Yola Tour Operator di PT PESONA JEJAK WISATA T&T BUKITTINGGI.
saya ingin menawarkan Pakej pakej Percutian Padang – Bukittinggi dan tempat tempat menarik lainnya di Sumatara Barat atau Indonesia dengan harga yang murah dan menarik.untuk informasi Silahkan hubungi kami di

Whatsapp + 62 823 8847 1349 ( Yola ) + 62 818 0680 3803 ( Subari )
E-mail : Bari.jejakbali@yahoo.com
Telp : 0752 33543
Facebook : Yola Pesona
website : http://baripesona.blogspot.co.id/

Insyaallah kami akan memberikan pelayanan yang terbaik dan memuaskan.

terima kasih

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...