Klik Klik..

Thursday, December 03, 2015

Trip Hong Kong: [17] The Grand Aquarium yang Awesome di Ocean Park, Hong Kong


PREVIOUS: Amazing Bird Show di Ocean Park, Hong Kong

Bismillah..
Sambungan siri Ocean Park lagi..

kali ni nak stori-mori pasal The Grand Aquarium dia lak.. seriyes memang grand lah huk huk..besar yang berkali-kali ganda nak compare ngan Aquaria KLCC kan.. 

The Grand Aquarium ni ada kat zon Aqua City. Zon yang paling dekat dengan entrance/exit Ocean Park. 

sempat bergambar ngan mascot dulu.. hehe..
comel jek mascot si ikan jerung ni..

kitorang kalau lalu kat bawah line cable car nih mesti nak tengok je cable car lalu..best sangat view dia..huk huk..

mesti seronok orang yang kat dalam cable car tu layan view petang..alhamdulillah cuaca pon elok sangat hari tu..

ada air pancut kat tengaj2 tasik..diorang panggil attraction ni Aqua City Lagoon..
kalau stay sampai 7 atau 8 malam... tak silap diorang buat light show kat area air pancut ni... best jugakla kalo ikut baca blog orang lain..tapi kitorang tak stay sampai malam sebab berkejar nak balik before 5.30pm..

haa..jalan-jalan akhirnya dah nampak bangunan The Grand Aquarium ni..

susunan tentatif agak cantik, tak ramai crowd beratur nak masuk The Grand Aquarium ni.. hehe..alhamdulillah..

naik escalator berbumbung..entrance dia kat tingkat atas..

dari escalator ni leh nampak view Aqua City Lagoon..

comel jek hiasan taman bentuk cengkerang siput berwarna-warni..

ok dah sampai entrance dia..semangat si Hazmi ngan Kashaf tu..masih bertenaga walaupon seharian berjalan dalam Ocean Park.. :P
kat tepi-tepi dinding ada built in aquarium dipenuhi ikan dan terumbu2 kecik.. :)

kat tengah-tengah ada kolam buatan..ada ikan berenang-renang gak dalam ni..tinggi gak rasanya kos penyelenggaraan dia ni nak handle air bertan-tan huk huk..

bergambar di batu berukiran hidupan laut.. :)

tengok apa tu Kashaf? hehe..

cantik sangat ikan2 dalam akuarium ni..jernih je air dia.

jom teruskan perjalanan lagik..masuk ke kawasan berkonsepkan gua..


dah sampai kat giant aquarium... gelap gak kawasan dalam ni.. tapi tenang sangat perasaan di kelilingi air.. (^_^)v

sempat berjoget lak budak-budak ni..hihi..

hiasan bergambar di tepi dinding.. nampak cam hidup je huhu..

kuda laut uols... first time tengok depan mata.. 
yang ni lak tatau ikan jenis apa..macam anak-anak todak je gayanya..huhu..

seronok member ni dok merakam ikan-ikan berenang depan mata..

haaa bulatan gelung penuh ikan ni ada gak kat Aquaria KLCC..hik hik...

Subhanallah..banyaknya ikan.. macam tin sardin gergasi.. :P

ok kawasan ni best sangat...ikan dok berenang-renang atas kepala... huhu ikan jerung mini pon ada okeh..

zoom in sket..

bestnya kalau ada bilik tidur bersiling kan pemandangan cam ni..hik hik..mulalah berangan..

Kashaf excited tengok ikan ada kat atas kepala..huhuh..

ni view bentuk tingkap lak.. terasa macam dok dalam kapal selam.. :D

tengoklah tu segala jenis ikan dalam satu tempat.. (T_T) leka sangat dok melayan pemandangan kat sini..

ok dah tamat lawatan ke The Grand Aquarium..

Alhamdulillah.. puas hati masuk dalam The Grand Aquarium ni..satu family pon suka..hehe..antara port wajib masuk dalam Ocean Park okeh..:D

sehingga bersambung di lain masa..
Jha neh~


No comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...