Klik Klik..

Tuesday, January 05, 2016

Trip Hong Kong: [21] Pengalaman Naik Peak Tram di Hong Kong


Bismillah..

Bersambung lagi.. hari ketiga di Hong Kong.. tentatif agak pack untuk hari ketiga ni.. kami aim pergi The Peak dulu pagi2 ni.. pergi awal supaya tak berebut dengan ramai orang nak beratur naik peak tram tu.. :) kali ni meriah sebab dah cukup korum 2 family..family aku n family Don.. suka la bebudak ni kengkawan ada..

tiga sekawan.. 8.45 pagi dah bersiap berkumpul depan lobi hotel Shamrock.. :)

kat area lobi ni diorang ada letak info tempat2 menarik di Hong Kong dalam bentuk mini card.. comel kan..apa lagi kitorang pon amekla buat kolekso.. :D

masing-masing pakai sweater pagi2 ni sebab suhu agak dingin cam aircond sketla..

kol 9 pagi dah gerak.. jalan baper langkah dah sampai kat Jordan Station ni.. :) berbaloi2 dok dekat Hotel Shamrock hehe..

Nak ke Peak Tram ni kena berhenti kat stesen MTR Central. so kalau dari MTR Jordan cuma 3 stesen je.. :) dalam 8 minit dah sampai.. best jek.. guna je Octopus Card tu so takyah risau bab rege tiket camne nanti dia deduct siap2.. rege tiket dalam (Adult - 9.40 HKD, Child 4.7 HKD).


kat dalam stesen MTR ni memang meriah busy sangat dengan orang nak pergi keje nya.. tapi jangan risau signboard memang lengkap dan mudah nak faham.. 

bila dah sampai kat MTR Central.. carik Exit J untuk menghala ke Peak Tram.. 

nampak tak ada lagi signboard...signboard diorang ni memang efisyen..hehe... boleh nampak kat Exit J tu nak menghala ke Lower Peak Tram Terminus..

keluar dari stesen nampak bangunan mencakar langit yang cantik ni.. zoom la snap apa lagi.. :D tak silap bangunan ni Bank of China nama dia..

keluar dari Exit J ni ada cam kawasan garden... kitorang berhenti lepak kejap.. :D

anak2 sibuk dok peace ngan melambai orang2 HK lalu lalang nak pi keje..


4 sekawan.. :)

tekun mendengar amanat dari jurupandu perjalanan.. :P haha..

cantik terjaga elok taman ni..ada bunga2 lagik.. :D

ada sekumpulan beryoga di kawasan lapang ni.. :D amalan hidup yang sihat!

ok marilah kita teruskan perjalanan... 
dari Exit J nak ke Peak Tram nya stesen ni jalan kaki je...kalo ikut google katanya 15 minit dah sampai.. kitorang ikut Google Maps je ari tu..huhu..

tak puas tangkap gambar bangunan kat Hong Kong ni.. tinggi mencakar langit dan nampak cantik..


lalu kawasan depan bangunan Bank of China ni tadi..

ni lagik satu design building yang agak rare.. :D suker suker..

jalan lagik.. jumpa traffic light kena cross jalan..

penat weh menapak..time ni kitorang macam dah lost sket.. sebab rasa cam jauh tah mana2 google maps tu bawak huhu..

skali tengok dah nampak The Peak Tram kat seberang jalan.. alhamdulillah.. huhu sampai akhirnya..

apa lagik kita posing la dulu..


beratur nak tunggu naik Peak Tram.. alhamdulillah.. queue tak panjang lagik.. tips pergi awal2 pagi (y).. hehe.. tak silap time ni dalam kol 10 pagi kot..

yeay train dah sampai.. get ready sumer.. 

anak-anak sila pegang tangan ayah ye.. :P

Adam dan Cikgu Zul dah mengambil tempat.. :D

hehehe ni gambar bila pulak tetiba adam terselit kat sini.. :D

coplah tempat di tepi tingkap boleh tengok pemandangan..hihi..
(tips: amek side belah kanan) :P

terbaik gak train ni naik mencanak 45 darjah... terasa pressure huhu dahla agak laju.. :D

sambil2 snap gambar atas train.. nampak gak bangunan tinggi..

ni dah kawasan atas bukit ni dah mula nampak bangunan tinggi jauh kat bawah tu..

view dari dalam train..subhanallah.. saujana mata memandang,,masih berkabus gitu..

zoom sket... ada rumput lak..

bila dah nampak dinding ni maksudnya dah sampaila... :D alhamdulillah.. tak jauh mana pon rasanya dok dalam train tu dalam 10min kot..

sudah sampai... exit train menghala masuk ke bangunan The Peak..

Begitulah alkisahnya pengalaman naik Peak Tram..hihi..dah datang Hong Kong wajib cuba tau.. ala2 cam gi Penang kena try naik Bukit Bendera gitula.. :P

Orang kata kalau nak view lagi cantik pi malam2.. tapi sebab kitorang padat sangat tentatif and tanak membazir masa dok beratur..pi pagi je..hehe.. pemandangan tetap cantik cuma berkabus sikit..kalau tengahari memang nampak clear lagi la.. nanti share gambar di post seterusnya.. :D

Till then..
Jha Neh~


No comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...