Klik Klik..

Showing posts with label ocean park hong kong. Show all posts
Showing posts with label ocean park hong kong. Show all posts

Friday, December 04, 2015

Trip Hong Kong: [18] Waterfront Ocean Park Hong Kong.. Bye-Bye :)


Bismillah..

Ok ni post terakhir pasal jenjalan kat Ocean Park Hong Kong..huhuh.. punyak banyak siri dia.. :P

on the way nak gi exit entrance Ocean Park dah..huhu Kashaf pon dah penat tak hingat.. :P

posing depan air pancut ni.. tak silap kat belakang tu cam leh round2 je kat tasik tu..huhu tak sempat nak try..

boleh pulak terserempak ngan uncle photographer lagik..aduss layan jekla..

mula-mula cam tak paham naper dia suruh Hazmi ngan Kashaf posing camtu.. hik hik..rupa-rupanya nanti bila print gambar nampak cam diorang pegang burung kakak tua la..super imposed gitu.. :D

macam-macam pose budak ni kena buat..

alang-alang mintak photographer tu amekkan gambar family hik hik..

one happy family at home... eh Ocean Park.. :D

haa nampak tak gambar yg uncle photographer ni amek tadi dah siap print.. diorang suruh beli la tu.. :P tapi aku tak amek pong..mahai gak takde dalam bajet..huhuh.. tak silap bila convert dalam seratus lebih kot.. (T_T) diorang ni patot lelong jekla murah2..kalo pelancong tak beli kan rugi diorang print..huhuh..


punya ramai umat kat pintu nak keluar ni..huk huk..

semua pon dah standby nak balik dah..ramai gak gerombolan pelancong2 yang datangdalam group besar..

ok posing dulu..:D

kat tengah laman ni banyak replika2 comel... :D

hahaha dah susah nak pose cung sket time ni.. :P

tu dia lagik ramai kat bawah...yang ni beratur menunggu bas kot..huhu..

naik bas dari Ocean Park menghala balik ke Admiralty Station..

Alhamdulillah... puas hati sangat seharian meround dalam Ocean Park.. Itupon banyak gak attraction yang kitorang tak sempat cover sepenuhnya.. memang tak sempat nak cover dalam satu hari.. hihi..kena fokusla yang mana satu kita nak aim.. :)

Pasni nak citer pasal lain-lain tempat menarik lagi yang kitorang sempat pergi sepanjang kat Hong Kong. Till then..
Jha neh~



Thursday, December 03, 2015

Trip Hong Kong: [17] The Grand Aquarium yang Awesome di Ocean Park, Hong Kong


PREVIOUS: Amazing Bird Show di Ocean Park, Hong Kong

Bismillah..
Sambungan siri Ocean Park lagi..

kali ni nak stori-mori pasal The Grand Aquarium dia lak.. seriyes memang grand lah huk huk..besar yang berkali-kali ganda nak compare ngan Aquaria KLCC kan.. 

The Grand Aquarium ni ada kat zon Aqua City. Zon yang paling dekat dengan entrance/exit Ocean Park. 

sempat bergambar ngan mascot dulu.. hehe..
comel jek mascot si ikan jerung ni..

kitorang kalau lalu kat bawah line cable car nih mesti nak tengok je cable car lalu..best sangat view dia..huk huk..

mesti seronok orang yang kat dalam cable car tu layan view petang..alhamdulillah cuaca pon elok sangat hari tu..

ada air pancut kat tengaj2 tasik..diorang panggil attraction ni Aqua City Lagoon..
kalau stay sampai 7 atau 8 malam... tak silap diorang buat light show kat area air pancut ni... best jugakla kalo ikut baca blog orang lain..tapi kitorang tak stay sampai malam sebab berkejar nak balik before 5.30pm..

haa..jalan-jalan akhirnya dah nampak bangunan The Grand Aquarium ni..

susunan tentatif agak cantik, tak ramai crowd beratur nak masuk The Grand Aquarium ni.. hehe..alhamdulillah..

naik escalator berbumbung..entrance dia kat tingkat atas..

dari escalator ni leh nampak view Aqua City Lagoon..

comel jek hiasan taman bentuk cengkerang siput berwarna-warni..

ok dah sampai entrance dia..semangat si Hazmi ngan Kashaf tu..masih bertenaga walaupon seharian berjalan dalam Ocean Park.. :P
kat tepi-tepi dinding ada built in aquarium dipenuhi ikan dan terumbu2 kecik.. :)

kat tengah-tengah ada kolam buatan..ada ikan berenang-renang gak dalam ni..tinggi gak rasanya kos penyelenggaraan dia ni nak handle air bertan-tan huk huk..

bergambar di batu berukiran hidupan laut.. :)

tengok apa tu Kashaf? hehe..

cantik sangat ikan2 dalam akuarium ni..jernih je air dia.

jom teruskan perjalanan lagik..masuk ke kawasan berkonsepkan gua..


dah sampai kat giant aquarium... gelap gak kawasan dalam ni.. tapi tenang sangat perasaan di kelilingi air.. (^_^)v

sempat berjoget lak budak-budak ni..hihi..

hiasan bergambar di tepi dinding.. nampak cam hidup je huhu..

kuda laut uols... first time tengok depan mata.. 
yang ni lak tatau ikan jenis apa..macam anak-anak todak je gayanya..huhu..

seronok member ni dok merakam ikan-ikan berenang depan mata..

haaa bulatan gelung penuh ikan ni ada gak kat Aquaria KLCC..hik hik...

Subhanallah..banyaknya ikan.. macam tin sardin gergasi.. :P

ok kawasan ni best sangat...ikan dok berenang-renang atas kepala... huhu ikan jerung mini pon ada okeh..

zoom in sket..

bestnya kalau ada bilik tidur bersiling kan pemandangan cam ni..hik hik..mulalah berangan..

Kashaf excited tengok ikan ada kat atas kepala..huhuh..

ni view bentuk tingkap lak.. terasa macam dok dalam kapal selam.. :D

tengoklah tu segala jenis ikan dalam satu tempat.. (T_T) leka sangat dok melayan pemandangan kat sini..

ok dah tamat lawatan ke The Grand Aquarium..

Alhamdulillah.. puas hati masuk dalam The Grand Aquarium ni..satu family pon suka..hehe..antara port wajib masuk dalam Ocean Park okeh..:D

sehingga bersambung di lain masa..
Jha neh~


Tuesday, November 17, 2015

Trip Hong Kong: [16] Amazing Bird Show di Ocean Park, Hong Kong


PREVIOUS: Whiskers Harbour untuk Anak Kecil di Ocean Park, Hong Kong

Bismillah..
Nak share lagi aktiviti yang korang miss bila masuk dalam Ocean Park ni.. jangan lupa tengok Emperors of The Sky.. memang best tengok gelagat burung2 yang dah dilatih oleh trainer diorang ni.. ada sesetengah burung tu jenis yang rare jugak huk huk.. show ni kebetulan je sebab kitorang sebenarnya target nak balik dah tiba2 terlalu kat bahagian ni pulak tengok timing cantik je diorang baru nak start show.. kalau nak tengok Emperors of The Sky ni kena pergi kat zon Amazing Asian Animals, pastu kena carik Amazing Bird Theatre

masuk-masuk kagum lak terjumpa lagik spesis talking tree tu..hik hik..comey..

memandangkan kitorang antara yang awal gak masuk so dapat cop duduka kat bahagian tengah mengadap stage..sukaaaa.. (^_^)

ni view panorama dalam bird theatre.. tempat duduk dibuat mengelilingi taman buatan kat tengah tu..
boleh tahan mengadap cahaya matahari petang jugak..kih kih.. time ni dah kol 5pm kot..

huhuhu kusyuk semacam jek si Hazmi ngan Kashaf ni..
masa memula tu best sebab tetiba ada group burung ni terbang berirama bersimpang siur kat atas kitorang... kagum tengok camne diorang control pergerakan burung ni..huhuh.. mesti amek masa nak train ni..

show dah start.. comel jek si peacock hitam putih ni keluar kat stage.. :)

macam biasa storyteller bercerita dalam bahasa Mandarin gak le.. layan jela tak paham apa pon.. :P

ni storyteller dia..smart gak pakai kemeja kotak2 lagi..haha..

burung nuri putih dah keluar.. :D

tak paham apa yang si nuri putih ni kena buat.. tapi memang burung2 ni dengar instruction dari trainer tu la..

burung kakak tua in the houseee!! ..cantikkkkk sangat color dia... (^_^)

yang ni burung antu lak.. huhu..besar saiz dia saspen tengok.. :P

kenmain trainer ni menyengih kat burung antu tu.. :P


yang ni tatau burung jenis apa.. :D


dah abes dah show.. tak silap dalam 20minit gak la... pastu diorang bagi penonton pi beramah mesra ngan burung2 kakak tua ni.. burung2 lain dah masuk dalam sangkar.. kih kih..

bebudak ni nak posing pon jauh2 je..hahaha..

comel jek si burung kuning ni tenung kamera gak :P

cubaan Kashaf untuk mengintai burung kakak tua.. :P

dapat posing gini jekla diorang tak bagi pegang burung2 ni.. 

jeling-menjeling nampaknya.. :D


hahaha yang ni kelakar tataula burung ni mengajuk Kashaf posing tunduk ke apa..

kekanak riang hehehe..

Alhamdulillah..rezeki kitorang dapat tengok birds show ni..dapat tengok yang last show nye kol 5pm.. hik hik.. kalau nak tengok ada 4 kali show.. detail macam kat bawah..

Amazing Bird Theatre*
Emperors of The Sky*
Macaw, Eagle Owl and Crane are among the birds that star in this aerial show about conservation.
  • 11:00am
  • 1:30pm
  • 3:30pm
  • 5:00pm


Ok lah.. bersambung lagik episod seterusnya..
Jha Neh~
:)
Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...