Klik Klik..

Showing posts with label hazmi. Show all posts
Showing posts with label hazmi. Show all posts

Monday, January 04, 2016

Hazmi dah masuk Darjah 1.. Alhamdulillah.. :)


Bismillah..

Alhamdulillah... hari ni first day hazmi masuk sekolah darjah 1.. Setelah berbincang dengan asben dan dapatkan pandangan dari sanak saudara terdekat, kami pilih untuk Hazmi bersekolah di SRITI Bangi.. :) insyaAllah semoga lebih cemerlang dan dapat mengumpul ilmu dalam 2 bidang dunia dan akhirat.. ada rezeki nanti aku bercerita lanjut pasal SRITI..


Selamat masuk darjah satu anak ibu.. ibu doakan Hazmi cemerlang duniawi ukhrawi dan mampu mendalami dan menghafaz Al-Quran sebaik mungkin.. :)

Amin insyaAllah..

Tuesday, August 25, 2015

[REF] Bermain Playdoh Bersama Anak-Anak Step By Step


Bismillah..

Jom kita main playdough ngan anak-anak..hehe.. kalau sebelum ni tak berapa reti nak buat apa guna playdoh ni skang dah banyak yang share step by step camne nak buat animals/things dari playdoh.. :)
park dulu gambar2 ni untuk rujukan di kemudian hari nak buat together-gather ngan Hazmi n Kashaf... (^_^)v

rekaan playdough - butterfly

rekaan playdough - car

rekaan playdough - chick

rekaan playdough - cow

rekaan playdough -crab
rekaan playdough - elephant

rekaan playdough - frog

rekaan playdough - mouse n snail
rekaan playdough - octopus

rekaan playdough - owl

rekaan playdough - panda

rekaan playdough - rabbit

rekaan playdough - rilakkuma

rekaan playdough - shark

rekaan playdough - worm

rekaan playdough - snowman

rekaan playdough - turtle

rekaan playdough - worm n ladybird n bee

Selamat mencuba!!

Monday, May 13, 2013

Assignment rekacipta tadika Hazmi (^_^)


Bismillah..

agak keserabutan seminggu dua ni..banyak kerja terbengkalai nak disettlekan.. so cerita pasal cuti2 Padang-Bukittinggi pon tak sempat nak share lagik.. but somehow.. nak share story pasal assignment Hazmi kat tadika dia.. ni assignment projek sains untuk bulan April.. setiap bulan biasanya ada projek sains tp selalunya diorang buat dengan cikgu je.. tapi yang bulan April ni agak mencabar sket sebab parents kena involve sama..hahaha.. kalah assigment master den okeh.. :P

ni assignment dia.. topik pasal animal.. :p
part paling mencabar part nak reka lagu haiwan tuh..huhuh.. sabor jekla :P

Actually assignment ni cikgu bagi masa 2 minggu nak siapkan.. aku cam blur apa nak bg Hazmi buat ni kan..sebab dia pon still tak cukup 4 taon so takleh nak bagi yg complicated sangat..huhuh.. dah seminggu berlalu pon aku takde idea lagik.. :p alih2 patutnya hari Jumaat dateline nak hantar assignment tu.. pagi rabu pergi antar Hazmi dah ada student lain yang dah submit projek diorg..alamak semangatnya parents diorang ni..berdebar macik..hahaha..

haiwan kesukaan adik ni, zirafah.. tampal2 guna kertas warna..
yang ni lak kucing guna teknik tampalan suratkhabar.. :)

ok yang ni agak mantop juga bukan 3D dah ..jd konsep 4D dah..ekeke.. mak budak ni memang classmate aku kat UKM buat master.. lg stress tgk... agagaga..

takleh jadi neh..so ari tu jugak aku gigih pi carik bahan nak buat assignment Hazmi.. :P berdasarkan idea2 yg  aku kumpul dari pacik Google.. so targetnya biar simple dan mudah untuk Hazmi asalkan siap..hahaha.. jadi, apa haiwan kesukaan Hazmi? hahahah..  

taraaaaaaaa.....

seekor AYAM.. :P

hantam sajalah labu.. yg tu aku rasa paling mudah nak buat..agaga..

untuk badan ayam tu, aku guna pinggan polisterin besar.. pastu kepala dia guna penutup bekas kfc utk kentang putar.. :P kaki ayam tuh seb baik ada lebihan garpu birthday party ari tuh..so leh guna utk jd kaki ayam la..kes kes kes.. kepak ayam lak aku tekap tapak tangan hazmi atas kertas..pastu gunting la ikut acuan.. :D
tugas hazmi menampal semua bahan2..huhu..
mata ayam tuh guna sponge foam huruf mainan diorg.. terpaksa korbankan satu huruf hahaha.. si kashaf pon join menyebok gak..
tampal dan tampal lagik..
pastu anak ayam tu kami gunakan daun kering kaler kuning.. penat meround kat tasik Cempaka carik daun...hahaha.. Hazmi tinggal touch-up mata n kaki anak ayam..
taraaa...dah siap ayam saya.. simple jek.. :P
dah dapat marker.. (*_*) dia kerjakan projek kreatif lain lak..
tengokla semua pon abes diconteng jadi muka..huhu.. 
dah puas menconteng dia menyusun pulak..agagaga.. takpelah nak..asalkan tak conteng dinding.. huhuhu..
time si Hazmi ni tengah sebok ngan projek kreatif menconteng dia..aku dok sebok print lagu rekaan ayam tu pulak.. kes3.. 

inilah hasil finalnya... :P agagaga.. 
ok part ni jangan gelak..penat aku reka tau.. :P hahahahahaa..

Lagu rekaan: Ayam Kok Kok Kok
Irama: Katak si Katak Lompat

Ibu ayam berwarna putih
(kok kok kok)

Anak ayam berwarna kuning
(chick chick chick)

Ibu ayam cari anaknya
lepas main pulang ke reban.. :)

antara hasil2 anak2 di Tadika Kristal Kreatif.. :) nampak tak Hazmi punya?..ngeh3x
lagik hasil yang disiapkan..bermacam jenis haiwan..
ok yang ni paling aku saspek la..kagum betol.. memang super kreatif la mak budak ni..hahaha..kalo jual pon laku agaknya.. :p

yang bestnya.. 2 minggu lepas ni..cikgu bagi Hazmi hadiah.. katanya sebab ayam rekaan Hazmi tu salah satu daripada 6 rekacipta terbaik...hahaha... adoi.. (T_T) terharu mak dengar..siap amek gambar ibu ngan anak lagi sambil pegang hadiah.. :P..semua budak pon dapat saguhati tapi yang top 6 tu hadiahnya besar sikit la..hehehe..

muka hepi dapat hadiah..

bekas letak pen berbunyi.. :P kalo pasang bateri ada bunyi2 tau.. huhu..

kira okla jugakkan dpt assignment macam ni sekali sekala.. :P tujuannya merapatkan hubungan parents dgn anak sebenarnya.. :P

k lah.. till next time..
~jha neh~

Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...