Klik Klik..

Friday, October 09, 2015

Trip Hong Kong: [4] Penginapan di Chi Residences 314 Serviced Apartment


PREVIOUS: Naik Double Decker Bus dari Airport Hong Kong ke Hotel

Bismillah..

Nak review detail hotel pertama yang kami stay masa bercuti kat Hong Kong.. Sebenarnya takde lah nak kata hotel sebab dia lebih kepada apartment service nya style..

Nama dia Chi Residences 314.. apartmen servis under Chi Residences ni ada 3 cawangan gak.. yang Chi Residences 314 ni kat area Jordan memang berdekatan ngan MTR Jordan.. so senang nak ke mana2 naik MTR je kan..

alhamdulillah, aku memang dapat best price deal guna web AirAsiaGo.. berbaloi2... rate bilik ni semalam standardnya tak kurang rm600++.. masa booking guna web AirAsiaGo tu dapat rate rm350++ semalam.. total untuk 2 malam tu aku dapat rm770. berbaloi sangat untuk fasiliti hotel apartment camni.. tepuk pengakap 2x tanda gembira!! :P

ni pintu masuk Chi Residences 314..
Kenapa 314 nombornya sebab yang tu refer pada lot number hotel tu perasan tak kat gambar atas tu dia amek lot 314-316.. hehehe.. Hotel ni yang tak bestnya sebab ada tangga kecik ko nak kena panjat sebelum sampai ke receiptionist counter.. kena panjat 2 tangga pendek pastu baru jumpa lift.. nak ke receiptionist counter kena pi tingkat 2.. agak hazab untuk kitorang yang bawak luggage besar gabak 2,3 beg ni kan..kih kih.. tapi tu jek halangan kecil dia.. lepas ko tengok bilik dia hilang rasa hazab tu.. :P

setelah berpenat lelah panjat tangga..:P

yeay sudah check in..
Jom cekidout bilik apartmen Chi Residences 314 ni.. tapi sedia maklum kena faham ye ruang dia sempit je sebenarnya.. bilik hotel kat hong kong sumer gitu saiznya.. (T_T).. bertabah je la..

ni bilik tidur..cukup2 la letak katil queen kat situ..and ada la ruang cinonet kat kiri kanan. untuk letak luggage.. kitorang solat kat tengah2 laluan menghala ke bilik ni..pendek kata solat depan almari baju tu la..

katil dia empuk gilerrrrrr (^_^)v

Hazmi tak sabar nak merasmikan katil..

wardrobe dia complete set.. 
wardrobe dia memang cukup lengkap.. ada safety box, iron + iron board, laundry bag, payung, penimbang berat..

payung pon disediakan..

yang ni lak ruang kitchenette kat tengah2 laluan dari bilik tidur nak ke ruang tamu..huhu.. 

ruang tamu yang kecik giler tapi cukup lengkap..huhuhuh..

smart kan meja dia boleh slide and letak barang dalam tu... kagum kagum..
sofa kat ruang tamu tu tempat tidur incik suami..kih kih.. mak dan anak2 tidur kat katil empuk.. :P

ada alatan nak bersenam jugak ye jangan memain..kih kih..

kemudahan channel tv yang pelbagai + dvd kalo ko nak layan.. :P free WIFI of course berdesup laju dia..


yang ni champion gak sebab diorang sediakan kemudahan untuk guest guna smartphone FREE sepanjang menginap kat situ.. yang ni kalo nak guna kena pi mintak kat receiptionist counter.. 

awesome weh smartphone free + sim card so ko leh guna data plan dia... berbaloi la kalo nak wat carik info masa kuar jenjalan kan... FREE untuk penggunaan sepanjang menginap je bukan boleh bawak balik tau.. :P adala syarat + penaltinya kalo ko terhilangkan hp ni..huhu..

sebelah ruang tamu tu bilik toilet..

puas hati kepala shower dia besar and air laju gak.. 

toilet takdok paip..sediakanlah botol air sebagai pengganti gayung ye..

ada dapur okeh.. yeay!

Paling champion pasal apartmen ni sebab dia ada kitchenette yang sangat complete.. pinggan mangkuk senduk sudip ngan set pisau, microwave, toaster, dapur letrik semua ada ko takyah risau nak mengangkut dari Malaysia..hehe.. yang penting bawak bahan mentah untuk memasak je.. ni antara reason utama aku pilih hotel ni sebab ada kemudahan untuk aku masak.. (^_^)v


macik teruja melihatnya.. (^_^)v

botol air yang comel gilerr aku hangkut buat kenangan kih kih... air mineral tapisan asli dari gunung katanya..

mini fridge..

set periuk untuk masak..

set cawan, pinggan dan sudu garpu..
Periuk nasi aku bawak dari Malaysia la... tapi yang lain2 dah jimat dah takyah nak bawak segala pinggan mangkuk senduk bagai..hehehe..

hotel apartmen yang best (^_^)v..saya kasi 5 bintang!
Info:

1. Bilik dia ni sebenarnya kecik je..so aku suggest tak lebih 4 orang la untuk stay dalam ni.. sesuaila untuk 2 dewasa + 2 kanak2 kan.. alhamdulillah time kitorang tu dia tak charge pon lebih person.. kalo ikutkan rules dia sesuai untuk maksimum 3 person je sebilik.. ada lagi bilik yang lagik besar tapi lagik mahai la..

:) Alhamdulillah.. puas hati dok kat sini..aku recommend korang dok sini kalo rasa nak masak hardcore buat bekal.. :P make sure dapatkan best price.. 

ok nanti sambung lagik untuk aktiviti hari kedua pulak..
Jha neh ~

1 comment:

Wan Zul said...

Pergghh..memang champion hotel ni..kalau tgk sekarang harganya dekat RM600-700 semalam..waktu kami pergi dulu mampu duduk kat Chungking Mansion je..huhuhu

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...