Klik Klik..

Thursday, November 19, 2015

JJCM: Lunch di Aroi Thai Boat Noodle, Cyberjaya


Bismillah..

Nak review satu port makan-makan kat area Cyberjaya ni.. sedap gak memang glemer kengkawan selalu dok sebut.. :P ...masuk ni dah kali kedua makan kat sini..hehe..

Aroi Thai Boat Noodle

Unit P1-31 2350,
Shaftbury Square,
Persiaran Multimedia,
Cyberjaya 6, Selangor.


rupanya dah ada 2 branch kedai aroi thai boat noodle ni..

smart je banner dia.. kaunter kedai..

Apa yang menariknya kat Aroi Thai ni.. jom tengok menu..
Menarik konsep makan kat kedai ni..semuanya rm1.90 termasukla air.. pastu ada banyak gak pilihan menu.. walaupon portion nya agak kecik sesuai dengan harganya, tapi bila dah amek 4,5 mangkuk tu kenyang jugak.. ala2 buffet la tp versi mini..hik hik..


antara menu utama yang ada kat Aroi Thai ni.. kebanyaknnya menu ala thai la..tengoklah nama kedai pong.. :P

yang ni lak pilihan air dan dessert..

hehehe gambar kat bawah ni yang kitorang order ari tu... penuh meja baru 2 orang makan tu.. nampak sangat first time makan semua menu pon nak order kih kih..

antara menu pilihan hari tu.. 


tak silap yang ni Thai StyleChicke Fried Rice

yang ni Hat Yai Fried Chicken Wing.. boleh tahan crispy dan spicy gak sket..

yang jernih tu Beef Glass Noodle Soup.. yang lagik satu tu Tom Yam Glass Noodle Soup..dedua pon sedap..

Vegetarian Spicy Spring Roll.. sedap sangat weh huhu..popia jek pon..

dessert terkenal Thailand.. Mango Sticky Rice.. okla cuma aku rasa mangga dia cam kurang manis sket..

air dia yang rare boleh cuba Lemon Grass.. yang popular air Coconut Juice lah..hehehe..

Average order menu untuk sorang dalam 5-7 menu gak :P.. termasuk air... tengok mangkuk rasa macam tak kenyang..tapi bila dah makan bercampur tu insyaAllah memang kenyang..hehe..

sila cuba jangan tak cuba.. 
Jha neh~




Tuesday, November 17, 2015

Trip Hong Kong: [16] Amazing Bird Show di Ocean Park, Hong Kong


PREVIOUS: Whiskers Harbour untuk Anak Kecil di Ocean Park, Hong Kong

Bismillah..
Nak share lagi aktiviti yang korang miss bila masuk dalam Ocean Park ni.. jangan lupa tengok Emperors of The Sky.. memang best tengok gelagat burung2 yang dah dilatih oleh trainer diorang ni.. ada sesetengah burung tu jenis yang rare jugak huk huk.. show ni kebetulan je sebab kitorang sebenarnya target nak balik dah tiba2 terlalu kat bahagian ni pulak tengok timing cantik je diorang baru nak start show.. kalau nak tengok Emperors of The Sky ni kena pergi kat zon Amazing Asian Animals, pastu kena carik Amazing Bird Theatre

masuk-masuk kagum lak terjumpa lagik spesis talking tree tu..hik hik..comey..

memandangkan kitorang antara yang awal gak masuk so dapat cop duduka kat bahagian tengah mengadap stage..sukaaaa.. (^_^)

ni view panorama dalam bird theatre.. tempat duduk dibuat mengelilingi taman buatan kat tengah tu..
boleh tahan mengadap cahaya matahari petang jugak..kih kih.. time ni dah kol 5pm kot..

huhuhu kusyuk semacam jek si Hazmi ngan Kashaf ni..
masa memula tu best sebab tetiba ada group burung ni terbang berirama bersimpang siur kat atas kitorang... kagum tengok camne diorang control pergerakan burung ni..huhuh.. mesti amek masa nak train ni..

show dah start.. comel jek si peacock hitam putih ni keluar kat stage.. :)

macam biasa storyteller bercerita dalam bahasa Mandarin gak le.. layan jela tak paham apa pon.. :P

ni storyteller dia..smart gak pakai kemeja kotak2 lagi..haha..

burung nuri putih dah keluar.. :D

tak paham apa yang si nuri putih ni kena buat.. tapi memang burung2 ni dengar instruction dari trainer tu la..

burung kakak tua in the houseee!! ..cantikkkkk sangat color dia... (^_^)

yang ni burung antu lak.. huhu..besar saiz dia saspen tengok.. :P

kenmain trainer ni menyengih kat burung antu tu.. :P


yang ni tatau burung jenis apa.. :D


dah abes dah show.. tak silap dalam 20minit gak la... pastu diorang bagi penonton pi beramah mesra ngan burung2 kakak tua ni.. burung2 lain dah masuk dalam sangkar.. kih kih..

bebudak ni nak posing pon jauh2 je..hahaha..

comel jek si burung kuning ni tenung kamera gak :P

cubaan Kashaf untuk mengintai burung kakak tua.. :P

dapat posing gini jekla diorang tak bagi pegang burung2 ni.. 

jeling-menjeling nampaknya.. :D


hahaha yang ni kelakar tataula burung ni mengajuk Kashaf posing tunduk ke apa..

kekanak riang hehehe..

Alhamdulillah..rezeki kitorang dapat tengok birds show ni..dapat tengok yang last show nye kol 5pm.. hik hik.. kalau nak tengok ada 4 kali show.. detail macam kat bawah..

Amazing Bird Theatre*
Emperors of The Sky*
Macaw, Eagle Owl and Crane are among the birds that star in this aerial show about conservation.
  • 11:00am
  • 1:30pm
  • 3:30pm
  • 5:00pm


Ok lah.. bersambung lagik episod seterusnya..
Jha Neh~
:)

Monday, November 16, 2015

Trip Hong Kong: [15] Whiskers Harbour untuk Anak Kecil di Ocean Park, Hong Kong


PREVIOUS: Melihat Sekawan Ikan Emas di Ocean Park, Hong Kong

Bismillah..

Bersambung lagi episod kat Ocean Park yang tak berkehabisan ni.. :P .. kali ni nak story pasal salah satu port yang paling best untuk korang yang bawak anak umur around 3-10 tahun ni.. Make sure kena singgah kat zon Whiskers Harbour tau.. sebab banyak gak mainan yang sesuai untuk umur baya diorang..

Lepas habis tengok ikan tu, kitorang memang berkejar nak ke Whiskers Harbour ni sebab salah satu reason nak cari port untuk solat.. Tak sure kalau ada tempat yang khas diorang sediakan untuk pelancong muslim solat kat Ocean Park ni.. tapi bila dah tengok map, aku nampak kat area Whiskers Harbour ni ada cam ada toilet besar gak skali tempat untuk Family Restroom ngan Baby Care room.. so kitorang pon menuju la ke sana..


on the way nak ke Whiskers Harbour.. time ni dah nak masuk pukul 4pm kot..

ada pulak saangkar burung merpati tengah2 jalan tu..

lalu sambil jeling2 jela burung2 tu.. :P

haa ni dia pintu masuk zon Whiskers Harbour..

welcome to Whiskers Harbour!
terjumpa pulak rusa jinak tengah sebok baca buku.. singgah tegur jap.. hik hik..

dah nampak signboard nak pi Baby Care room tu.. eh eh nampak tak ada pokok besar kat sebelah  tu?
Ada banyak attraction dengan games dalam zon Whiskers Harbour ni. Antara yang sempat kitorang pi jenguk:


1. The Talking Tree

Attraction pertama kitorang jumpa dalam ni..heheh.. jadik port berposing la... :P

comel sangat pokok ni..siap boleh bersuara.. pastu ada burung hantu keluar masuk kat tingkap atas pokok tu.. :D

besar kot pokok ni..huhuh.. nampak tak burung antu dah keluar kat atas tu.. :D

2. Whiskers Theatre

Activities:

Theatre Show ( Sea Lion FunTime Show, Ocean Heroes)

haa..dah sampai dah.. ni Whiskers Theatre..ada show kot dalam ni kitorang tak masuk pon.. aku dok aim nak pi solat kat tempat sebelah tu..huhu..

tu dia sygnase nak ke nursing room..

kat bilik hujung ni la aku wat tempat solat.. saspen jugak nak solat kat sini.. alhamdulillah ada ruang yang selesa la untuk solat..tempat pon bersih..tapi better kalau ko ada bawak mini sejadah atau pun kain bersih untuk bentangkan.. 
kat sini memang ada cleaner yang aku rasa setiap 10min pon dia monitor tempat tu kot.. ada sinki dalam tu so jangan risau mudah je nak amek wudhu.. toilet pon tak jauh sangat.. yang penting kena bawak botol air sebab diorang memang takde paip air untuk toilet.. melainkan kat sinki jek..


ada meja kerusi gak kat area ni so asben tunggu kat sini ngan bebudak sementara nak tunggu giliran solat..


sementara asben pi solat..aku bawak bebudak ni pi main game.. naik train Toto the Loco.. :P

3. Toto The Loco

Rides' Requirement:

Height: 91cm (36")
Weight: N/A
Age: 1 or above
Remarks:
Below 91cm (36") must be accompanied by an adult

comel jek train dia.. yang best mak bapak pon leh naik sama..hihihi..akak sukooo..

Kashaf muka bosan queue..kih kih.. ngantok pon ada tu.. :P

yeay..dah sampai turn kami! :D tak lama pon beratur.. mujur queue tak panjang..

ok bersedia mengambil tempat.. satu gerabak muat untuk 4 seat.. :D

train dah start..choo choo...:D


bermonopod jap kita.. :D

kenmain excited si Hazmi ni..huhuh..

comel jek pakcik ni layan biola..kih kih... :)

peace sikit.. hehehe.. incik suami dah siap solat sempat snap gambar kitorang.. :P


ok dah selesai naik train.. sekejap jek sebab train ni wat sekali round jek.. :P

kitorang teruskan perjalanan.. wah wah tetiba nampak Merry Go Round la... (^_^)v.. yeay!

4. Merry Go Round

Rides' Requirement:

Height: 107cm (42")
Weight: Below 77kg (170lb)
Age: N/A
Remarks:
Below 107cm (42") must be accompanied with a standing adult who has attained the age of 15 and is of 107cm or above in height; Child aged below 1 must be accompanied by an adult and sit on the chariot

tak ramai orang queue lak tu..apa lagik kita serang la..huhu..

sampai2 jek terus diorang open gate ..teruja!!! :D

kenmain gagah perkasa kuda ni.. :P

jom jom pilih kuda tunggangan pilihan..huk huk..

ayah muka pasrah jadi bodyguard je hihi..

Hazmi muka rilek je.. hehe oklah dulu2 dia tak berani nak naik menda alah ni..

Kashaf muka ada gentar sikit.. :P

hahaha kenmain asben gelak.. apsal dia gelak eh?

gelak tengok bini sebok nak naik sama..kah kah.. amacam ada gaya tak? :P

kat sini tak sure ada aktiviti apa.. tak sempat nak jenguk..

5. Balloons Up-Up and Away

Rides' Requirement:

Height: 91cm (36")
Weight: N/A
Age: 1 or above
Remarks:
Below 91cm (36") must be accompanied by a person who has attained the age of 15 and is of 91cm or above in height

mini ferris wheel pon ada.. tapi sebab sebelum tu kitorang dah naik Ferris Wheel yang besar so tak naik dah yang ni..


6. Frog Hopper

Attraction ni best gak.. ala2 solero shot game kat Genting..kekekee..serius gayat kalo naik yang tu.. tapi hat versi mini ni takde apa kot.. Orang dewasa boleh je naik.. tapi aku tak naikla yang ni sebab macam jadi tontonan ramai lak.. game ni memang mengadap playground yang penuh ngan orang..hahaha..

Rides' Requirement:

Height: 91cm (36")
Weight: N/A
Age: N/A
Remarks: N/A

hehehe... beratur nak naik Frog Hopper..

hehhehe.. ok semua, uncle nak pasang besi keselamatan..angkat tangan! :P

muka saspen dah masing2.. (^_^)

hahaha tataula gelak cuak ke gelak sebab tak heran tu.. :P

banyak kali gak frog hopper ni naik turun... :D muka sengih je Kashaf tu tak gayat la tu..hihi..

7. Whiskers Harbour Playground

dah abes Frog Hopper sambung main kat playground lak.. masak la nak menunggu..huhu..

amboi Kashaf dah dapat kawan amoi..

giliran Hazmi beraksi.. :P
meriah playground ni.. semua cam tanak balik dah..huhu..




8. Clown A Round

Rides' Requirement:

Height: Below 152.5cm (60")
Weight: N/A
Age: 2 to 11
Remarks:
Below 91cm (36") must be accompanied by an adult upon entering the queuing area

beratur nak naik aeroplane lak.. :D

queue tak berapa panjang.. okla..hehehe..

yeay..dah dapat naik.. yang ni bebudak je bleh naik tau.. :P



hehehe.. dah start berpusing.. seronok tengok anak2 enjoy.. :)

tak berapa tinggi sangat terbang pon..kih kih.. :P

hat ni game berbayar kena masukkan coin.. tengok jela.. :P


dah abes cover area Whiskers Harbour.. :)
Huhu pendek kata memang seronokla kalau anak2 kecik masuk kat kawasan ni.. tapi make sure korang masuk petang la sebab kalau masuk dari pagi mau tak bergerak gi tempat lain.. :P

Ada lagik 2,3 post je nak citer pasal Ocean Park ni.. bersambung di lain masa..
Jha neh~

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...