Klik Klik..

Saturday, June 14, 2014

Trip Sabah 2014: [2] Perjalanan dari Airport KK - Kundasang


Sambungan dari post sebelumnya,

Ikut plan, sampai sahaja kat airport KK, kitog plan nak terus ke Kundasang dulu..tidur 1 malam lepas tu baru abeskan lagi 2 malam kat KK.. so lepas dapat kereta kitorang pon gerak menghala ke Kundasang.. Alhamdulillah..cuaca hari tu memang cantik.. faktor penting jugak cuaca ni sebab matlamat nak ke Kundasang tu salah satunya nak tgk view puncak Kinabalu.. :)

Macam biasa untuk tunjuk arah jalan ni kita gunakan apps mobile GPS canggih masa kini, WAZE. huhuhu..tapi sebenarnya kalau ikut signborad pon insyaAllah leh jumpa jalan..

jalan yang tak berapa sibuk.. :)

mercu kubah masjid kat tengah bulatan roundabout..

pemandangan kampung atas air.. subhanallah cantik pulak dengan bangau yang berkeliaran tuh.. (^_^)

kuarters balai polis daerah Kota Kinabalu.. sebenarnya aku igt ni rumah yg masa kitorg dok kecik2 dulu..huhu...rupanya bila confirm balik ngan abah..kuarters tu dah lama dirobohkan dah.. :P

IPD Kota Kinabalu

dah keluar dari bandar KK..
Dah lepas kawasan Tuaran, nanti akan masuk bahagian Tamparuli.. kat sini ada  2 port yg menarik kalo nak singgah.. ada Jambatan Tamparuli dengan Rumah Terbalik.. tapi sebab kami nak kejar masa nak sampai ke Kundasang tu so tempat ni kitorang tak singgah.. :)

nak gi Kundasang ni kena lalu bulatan Tamparuli.. bulatan ni kalau tak silap kita jumpa Rumah Terbalik dulu baru jumpa bulatan ni.. amek exit Ranau..

lalu kat jambatan putih ni..


langit yang cerah cantik... (^_^) alhamdulillah.


ada construction jalan besar2an.. berhabuk jugak lalu kat sini..

masyaAllah..dah mula kelihatan puncak Kinabalu.. (^_^)

pokok yang menghijau... tenang jek tgk..

ini zoom dari dalam kereta.. belum sampai Pekan Nabalu lagik tau.. kitorang kat dalam kereta asek dok melopong jek tgk view cantik camni.. Subhanallah..

:)

masa ni berhenti sat tepi jalan.. rezeki sungguh dapat tgk puncak clear time ni :)

puncak kinabalu..kenangan sungguh time mendaki tahun 2002 masa kat universiti dulu.. :)

   Pendek kata, sebab tu faktor cuaca memainkan peranan penting masa nak ke Kundasang tu... memang leh melopong jek sepanjang perjalanan...tapi bahaya jugak driver takleh nak melopong sangat nnt tak pasal2 sebok tgk view puncak kinabalu kereta terbabas kat lain..sebab tu kalau nak ke Kundasang dinasihatkan pergi awal2 pagi.... supaya kita dapat tgk view puncak yg clear..kalau dapat gerak dari KK antara kol 7.00pg - 10.00pg dah kira cantik dah timing tu...



kita sambung episod seterusnya..

No comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...