Klik Klik..

Friday, May 15, 2015

Wechat iPick Food Review Campaign: Top 5 Pilihan Sato Tempat Makan Best di Sekitar Bangi (^_^)


Assalam..

Post ni aku buat khas untuk Wechat iPick Food Review Campaign anjuran Nuffnang MY. Wah, tak sangka Wechat ada buat apps lagi yang dipanggil iPick.. tapi setakat aku survey tadi so far apps ni cover food review yang ada kat Hong Kong je..semoga lepas ni buat khas speciall untuk kat Malaysia lak kan.. :D

Since kengkawan aku pon dok panggil aku Duta Makanan Bangi (kah kah kah perasan, sebab selalu bawak diorang pi try makan yang sedap2 kat sini), jadi haruslah peluang ini diambil untuk mempromosikan kedai2 makan yang best kat Bangi ni.. :D

Bangi kalau korang google nak carik tempat makan yang best memang sangat panjanglah list kedai yang boleh dicuba daripada pelbagai jenis menu sama ada western, masakan kampung, chinese style, makanan arab, ala indonesian dan macam2 lagik lah..  carta top 5 ni berdasarkan selera tekak aku lah kan.. mungkin lain orang lain seleranya.. Tapi tak salah kalau nak mencuba.. (^_^)v


Pilihan Pertama: LAMAN GRILL

Restoran Laman Grill ni berkonsepkan Fine Dining. Ownernya adalah Chef Zubir yang terkenal yang merupakan salah sorang juri dalam rancangan Masterchef Malaysia tu.. Ni salah satu restoran cawangan dia. Sesuai sangat kalau datang makan sini nak ala2 romantik celebrate birthday or anniversary ngan pasangan/family gitu.. huhu.. makanan dia memang sodap dan presentationnya apatah lagik kebaboom lah kan ala2 5 star gitu.. :D Price wise pon not bad berbaloi dengan rasa + servis yang disediakan..




Menu wajib cuba: Norwegian Salmon Medallion

Review lanjut: http://sato17.blogspot.com/2015/03/family-birthday-treat-di-laman-grill.html


Pilihan ke-2: HORIZON GARDEN

Suka sangat restoran ni... berkonsepkan fine dining jugak and makanan chinese style... kalau sapa mengidam nak makan soft shell crab bleh gi sini.. (^_^) ..selalu gak jadi port untuk makan2 budak opis + family hehe.. yang best diorang ada sediakan menu dalam bentuk package set.. and harga pon sangat reasonable sebab portion lauk dia banyak jugak..




Menu wajib cuba: Butter Soft Shell Crab, Deep Fried Siakap with Mango

Review lanjut: http://sato17.blogspot.com/2013/06/horizon-garden-bangi-celebrating-6th.html


Pilihan ke-3: PORT

Restoran ni dah pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan dalam awal tahun ni.. Ni antara kedai makan kegemaran kitorang gak time lunch... menunya pelbagai western, ala indonesian, arab, melayu semua ada lah.. huhuh.. so far kalau menu western yang kitorang order memang tak mengecewakan.. sumernya sedap... harganya pulak sangat mampu milik.. (^_^)




Menu wajib cuba: Burger Bakar Bazooka, Spaghetti Olio Aglio, Grilled Chicken



Pilihan ke-4: @GRILLS

Restoran @Grills ni antara favourite kitorang gak kalau nak celebrate birthday.. western food dia boleh tahan sedap... aku suka sangat spagheti carbonara dia paling champion sebab ada telur goyang kat tengah2 spagethi tu.. (^_^)



Menu wajib cuba: Spagheti Carbonara, Tenderloin Steak

Review lanjut: http://sato17.blogspot.com/2013/04/grills-bangi-pilihan-western-food-yang.html


Pilihan ke-5: PERANTAU HILL, SG. MERAB

Restoran Perantau Hill ni slalu jadi port kitorang satu family nak makan bila mana rasa malas nak masak..hahaha.. suka pergi sini sebab best diorang ada tempat makan utk style bersila.. luas gak so bebudak ni selesa la nak main ke berlari sana sini dalam kawasan tu.. lagi satu kat sini leh dapatkan satay willy yang sedap giler la pada aku kalo kat Bangi.. :P and then ikan bakar dia pon fresh gak..cuma lately ni aku rasa diorang dah tukar style bakar ikan sebab dulu jenis kering..skang bakar jenis basah dia nya rempah tu.. huhu..tapi still sedapla... :) ketam masak kari dia memang best giler.. jatuh chenta..huhu..




Review lanjut: http://sato17.blogspot.com/2012/10/restoran-perantau-hill-sg-merab-bangi.html


Ni antara top 5 kedai makan favourite aku kat sekitar Bangi lah.. sebenarnya banyak lagi kedai2 makan yang best..nanti ada tempat2 makan best aku promote sukarela lagik.. :D

selamat mencuba..

~jha neh

Monday, May 11, 2015

Misi Memanjat Bukit Broga


Ni kisah throwback lagi.. huk huk... first time memanjat Bukit Broga hasil hasutan si Don.. heheh.. kitorang naik Broga ni betol2 before kes yang Bukit Broga terbakar tuh... tapi rasanya skang dah ok balik dah kot view kat atas sana..

layankan aje gambo kat bawah ni.. biarlah gambar yang berbicara.. gitu.. :P

otw ke Bukit Broga.. Subhanallah pemandangan waktu pagi ni mmg cantik sangat.. tak fokus nak drive..huk huk..

Nak gi Broga ni lalu kawasan Semenyih.. senang je nak pi tempat dia sebab ada detail papan tanda kat atas jalan.. siap ada parking khas dalam ladang kelapa sawit..huhu.. aku ngan Don sampai dalam 7 lebih..dah banyak keta kot parking.. dah siap ramai pon yang dah turun balik.. huhu mesti diorang aim layan sunrise kat puncak atas tu kot..

semangat semangat.. trek laluan dah ada..tak susah mana pon nak mendaki.. :P

bleh tahan ramai gak datang memanjat Bukit Broga ni.. siap bawak anak2 skali.. bagus sungguh.. 

kawasan ni cam dah nampak dah puncak Broga yang nak dituju tu..huhu..
Seriyes weh dah lama tak bergiat aktif sukan ni rasa cam takde stamina..hahaha leh tahan gigil gak nak panjat Broga padahal trek tak susah mana pon.. cuma bila time hujan la aku rasa tricky sket kalo trek tu licin kan.. patutla ramai je yang dok bawak anak2 kecik panjat skali..hihihi..

puncak Broga dari kejauhan..

posing dulu.. rehat jap semput kot.. hahahah..

view dari atas... time ni belom betol2 puncak lagi.. 

menuju puncak..gemilang cahaya..eh?? :P

benti posing lagik... time ni peluh bercucuran jugak.. (T_T)

Subhanallah.. saujana mata memandang view kat belakang tu..


berdua jek kami time ni.. :D


tenung lama2 gayat jugak.. agagaga..

pit stop paling lama kitorang lepak..kat batu besar ni..hahaha..

time ni dah nak start panas terik...ramai yang dah turun dari puncak..aku ngan Don setakat kat batu besar tu je..cam give up giler nak naik sampai atas sebab cam tegak semacam darjah nak memanjat nye.. hahah..


setelah berehat sekian lama.. turun kembali..kekeke..

Pendek kata, best gakla naik memanjat kat sini.. seriyes pancit untuk aku yang dah lama tak bersenam.. (^_^)v aduss.. mmg rasa gigil betis nak turun balik.. tunggu lagik setahun dua la kalo nak gi panjat balik.. hahah..sabor jekla.. tapi ada member tu suka betol tiap2 minggu kot naik.. terbaik.. :D

jha neh..

Friday, May 08, 2015

JJCM: Lunch Masakan Kampung @ Warung Bunian, Sg. Merab


Assalam..

Throwback pasal makan lagi... ni salah satu port untuk lunch yang kitorang dah pi merasa..sedap sangat masakan dia kampung style.. famous gak kedai makan ni kalo tanya warga Putrajaya/Bangi sure tau..huk2..

Warung Bunian ni kedainya agak ke dalam sketla kawasan kampung area Sg. Merab tu... tapi boleh tahan meriah customer yang datang..parking pon agak mencabar kalau dh penuh sebab kena turun bukit sket.. :)

setiap hari menu yang berbeza kalo tak silap..

hari tu menu utama ketam masak lemak cili padi.. yummy!

ayam goreng..

ikan goreng masak kicap..

sayur goreng campur..

ulam dan sambal belacan..

lauk lunch dia memang dah jual skali set ngan nasi... masa makan hari tu rm15 je sekepala..berbaloi2 ngan rasa dan lauk yang ada kat atas tu... cuma skang tak surelah harga masih menten ke tak lepas ada GST ni.. dah lama gak tak gi makan sini.. tapi kalau sapa nak layan masakan style kampung yang sedap leh pi cuba.. (^_^)v

kalo nak lunch better kena tepon awal untuk booking meja. hehe..

WARUNG BUNIAN, SG. MERAB
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN
DESA PUTRA, SG MERAB 
43000 KAJANG, SELANGOR

0173812246 KAK LANG

jha neh..

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...