Klik Klik..

Thursday, October 08, 2015

Trip Hong Kong: [3] Naik Double Decker Bus dari Airport ke Hotel


Bersambung lagi kisah di airport Hong Kong..
Citer pasal naik bas ni.. public transport kat Hong Kong memang mantap.. sangat2 mudah nak dapatkan public transport.. pastu mostly just guna Octopus Card tu je nanti touch dia akan deduct dari nilai kad tu kan..ala-ala kad Touch n Go..

ok dah nampak board bus terminus tu maksudnya kat situla tempat nak naik bas..


Setiap bas ada kod dia sendiri spesifik menghala ke kawasan mana.. malam2 pon still ramai lagik yang pilih untuk naik bas ni.. jangan risau kalo luggage besar sebab ada ruang untuk letak luggage kat tingkat 1 tu..

beratur menunggu giliran nak naik bas..


Since hotel yang kami nak stay tu kat area Jordan, so kitorang kena amek bas A21.. terpampang besar nombor elektronik bas tu kat depan..hehe..

touch Octopus Card dulu siap-siap kat depan pintu bas..
Untuk bas ni, cuma perlu touch sekali je Octopus card masa mula2 masuk bas tu.. masa keluar tak payah touch dah.. tips, sebaiknya guna Octopus card sebab kalo guna cash kena bagi exact amount.. tak silap aku kalau ko bagi duit lebih dia tak pulang balance.. rugi rugi :P ..macam biasa harga tiket kanak2 separuh daripada harga dewasa.

kitorang pilih nak duduk kat seat tingkat atas.. hehe..
Tapi mencabar seyh nak dok kat tingkat atas ni sebab pacik bas tu bawak laju giler tak menyempat-nyempat..nyaris aku nak tersungkur kat tangga sebab dia dah start gerak.. patotnya dalam bas ni sediakan wifi tapi malam tu aku try takde langsung lak..ciss.

awat garu kepala tu incik suami..:P



paparan untuk hentian seterusnya..
Aku rasa bas ni antara bas paling canggih gak aku pernah naik..kekeke.. sebabnya kalo tengok gambar kat atas, info diorang update real time secara digital untuk next stop yang dia akan berhenti.. kalau kat tingkat satu diorang siap letak info lagik untuk hentian tu berdekatan ngan hotel mana.. so senang sikitla ko nak bajet kan..

layan lampu warna warni badar Hong Kong..meriah weh.. 

tengah2 malam kol 10 pon still macet lagik..huhuh..

haa, ni board info yang aku cakap tu..detail kan.. 
Tips:

1. Make sure ko dah ready siap2 tunggu depan tangga bas awal 2 station dari tempat yang ko aim nak berhenti..sebab time kitorang ari tu bas berhenti kejap giler.. kitorang siap terlajak 1 station. terpaksa menapak jauh sket,..

2. Contoh ko nak turun stesen ke 10, make sure lepas stesen 9 tu, bas nak gerak je ko tekan loceng terus. supaya driver alert yang ada penumpang nak turun next station nya.. kalo tak kadang2 dia terus je tak berhenti kat stesen tu kalo takde orang tahan bas.. -_-


Dari airport nak ke hotel kitorang around 40min gak.. tapi tak rasa jauh mana sebab seronok layan pemandangan waktu malam.. :)

kos aku tak ingat lak nnt nak kena check balik ari tu ada catit..huhuh..
pasni nak review pasal hotel apartment yang kitorang stay tu (^_^)..

Till then..
jha neh~


No comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...