Klik Klik..

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Dari Dapur Sato - Menu iftar day 7

Air Lemon Laici

Mee Goreng Mamak

Onde-Onde Melaka

Menu Iftar Day 7

Saturday, July 28, 2012

Dari Dapur Sato - Menu iftar day 4

Menu: Ayam Masak Lemak Cili Api & Daging + Cendawan Masak Black Pepper

Hari berpuasa ke-4 masih mood memasak.. huhuh.. memandangkan ada 5 bijik kelapa bawak balik dari kampung.. so macam teringin nak makan ayam masak lemak cili api.. pastu, cendawan sayur buat masak semalam tu ada lagi separuh..so kasi campur je ngan daging wat masak black pepper.. yum yum.. gabungan yang sangat menyelerakan.. ewahhh.. (aku memang minat lauk2 berunsur pedas ni..huhuhu)

menu iftar day 4

Ayam Masak Lemak Cili Api
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan2:
- ayam setengah ekor (potong la kecik2)
- bawang putih (2,3 ulas) *
- serai (1 batang)
- cili api (3,4 biji bergantung pada kepedasan yang korang suka) *
- santan (setengah biji).. (kalau parut sendiri eloknya korang asingkan santan pekat dan santan cair)
- air 1 cawan
- kunyit hidup 2 cm (kalau takde, guna serbuk kunyit pon boleh 3 sudu kecik) *
- garam secukup rasa
- separuh stok kiub ayam utk kesedapan rasa kalau minat :p
- daun kunyit (kasik bau wangi kaw-kaw)

Cara2:
- tumbuk bawang putih, kunyit dan cili api bagi hancur.

- lepas tu masukkan minyak 1 sudu besar dan tumis bahan2 yang dah ditumbuk tadi.. tumis kejap je pastu masukkan santan cair.

- masukkan pula ayam yang dah dipotong tadi, gaulkan sebati dengan bahan tumis.. agak2 nampak isi ayam macam dah masak sikit, baru masukkan santan pekat, kiub ayam, daun kunyit, dan serai. pastu masukkan garam secukup rasa.. air tu tambah la kalau2 kuah tu mcm pekat sgt..

- agak2 dah mendidih dan isi ayam dah masak.. boleh tutup api dan hidangkan.. :)


Daging + Cendawan Masak Black Pepper
Resepi Daging + Cendawan Masak Black Pepper

Bahan2:

Bahan A:
- Daging batang pinang (lembut sikit pastu takyah rebus dulu, kalo daging biasa kena rebus dulu bagi empuk)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap pekat
- serbuk lada hitam
- sedikit garam

Bahan B:
- Cendawan
- lobak
- lada benggala
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- bawang merah 2 ulas (ditumbuk)
- cili api 2 biji
- air setengah @ 1 cawan
- bancuhan tepung jagung (1 sudu besar + 2 sudu besar air)
- kicap pekat
- sos tiram
- lada hitam 2 sudu besar (ditumbuk)

Cara2:
- Perapkan dulu bahan A untuk setengah jam.

- Bila daging dah siap perap, boleh panaskan minyak dalam kuali. tumis bahan2 B yang telah ditumbuk iaitu bawang putih, bawang merah, lada hitam..

- agak2 dah wangi sikit boleh masukkan daging yang dah diperap pastu kasi goreng sampai air daging tu  dah abes kuar dan kering sikit.

- bila air daging dah kering, masukkan air, sos tiram dan kicap pekat secukup rasa.. pastu leh masukkan bahan2 sampingan lobak, lada benggala, cendawan.

- agak2 air dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung.kacau sampai kuah nampak pekat, leh tutup api dan hidangkan..

* susunan cara2 tu trerpulang la pada korang mana yang selesa..aku pon kengkadang pakai tibai jek masuk mana dulu..huhuh.. :p memasak ikut hati dan kasih sayang.. insyaAllah sedap.. :p Alhamdulillah, incik suami makan dengan begitu berselera sekali.. ;)

Thursday, July 12, 2012

Nak masak mee bandung jadi mee rebus.. :p


Salam diari;

Hari ni nak cerita pasal masak-masak.. :) Dua hari lepas incik suami balik dari opis terus tunjuk paket perencah Mee Bandung Sernan.. "Boleh la awak try masak ni, saya beli dari budak opis..huhuh" .. Adus.. mee bandung memang sedap..tapi memang tak pernah buat.. tapi memandangkan dah ada perencah..  aku rasa sedikit confident la sebab rasa dah tentu ada tinggal nak tambah2 barang2 sikit je..huhuhu.. Maka malam tadi, aku pon memasakla mee bandung ni buat kali pertama.. :D memang sedap weh..(ewah puji diri lak..) sebenarnya nak puji perencah mee bandung SERNAN tu memang sedap.. huhuhu..

perencah mee bandung sernan

So macam biasa aku mintak bantuan pacik Google dulu untuk carik resepi yang sesuai..walaupon kat belakang perencah tu ada step tp aku tak follow pong..huhu.. banyak cara jugak diorg masak mee bandung ni.. tapi aku berkenan resepi MyLittleDapur2 (terima kasih banyak2 share resepi :)) nih.. tapi ni sebenarnya resepi mee rebus.. so aku bantai je ikut resepi ni tp guna perencah mee bandung..wakaka.. sabor jekla.. resepinya seperti berikut:

Resepi Mee Rebus Haji Wahid

Bahan utama
- mee kuning
- 1 peket rempah mee rebus HJ SERNAN
(aku tukar guna perencah MEE BANDUNG SERNAN secara tak sengaja :p)
- 2 1/2 cawan air rebusan daging serta sedikit daging yg dipotong kecil2
(guna daging batang pinang lembut sikit)
- aku tambah lauk2 tambahan seerti udang, sotong, fishball


Bahan untuk dikisar
- 3 biji kentang-kupas dan potong kecil
- 3 ulas bwg merah & 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar taucu
- 3 keping biskut lemak/biskut marie

Bahan-bahan sampingan
- taugeh
- limau kasturi-belah dua
- bawang goreng
- daun bawang-hiris nipis
- tauhu goreng (aku guna tauhu kering)
- lada hijau-hiris halus
- kopok tepung

Cara-caranya:
1.Panaskan air rebusan daging/tulang
2.Masukkan pes mee rebus Hj Sernan serta bahan kisar tadi.
(harap maklum aku guna perencah mee bandung)
3.Masak kuah hingga pekat.Tambah garam dan gula.
4.Dalam mangkuk lain sediakan mee kuning yg telah dicelur kemudian letak hiasan sampingan & curahkan kuah mee rebus.

taraa.. kuah dah siap.. :)

bahan kosmetik pelengkap mee rebus..

suci murni sebelum dicurahkan kuah..

setelah dicurahkan kuah..siap untuk dimakan..yum yum..
mee rebus bandung saya..hahahaha.. :P
Sebenarnya ada citer kelakar pasal resepi neh... sampai ke sudah aku tak perasan sebenarnya aku terambik resepi mee rebus nak buat mee bandung ni.. sampaila time aku nak taip blog nak share resepi neh..hahahaha.. (T_T) perlukah saya menangis? wekekeke.. adeh kelakar.. tapi seb baik rasanya memang menjadik dan sedap. terima kasih kepada perencah sernan.. :p patotla malam tadi makan macam pelik2 sikit.. sebab asben tanya.. "macam ni yer mee bandung.. saya tak biasa sgt makan.." aku pong menten "ntah..ye la kot..tapi yang ni saya rasa macam mee rebus sikitla resepi dia.." wakakakaka.. adoiyai..memang resepi mee rebus cik kak oi.. :P

Kesimpulannya.. kalo anda nak buat mee rebus tapi takde perencah, guna prencah mee bandung pon boley..hahahaha.. maafkan saya orang2 Johor.. :p nanti saya cuba jaya lagik.. 

Sekian sahaja cerita dapur saya kali ini.. (^_^)v..

Tuesday, March 22, 2011

MHI: Mee Kari Mak Nyonya

Saya ingin memperkenalkan satu slot baru dlm blog Sato kali ini, iaitu MHI a.k.a Menu Hari Ini.. Huk huk, saya rasa penting saya buat slot ni sebab saya suka masak2 tapi kadang2 suka lupa resepi.. So, at least dgn MHI, saya leh simpan resepi @ tips n trick nak masak sesuatu menu dengan mudah.. ;) Menu yg julung2 kalinya dimasukkan dlm MHI adalah Mee Kari Mak Nyonya..

Muhaha..kenapa mak nyonya? Weekend lepas teringin giler nak mkn mee kari.. Kebetulan ari tu sopping2 kt Tesco ada beli rempah kari ayam segera cap Mak Nyonya.. So, alang2 dh ada rempah tu, n brg2 lain dah ada.. Teringinla nak buat sendirik. Ini adalah cubaan pertama saya dlm masakan kari. Saya amatlah fai-led masak bab2 kari neh. Jadi penggunaan rempah segera sgt2lah membantu.. :p


Ini dia rempah kari ayam segera terbaik di pasaran..wekeke..

Bahan2nya:
1. Rempah Kari Ayam Mak Nyonya
2. Santan Kelapa satu cawan @ 100ml
3. Ayam dipotong kecil
4. Kerang yg telah direbus
5. Air masak secukupnya @ 2,3 cawan
6. Mee kuning yg telah dicelur
7. Udang / sotong / fishball / tauhu kering
8. Garam secukup rasa
9. Ubi kentang dipotong dadu besar

Bahan2 tambahan:
1. Sayur sawi (celur)
2. Taugeh (celur)
3. Telur rebus
4. Bawang Goreng
5. Lada merah dipotong halus

Cara2nya:
a. Tumiskan rempah kari dgn ayam. Tumis sampai bau menusuk ke kalbu.
b. Masukkan air dan ubi kentang. Masak sehingga mendidih.
c. Kemudian masukkan santan dan kacau sket2.. Pastu masukkan lah bahan2 lain sprt udang/kerang/fishball/tauhu kering.
d. Masukkan garam, agak2 dah likat pekat dan serasi dan kentang juga sudah empuk. Maka bolehlah dihidang bersama bahan2 lain.
e. Simple sgt cara buatnya.. Rempah kari mak nyonya memudahkan hidup saya.. Me likey!


Taraa... Kuah Mee Kari yang sangat sedapppp!! :p
 

Hidangan makan malam di hujung minggu.. ;)


Rasa pon sgt sedap hokey.. Hik hik.. Mcm makan kat kedai lah..:p Oleh itu, saya ingin mengumumkan mulai hari ini saya adalah peminat Mak Nyonya kerana tlh meLULUSkan saya dlm memasak mee kari.. :p..

Selamat mencuba kengkawan!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...