Klik Klik..

Showing posts with label percutian langkawi 2013. Show all posts
Showing posts with label percutian langkawi 2013. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

Trip Langkawi: [12] Dataran Lang (Day 2)



Dataran Lang ni memang dah dekat sangat dengan Taman Lagenda.. so kami plan jalan kaki je sebab nak round kejap je lagipon dah senja.. sebenarnya masing2 macam dah kehabisan bateri.. tapi dah alang-alang singgah je la.. nak tunjuk kat bebudak neh burung helang gergasi..huhuh.. :p lagipon kalau pi siang panas..pergi time malam ni sejuk sikit....

cantik sangat sebab tepi pelabuhan so view dia sangat menarik..

pemandangan di waktu senja... cantik..
tenang jek tengok panorama neh.. :) kena menapak sket la dari Taman Lagenda nak ke Dataran Lang tu..huhu..
hahaha tengoklah aksi photographer amatur neh.. :P
ibu & adik Kashaf.. :) 
ibu & abang Hazmi.. :)
stop lepak jap..penat weh menapak..huhuh..
dari sudut lain lak.. best time neh angin kuat..
hazmi feeling-feeling tengah terbang cam burung..haha..
trademark Pulau Langkawi.. :D
dah start dah photographer tuh.. :P
"ayah suruh kita duk sinilah.." :P
Lang gergasi dari pandangan tepi.. cuba bayangkan kalau ni bukan replika (*_*) mau bertempiaran lari..huhu..
Dataran Lang di waktu malam..
hehehe tak nampak full perkataan Langkawi.. :P KAW pon KAW lah..
malam-malam pon ramai orang..

jom terbang..
ok dah abes lawatan.. nak pi makan pulak.. lapar.. :P

Huhuhu.. maka abeslah sesi lawatan kami kat tempat2 menarik kat Langkawi untuk hari kedua neh.. pack betol 2nd day punya aktiviti.. pasni fokus pasal bab soping menyoping pinggan mangkuk n cekelat laks.. :P .. bersambung lagi..

jha neh..




Friday, April 12, 2013

Trip Langkawi: [10] Laman Padi (Day 2)

Entri sebelumnya: Tasik Dayang Bunting, Pulau Langkawi

Salam.. bz ngan tesis akhir2 ni so takde masa nak menconteng blog sangat..inipon kus semangat ada masa renggang sket dah submit draft tesis nak bagi SV check..so kita rilek2 aje dulu.. hahaha.. nak menyambung kisah cuti-cuti langkawi tak abes lagik :P.. last story-mory pasal Tasik Dayang Bunting.. huhuh.. So al-kisahnya.. dah balik dari ber'island hoping' setengah hari suntuk, kitorang pon balik ke hotel berehat + lunch + solat jamak segala.. tak rehat lama sangat sebab program petang tu melawat Laman Padi lak.. yeah... kat sinila kitorang giler2 snap gambar bagai..haha..maklumlah orang KL jarang2 jumpa environment kampung.. nampak laman padi nan menghijau sudah tentulah kejakunan sikit.. :P meh layan gambar... sangat best Laman Padi wajib singgah kalo pi Langkawi..

baru sampai kat Laman Padi.. time ni dah kol 4.30ptg.. huhu best sebab kitorang je yang datang kat sini xde orang lain pong.. :P
lepak dulu dekat pondok mini sementara tunggu ayah gi toilet..

agak luas jugala kawasannya siap ada mini muzium kalo tak silap.. tapi kitorang tak dapat masuk sebab waktu operasi tutup kol 5pm.. kalau tak silap nak masuk muzium tu kena bayar kot..kalau tak silap la.. cuma kalo nak jenjalan kat tempat Laman Padi ni takyah bayar pon.. nak lepak sampai senja pong takpe..ewahh.. :P

bangunan putih tu yang aku cakap ala2 mini muzium..leh dapat info pasal laman padi.
cantik je kawasan dia kat luar ni..asben dok try alatan orang dulu2 nak asingkan beras dari padi..huhuh..betolkah ayatku ini..
posing satu family tapi gelap sket sebab mengadap matahari.. ;P
pantang nampak kawasan luas.. berlari-larianlah si Kashaf ni.. huk3..
"are you ready to see Paddy??" kekeke.. jom ikut saya.. :P
si Kashaf ni nampak jambatan..berlari lagik..penat mengejar.. :P
taraaa.... inilah yang kami cari... (^_^)v cantik cantik cantik mak sukaaa sangat..
dan mereka pon bertempiaran di atas muka bumi ini..huhuh.. best weh sebab kitorang je ada kat situ..rasa cam lawatan VIP..privacy..hahaha..
owh.. (T_T) bestnya pemandangan ini.. terasa di kampung halaman..ewah, kampung halaman pon xde laman padi weh..
Kashaf cuba mengenalpasti objek di hadapannya..huhu..
siap ada pondok lagi untuk pesawah berehat..pokok kelapa itu adalah satu kemestian okeh.. best sangat..ekekeke..
rehat jap..penat main kejar2.. :D
ni lak kawasan padi yang dah nak menguning tapi belum masak betul lagi..
yang bestnya Laman Padi ni dia ada la beberapa petak sawah..aku lupa nak kira.. tapi setiap petak tu berbeza-beza tumbesaran padinya.. ada yang baru ditanam..ada yang tgh hijau..ada yang dah kuning.. aku rasa sebab diorang nak tunjukkan perbezaan dekat pelancong2 yang datang la.. untuk sesapa yang tak pernah tengok pokok padi secara live tapi reti makan nasik je..hahaha..inilah tempat yang sesuai untuk dikunjungi.. :P

nampak tak muka kepuasan si Kashaf ni?? hahaa.. lari lah nak..lari sampai penat. :P
inilah pokok padi ye kengkawan.. tema posing saya -_-
posing.. posing..
mak sibuk posing..anak sibuk nak berlari wahaha..
yeaa ini gambar favourite.. (^_^)
sempat lagi asben snap burung ni nak menjejak ke tanah..hehe..
ok dah-dahla posing tu Sato.. kekeke.. :P 
amboi serius pulak si Jemi neh.. nak ke mana pulak tuh..
owh nak pergi dekat adik dia yang sebok main tali.. -_-
priceless.. :)
excitednya dia.. huhuhu..
Kashaf pulak nak berlari-larian ala model.. :P
amboi Kashaf tu curik spot utama.. kekeke..
hahaha kesian tengok gambar ni..penat kami posing kat belakang tapi blur sebab fokus kat depan jek.. (T_T)
akhirnya..berjaya juga difokus ewah-ewah..
bergambar ngan orang-orang pulak.. :)
ok dah la tu..penat berposing.. masa untuk pulang..hehehe..
rehat kat tangga hilangkan penat..
marilah kita pulang Hazmi n Kashaf.. :P
dah nak balik.. Laman Padi sangat best..silalah melawat ke sini untuk aktiviti photoshoot :P..

Info
* Dibuka setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 6 petang
* Siap dibina dan mula beroperasi pada 1998.
* Berkeluasan 14.28 ekar dengan merangkumi kawasan pertanian seluas 8.6 ekar.

Alamat
Laman Padi Langkawi
Pantai Chenang. Mukim Kedawang 07000,
Langkawi Kedah Darul Aman

Tel: 04-9554312
Faks: 04-9551819

E-mel: webmaster@lada.gov.my
Laman Web: www.langkawigeopark.com.my

*info digoogle dari http://www.travelific.my

Ke mana pulak lepas ni.. tunggu.. :P


Entri seterusnya: Taman Lagenda Langkawi
Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...