Klik Klik..

Monday, July 21, 2014

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers yang Sodapp!!


Alhamdulillah..

semalam adik-adik datang berbuka puasa kat rumah.. so aku try resepi neh first time..seb baik menjadik..huhuhu.. memang sedap rasa dia... (^_^) kudos lah kat tuan punya resepi asal.. resepi ni pon dapat hasil peng'google'an... memang terbaik rasa dia... pasni leh wat sendiri jek eh takyah gi beli kat kedai dah.. :P

mudah dan ringkas jek..makcik sukoooo :D

nih resepi untuk rujukan sendirik/kawan2 di masa hadapan..huk huk..
sumber: blog Amie's Little Kitchen .. TQ :)

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam - pilihan samaada taknak potong atau leh potong 4.

Bahan untuk perapan ayam:

a) 3 biji bawang merah besar
b) 4 biji bawang putih
c) 1 inci halia
d) 1 ketul kiub ayam Knorr
e) 2/3 sudu besar sos lada hitam
f) 2 sudu besar gula pasir
g) 1 1/2 sudu teh garam halus
h) sedikit air untuk mengisar kesemua bahan perapan.
i) mentega untuk sapu luaran ayam

Cara memasak:

1. Campur kesemua bahan untuk perapan ayam dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi di luar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.
4. Sapu sedikit mentega pada keseluruhan ayam dan bakar/panggang. 
5. Bakar selama 1 hingga 1 1/2 jam sehingga ayam masak. (aku masak lebih kurang 1jam 15min suhu 180c).
6. Selepas 1/2 jam pertama, kalau ayam yang dipotong, balikkan ayam dan sapukan dengan minyak dan campuran rempah yang menitis supaya ayam tak terlalu kering.
7. Dah siap boleh makan...meme sedapp... 

Gambar hasil masakan semalam lupa nak snap.. huhuhu.. berdebar punya pasal tatau rasa camne sbb buat time posa... tapi memang tak mengecewakan lah... :D

No comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...