Bersambung kisah hari kedua di Langkawi.. hari kedua ni misi utama kami sudah semestinya Island Hopping.. :) sebenarnya sebelum pergi Langkawi ni dalam dilema samaada nak pilih Island Hopping ke atau Mangrove Tour.. dua2 pon best tapi kalau setakat pergi 3 hari 2 malam aku rasa tak sempat nak masukkan dedua tu dalam tentatif.. jadinya setelah mengambil kira dari segi bilangan orang, bajet dan sebagainya.. kami pilih Island Hopping.. Mangrove Tour tu nantilah bila2 ada rezeki bawak ma abah gi Langkawi nanti.. yang tu rileks sket..yang Island Hopping ni macam mencabar sket aktivitinya..mencabarlah sangat kan..hahaha..
Island Hopping ni ada 2 trip.. sesi pagi (9pg-12tgh) dan sesi petang (2ptg-6ptg).. Kami amek sesi pagi sebab cuaca biasanya elok cerah and tak panas sangat kalau pagi2.. Kalau nak murah pakej island hopping ni..cari la kat area2 Pantai Cenang tu.. sebab orang kata kalau amek kat area jeti Kuah ke hapa cam mahal sket.. price boleh dapat dewasa rm25 seorang..kanak2 biasanya rm20.. kalau lebih dari tu consider mahal la.. Since asben ada kawan kat Langkawi ni so dia bagi kami contact person untuk Island Hopping.. jadinya kami dapatla price murah sket untuk kanak2..rm16 je.. :)
Total perbelanjaan kami untuk island hopping:
2x dewasa = rm25
1x kanak2 = rm16
1x toddler = FREE
Total = rm66
** Since ramai yang tanya pasal contact number untuk island hoping ni so aku letak kat sini la yer :)
1) En. Fadzil Ramli (013-6669980) - island hopping, mangrove tour
 |
| Isi perut dulu kasi kenyang.. semestinya nasi lemak daun pisang :D |
Time kami pergi ni kebetulan air surut jadi port biasa untuk amek penumpang tu kena tukar.. lepas tu aku tataulah apa masalahnya bot kami tu cam delay sket.... padahal dah tunggu kol 9pg lagi kot.. tak silap kol 10pg baru dapat naik.. satu bot leh naik around 10-15 orang kot.. ikut agen manala korang amek kan.. nanti kat sini diorang akan bagi sticker tampal kat baju untuk membezakan korang naik bot agen mana.. kitorang naik bot Pak Harun kot kalo tak silap..
 |
| ramai jugak dok menunggu nak naik boat.. |
 |
| main-main pasir dulu amek feel.. schedule delay sejam sebab air surut.. huk3.. |
 |
| akhirnya.. kol 10pg baru dapat naik boat.. |
Trip Island Hopping ni ada 3 perhentian nak dituju..
1. Pulau Beras Basah
- Kat sini pantainya pasir putih and air pon cantik kehijau-hijauan so boleh mandi.. biasanya diorang bagi sejam nak lepak2 mandi2 kat sini.
2. Pulau Singa Besar (Eagle Feeding)
- Kat sini driver boat biasanya stop kejap je kat tengah2 pulau tu..sini port burung2 helang dok mencari akan.. memang bleh tengok burung helang dari dekat la huhuhu.. dulu kalau tak silap leh bagi makan kat burung helang..tapi skang diorang dah tak buat dah..tak pasti lak napa.. lepak dalam 10-15 minit je kat sini..
3. Tasik Dayang Bunting
- Kat sini pon boleh bermandi-manda.. ada kolam2 kecik and untuk kanak2 pon ada skali.. kalau yang pandai berenang tu leh terjun dalam tasik betolla..yang tak pandai berenang tu silalah mandi kat kawasan kolam yang dah dibuat tu je ye..huhuhu... tapi kat sini nak ke tasik tu kena memanjat bukit sket.. agak jauh gak la tapi berbaloi..cuma macam tak sesuai untuk warga tua sebab penat sket.. :P ..biasanya sini pon diorang bagi lepak sejam lebih..
Jha neh~