Klik Klik..

Sunday, January 24, 2016

Trip Hong Kong: [25] Makan Dimsum Halal di Islamic Centre Canteen, Masjid Ammar Hong Kong


Bismillah..

Bila dah ke Hong Kong ni orang kata tak sah kalau tak pergi cuba makan dim sum halal yang memang sedap sangat katanya kat Islamic Centre Canteen. Kedai makan ni satu bangunan dengan Masjid Ammar. So, kitorang pon bergegas la ke sana. ada banyak cara nak ke sana kalau dari Peak Tram Lower Terminus ni.. kalau nak naik MTR balik pon boleh. tapi sebab kitorang dah bawak budak2 + mak buyung ni cam tak larat nak menapak.. so bila google, jumpa cara yang agak mudah takyah nak jalan kaki sangat.. pergi naik bas.. huhu..

Dari Peak Tram Lower Terminus tu, kitorang pi kat bas stand yang terdekat kat area St John's Cathedral, Garden Road.

muka penat masing2 di tengahari ni..huhu..

haa ni laluan bas.. kalau nak pergi Masjid Ammar tu kena stop kat hentian Tonnochy Road, Hennessy Road. Caj tiket dalam HKD4.10 untuk dewasa.

Ok bas dah sampai.. naik bas no.23 ni..

sila ambil tempat masing-masing..

Ok dah sampai kat hentian Tonnochy Road..

bila kat sini kitorang cam konpius sket..tak sure nak kena cross jalan ke tak... tanya kat acik jual suratkhabar baju biru belakang org baju purple ni sombong giler.. -_- marah2 lak..mungkin dia stress kot sbb tatau bahasa inggeris..huk huk...sabar jekla..

Actually betul dah.. kena cross jalan..nanti lalu kat sebelah court basketball belah kanan tu..

jalan terus sampai jumpa tangga nak naik ke atas tu..

bila dah naik tangga nanti akan nampak kedai 7 Eleven kat seberang jalan.. ha, betul dah tu laluan ko, kena cross ke jalan seberang.. bangunan Masjid Ammar ada kat deret belakang 7 Eleven tu..

muka masing-masing dah lapar..hehehe..

terus sampai nampak ada kubah bulan sabit tu..:) 

Alhamdulillah.. sampai akhirnya, syukur tak sesat.. :D 

Kagum sebab nama dia memang letak Masjid bukan Mosque.. hehe..

Waktu operasi Masjid Ammar ni... 30 min sebelum subuh sampailah kol 10 malam.

antara wallpaper kat dinding bangunan Masjid Ammar ni..

Subhanallah..hiasan batu marmar berlatar belakangkan pemandangan di Mekah ni cantik sangat... (^_^)

posing jap.. :D

Jom kita pi carik Islamic Centre Canteen tu..ada kat level 5.. heheh.. tapi lif dia ni ada 1 je..lambat la sket..nak cepat kena naik tangga :D

taraaa... tempat yang dicari dah dijumpai.. :D

agak full house jugak maybe sebab dah tengahari kot..mujur memang ada 1 meja bulat besar yang kosong untuk kitorang..hehe.. ada beberapa group pelancong Malaysia yang lain gak time ni..

Kashaf yang ketiduran sudah bangun bila tau nak makan..hihi..

suasana dalam Islamic Centre Canteen ni..besar gak ada banyak meja2 bulat..

jangan buang masa.. jom tengok menu.. :D

ni menu pilihan untuk dim sum..dijamin halal.. tapi biasanya kena pi order sendiri tunjuk dim sum yang kita nak tu kat kaunter..sebab kadang ada dim sum yang takde lagi time tu..

lagi pilihan menu dim sum..adoi menggiurkan sungguh..


ni lak pilihan menu untuk nasi goreng.. set nasi ni banyak tau boleh share makan 2 orang..

pilihan menu untuk lauk beef & mutton..tengok gambar rasa nak order semua haha..



pilihan menu chicken & duck.. kawan aku yang dah pernah pi suggest suruh try Crispy Deep Fried Chicken in Chinese Style

lagi pilihan lauk yang ada..

ok air dah sampai.. bebudak ni order Milo lak kat Hong Kong ni.. mujur ada air coklat haha..

dia nye waitress ni cam tak mesra alam sket.. kenmaim mencuka muka..huhu.. penat kerja kot.. :P meja ni diorang lapik plastik.. senang..bila dah abeh makan bungkus plastik tu je takyah nak susah2 lap kalo kotor..huhuh bijak gak kan..

ok dim sum yang diorder dah sampai.. (^_^) yummy!

Steamed Chicken with Black Fungus.. sedap weh..makan ngan nasi memang sedap ni..

Order pau untuk anak2..ada inti kaya + kacang merah..

ini Dim Sum Chicken tak silap aku.. yang ni biasa jumpa kat Malaysia.. :P

Steamed Seaweed Rolls with Seafood.. sedap (T_T) tak cukup satu set ni..

Deep Fried Dumplings with Chicken.. sedap gak.. :D

Fried Rice with Seafood (HKD35).. sedap gak standard nasi goreng cina la hehe..

Fried Rice with Minced Beef (HKD 31)

Deep Fried Mutton with Cumin Powder (HKD50)..sedap weh tapi pedas sket la..

Deep Fried Crispy Chicken in Chinese Style - Half set (HKD100).. yang ni memang sedap rangup jek kulit dia tapi aku rasa cam tawar sket la..tapi memang dia ada bagi kicap suruh cicah..

Noodle with Braised Beef in Soup (HKD36).. tak sedap sangatla pada aku sebab mee dia cam kembang sangat..

tu dia penuh meja.. konsep sharing is caring hahaha..

yang ni la port tempat ko nak order dim sum..main tunjuk2 je la hehe..

tu dia resit.. total damage untuk 2 family (HKD363)..around rm170 la untuk 2 familyt.. not bad gak..puas hati makan kenyang hehe..

pesanan penaja.. dah kenyang makan harus lah pergi solat.. singgah untuk solat jamak qasar zuhur-asar :) ..alhamdulillah dewan solat selesa.. tapi bilik air perempuan time kitorang pergi tu tengah renovate..so kena pi tingkat lain nak amek wuduk..

stay sini dalam sampai kol 3pm gak..

okeh, next destination.. jom naik MTR balik.hehe..

Korang wajib pi cuba tau pi makan kat Islamic Centre Canteen ni..memang sedap dan berbaloi-baloi.. kalu tak sebab nak pergi berjalan lagik memang aku dah beli tapau dah huhuhu..adus sambil taip sambil terbayang dim sum dia yang sedap tu.. arghh..

Ok bersambung lagik next post..
Jha neh~ :D

Sunday, January 17, 2016

Trip Hong Kong: [24] Shopping Souvenirs di Peak Market & Peak Galleria


Bismillah..

Pemandangan kat Sky Terrace pon dah tengok.. ada lagi satu dua port korang leh spend time kat bangunan The Peak ni.. jom cekidout.. :D

kat setiap level bangunan ni diorang tampal banyak wallpaper untuk dijadikan port bergambar.. lain2 lak tu gambarnya hehe..
Kalau ada banyak masa, jangan lupa drop by Peak Galleria.. kawasan ni ada kat luar bangunan The Peak ni... pintu exitnya ada kat Level 1..

laluan nak exit ke Peak Galleria..

taraaaa.. kitorang dah ada kat luar bangunan The Peak Tower ni..

meriah gak kat luar ni... ada port nak bersantai2..

kat belakang asben yang kaler hijau tu replika peak tram untuk port bergambar..

berehat jap mini piknik.. :P makan sandwich + air nescafe latte panas time2 lapar ni memang nikmat dunia..huhuhu..

haus sangat ye Kashaf..

Hong Kong Board Visitor Centre.. 

seronok bebudak ni jumpa train.. diorang panggil Percy (watak dalam Thomas n Friends) sebab kaler hijau..hihihi..

ibu nak bergambar gak.. woot woot.. posing ala keretapi :P



berlari riang bebudak ni nampak kawasan lapang..

tak jauh dari kawasan lapang ni kena cross jalan kecik ada bangunan klasik nampak cantik..haruslah berposing di sana..


jom lah kita pulang wahai anak.. :D
Sebelum balik harus singgah Peak Market dulu..seksyen ni memang penuh dengan kedai-kedai jual souvenir... orang kata harga souvenir kat sini pon boleh tahan murah... kat Level 1 gak..

macam-macam ada.. tapi mostly kat sini fix price takleh nak nego harga sangat la..



Fridge Magnet.. 100HKD boleh dapat 5-7 keping tengok jenis design..

yang ni gojes sangat kalo nak buat souvenir.. alat sangkut handbag kat meja tu.. tapi aku tak beli kat sini.. :)

lagik pilihan fridge magnet hong kong.. 

rehat jap penat soping.. :P

ok dah selesai.. masa untuk cekidout.. tunggu tram nak turun balik..:)

bye-bye Peak Tram.. sehingga berjumpa lagi..
nak gi lunch + makan dimsum lak pasni kat Islamic Centre Canteen - Masjid Ammar.. 
nanti cerita kat next post ye,,

Jha neh~
(^_^)



Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...