Klik Klik..

Friday, May 15, 2015

Wechat iPick Food Review Campaign: Top 5 Pilihan Sato Tempat Makan Best di Sekitar Bangi (^_^)


Assalam..

Post ni aku buat khas untuk Wechat iPick Food Review Campaign anjuran Nuffnang MY. Wah, tak sangka Wechat ada buat apps lagi yang dipanggil iPick.. tapi setakat aku survey tadi so far apps ni cover food review yang ada kat Hong Kong je..semoga lepas ni buat khas speciall untuk kat Malaysia lak kan.. :D

Since kengkawan aku pon dok panggil aku Duta Makanan Bangi (kah kah kah perasan, sebab selalu bawak diorang pi try makan yang sedap2 kat sini), jadi haruslah peluang ini diambil untuk mempromosikan kedai2 makan yang best kat Bangi ni.. :D

Bangi kalau korang google nak carik tempat makan yang best memang sangat panjanglah list kedai yang boleh dicuba daripada pelbagai jenis menu sama ada western, masakan kampung, chinese style, makanan arab, ala indonesian dan macam2 lagik lah..  carta top 5 ni berdasarkan selera tekak aku lah kan.. mungkin lain orang lain seleranya.. Tapi tak salah kalau nak mencuba.. (^_^)v


Pilihan Pertama: LAMAN GRILL

Restoran Laman Grill ni berkonsepkan Fine Dining. Ownernya adalah Chef Zubir yang terkenal yang merupakan salah sorang juri dalam rancangan Masterchef Malaysia tu.. Ni salah satu restoran cawangan dia. Sesuai sangat kalau datang makan sini nak ala2 romantik celebrate birthday or anniversary ngan pasangan/family gitu.. huhu.. makanan dia memang sodap dan presentationnya apatah lagik kebaboom lah kan ala2 5 star gitu.. :D Price wise pon not bad berbaloi dengan rasa + servis yang disediakan..




Menu wajib cuba: Norwegian Salmon Medallion

Review lanjut: http://sato17.blogspot.com/2015/03/family-birthday-treat-di-laman-grill.html


Pilihan ke-2: HORIZON GARDEN

Suka sangat restoran ni... berkonsepkan fine dining jugak and makanan chinese style... kalau sapa mengidam nak makan soft shell crab bleh gi sini.. (^_^) ..selalu gak jadi port untuk makan2 budak opis + family hehe.. yang best diorang ada sediakan menu dalam bentuk package set.. and harga pon sangat reasonable sebab portion lauk dia banyak jugak..




Menu wajib cuba: Butter Soft Shell Crab, Deep Fried Siakap with Mango

Review lanjut: http://sato17.blogspot.com/2013/06/horizon-garden-bangi-celebrating-6th.html


Pilihan ke-3: PORT

Restoran ni dah pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan dalam awal tahun ni.. Ni antara kedai makan kegemaran kitorang gak time lunch... menunya pelbagai western, ala indonesian, arab, melayu semua ada lah.. huhuh.. so far kalau menu western yang kitorang order memang tak mengecewakan.. sumernya sedap... harganya pulak sangat mampu milik.. (^_^)




Menu wajib cuba: Burger Bakar Bazooka, Spaghetti Olio Aglio, Grilled Chicken



Pilihan ke-4: @GRILLS

Restoran @Grills ni antara favourite kitorang gak kalau nak celebrate birthday.. western food dia boleh tahan sedap... aku suka sangat spagheti carbonara dia paling champion sebab ada telur goyang kat tengah2 spagethi tu.. (^_^)



Menu wajib cuba: Spagheti Carbonara, Tenderloin Steak

Review lanjut: http://sato17.blogspot.com/2013/04/grills-bangi-pilihan-western-food-yang.html


Pilihan ke-5: PERANTAU HILL, SG. MERAB

Restoran Perantau Hill ni slalu jadi port kitorang satu family nak makan bila mana rasa malas nak masak..hahaha.. suka pergi sini sebab best diorang ada tempat makan utk style bersila.. luas gak so bebudak ni selesa la nak main ke berlari sana sini dalam kawasan tu.. lagi satu kat sini leh dapatkan satay willy yang sedap giler la pada aku kalo kat Bangi.. :P and then ikan bakar dia pon fresh gak..cuma lately ni aku rasa diorang dah tukar style bakar ikan sebab dulu jenis kering..skang bakar jenis basah dia nya rempah tu.. huhu..tapi still sedapla... :) ketam masak kari dia memang best giler.. jatuh chenta..huhu..




Review lanjut: http://sato17.blogspot.com/2012/10/restoran-perantau-hill-sg-merab-bangi.html


Ni antara top 5 kedai makan favourite aku kat sekitar Bangi lah.. sebenarnya banyak lagi kedai2 makan yang best..nanti ada tempat2 makan best aku promote sukarela lagik.. :D

selamat mencuba..

~jha neh

No comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...