Klik Klik..

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Dari Dapur Sato - Menu iftar day 7

Air Lemon Laici

Mee Goreng Mamak

Onde-Onde Melaka

Menu Iftar Day 7

Saturday, July 28, 2012

Dari Dapur Sato - Menu iftar day 4

Menu: Ayam Masak Lemak Cili Api & Daging + Cendawan Masak Black Pepper

Hari berpuasa ke-4 masih mood memasak.. huhuh.. memandangkan ada 5 bijik kelapa bawak balik dari kampung.. so macam teringin nak makan ayam masak lemak cili api.. pastu, cendawan sayur buat masak semalam tu ada lagi separuh..so kasi campur je ngan daging wat masak black pepper.. yum yum.. gabungan yang sangat menyelerakan.. ewahhh.. (aku memang minat lauk2 berunsur pedas ni..huhuhu)

menu iftar day 4

Ayam Masak Lemak Cili Api
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan2:
- ayam setengah ekor (potong la kecik2)
- bawang putih (2,3 ulas) *
- serai (1 batang)
- cili api (3,4 biji bergantung pada kepedasan yang korang suka) *
- santan (setengah biji).. (kalau parut sendiri eloknya korang asingkan santan pekat dan santan cair)
- air 1 cawan
- kunyit hidup 2 cm (kalau takde, guna serbuk kunyit pon boleh 3 sudu kecik) *
- garam secukup rasa
- separuh stok kiub ayam utk kesedapan rasa kalau minat :p
- daun kunyit (kasik bau wangi kaw-kaw)

Cara2:
- tumbuk bawang putih, kunyit dan cili api bagi hancur.

- lepas tu masukkan minyak 1 sudu besar dan tumis bahan2 yang dah ditumbuk tadi.. tumis kejap je pastu masukkan santan cair.

- masukkan pula ayam yang dah dipotong tadi, gaulkan sebati dengan bahan tumis.. agak2 nampak isi ayam macam dah masak sikit, baru masukkan santan pekat, kiub ayam, daun kunyit, dan serai. pastu masukkan garam secukup rasa.. air tu tambah la kalau2 kuah tu mcm pekat sgt..

- agak2 dah mendidih dan isi ayam dah masak.. boleh tutup api dan hidangkan.. :)


Daging + Cendawan Masak Black Pepper
Resepi Daging + Cendawan Masak Black Pepper

Bahan2:

Bahan A:
- Daging batang pinang (lembut sikit pastu takyah rebus dulu, kalo daging biasa kena rebus dulu bagi empuk)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap pekat
- serbuk lada hitam
- sedikit garam

Bahan B:
- Cendawan
- lobak
- lada benggala
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- bawang merah 2 ulas (ditumbuk)
- cili api 2 biji
- air setengah @ 1 cawan
- bancuhan tepung jagung (1 sudu besar + 2 sudu besar air)
- kicap pekat
- sos tiram
- lada hitam 2 sudu besar (ditumbuk)

Cara2:
- Perapkan dulu bahan A untuk setengah jam.

- Bila daging dah siap perap, boleh panaskan minyak dalam kuali. tumis bahan2 B yang telah ditumbuk iaitu bawang putih, bawang merah, lada hitam..

- agak2 dah wangi sikit boleh masukkan daging yang dah diperap pastu kasi goreng sampai air daging tu  dah abes kuar dan kering sikit.

- bila air daging dah kering, masukkan air, sos tiram dan kicap pekat secukup rasa.. pastu leh masukkan bahan2 sampingan lobak, lada benggala, cendawan.

- agak2 air dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung.kacau sampai kuah nampak pekat, leh tutup api dan hidangkan..

* susunan cara2 tu trerpulang la pada korang mana yang selesa..aku pon kengkadang pakai tibai jek masuk mana dulu..huhuh.. :p memasak ikut hati dan kasih sayang.. insyaAllah sedap.. :p Alhamdulillah, incik suami makan dengan begitu berselera sekali.. ;)

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan 1433H

gambar ihsan dari Google diubahsuai sikit oleh Sato Oreo.. :p

Alhamdulillah.. berkesempatan untuk melalui Ramadhan lagi.. moga2 kita berjaya merebut sebanyak mungkin ganjaran di bulan yang mulia ini.. sangat bersyukur sebab tahun ni dapat berpuasa dalam situasi menjadi surirumah sepenuh masa (cuti semester 3 bulan).. :) di kala orang lain bersesak2 dengan jem, hendak pulang dari pejabat.. saya perlu respek untuk ibu2 yang bekerja dan masih sempat pulang ke rumah untuk masak makanan berbuka instead of beli juadah di bazaar Ramadhan.. kalau saya dulu, memang balik dari keje laju jek singgah bazar sebab memang dah habis tenaga nak memasak plus sampai pon dah lambat..

So, untuk tahun ni, harapan saya adalah supaya saya lebih mampu untuk memasak juadah berbuka di rumah.. memandangkan tak kerja.. takde alasan okeh.. :p tapi sekali-sekala kena jenguk jugakla bazar tu..nak carik ayam golek ka..nasi bukhara ka..huhuuh..

checklist utama saya di bulan puasa ni:

1. kurangkan 'miss' solat tarawih.. (dah 3 tahun x berkesempatan utk solat tarawih berjemaah di surau sebab ada anak kecik..tapi tu bukan alasan sebab kita boleh sembahyang individu..) so harapan saya supaya dapat kurangkan bilangan hari 'miss' bertarawih tu..so salah satu cara saya solat Isyak sebelum tidur pastu terus sambung buat solat tarawih n solat witir.. at least time tu anak dah tidur or asben dah balik dari surau tengok2kan diorang..

2. berusaha untuk khatam Al-Quran.. yang ni saya perlu kerja kerasa sedikit sebab selalunya kalau baca Quran pon time Maghrib n Isyak..pastu baca pon selalunya 1 @ 2 muka surat jek. insyaAllah, kena kerja keras sikit..

3. memasak juadah untuk berbuka.. saya harap saya mampu dan larat untuk memasak juadah berbuka hari2.. kena rajin google tengok2 resepi yang menarik..uhuhu.. alhamdulillah, setakat hari ni masih berjaya.. baru 3 hari.. :p

4. bersedekah.. bersedekah sebanyak mungkin setakat mana yang termampu.. InsyaAllah.. Owh, saya ada like 'Telekung Project' group kat FB..sangat kagum dengan usaha individu2 yang banyak berkerja keras buat amal2 kebajikan.. (T_T) terasa kerdil diri ini.. mereka ini dah berikan ruang untuk kita bersedekah dan turut sama terlibat dalam amal jariah..insyaAllah, ingin memberi sumbangan sedikit sebanyak mana yang boleh..

yang lain2 checklist pon banyak jugak cuma memang 4 ni yang saya nak fokuskan lebih... amin.. tak sabar nak berbuka puasa dengan kengkawan hujung minggu ni..kami dah plan nak buat potluck.. :) sukerr...

Salam Ramadhan untuk semua.. :)




Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...