Klik Klik..

Wednesday, January 09, 2008

09.01.08

.Salam Maal Hijrah.


Esok dah mula hari yang baru dalam kalendar tahun Islam.. Sato perlu menjadi lebih baik daripada yang semalam.. Kerana sehebat mana pun dalam bidang kerjaya atau kehidupan.. jika tidak disulami dengan ketakwaan kepada Ilahi.. nikmat yang dirasakan sekarang tidak akan berkekalan..


2007... aku gagal untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran.. terlalu sedikit masa diluangkan.. lalai dengan perihal duniawi barangkali.. ;( ... patotlah sekarang hati macam sedikit tak tenteram.. mungkin patut lebih muhasabah diri..


2008.. saya harap saya akan dapat menjadi anak dan isteri yang lebih solehah... hari lahir sebulan yang lepas sangat bermakna buat saya.. coz the person i loved gave me the most wanted gift i need.. senaskhah Mashaf Al-Tajwid.. terjemahan Al-Quran yang lengkap dengan penerangan tajwidnya sekali.. (",) thank you my dear.. semoga tahun ini saya bisa untuk mengkhatamkan Al-Quran atau setidak-tidaknya menghabiskan satu pertiga terjemahan ini.


Tuhan... Kau tahu apa yang aku inginkan.. dan aku sedar betapa aku sendiri belum benar-benar bersedia sama ada mampu atau tidak untuk menanggung satu lagi tanggungjawab besar sebagai khalifah di bumiMu.. Mohon petunjuk dan hidayahMu ya Allah...


Amin.

Tuesday, January 08, 2008

080108

.Permulaan 2008.


1. Sato kini sudah berpunya dan masih hidup berdua.Masih menanti saat-saat bila lagu 'Bertiga lebih baik' boleh dinyanyikan di dalam kereta..


2. Seawal minggu pertama 2008 Sato singgah ke klinik.. kepala pening-pening.. it's not expecting for a baby.. but suspect for a migrain.. nampaknya stress di tempat kerja masih menghantui kepala otak Sato.. Perlukan perubahan angin barangkali?


3. Sato akan lakukan suatu anjakan paradigma (perghh ayat tak tahan) dalam bidang kerjayanya. We'll see sama ada target yang diletakkan itu akan tercapai ataupun tidak.. huhu..


4. Akhirnya Sato kembali semula dalam bidang pem'blog'an setelah separuh tahun 2007 dibiarkan blog neh bersawang..hehe.. tgklah berapa lama dpt bertahan..
Newer Posts Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...